Thursday, December 23, 2010

terjatuh lagi

Assalamualaikum..


penulisan kali ini panjang sedikit.
banyak yang perlu dikata,
namun bukan semua telah difrasa.

terimalah,


Tempuh


Torehan pedih sakit ditahan di hati,
bila rasa sejati tidak diperduli,
ditahan diri dari segala sepsi pancaindera,
dihancurkan segala harapan setinggi menara.

Amat susah persona untuk dilupakan,
apatah lagi semua ini atas perihal paksaan,
takkan, dilupa frasa yang dibina,
takkan, hilang rasa yang terbina,
takkan, dilupa siapa itu persona.

Sering mendongak, akan ku jalan bermegah,
tiada sesekali aku melaku hati lemah,
walau dipaksa tunduk tetap ku takkan rebah,
hatta bertumpah darah ku takkan mengaku kalah.

Tetap tegap, dada ke udara,
walau ikhlas telah hilang dari tulus sastera,
petah, ungkapan sastera seindah bahasa, namun
patah, semua puisi yang telah dibina, kerna
jika disilakan masa realiti kan membohong semua.

Namun pembohongan, bukannya tulus sastera,
kerna persona bukanlah suatu khayalan di mata,
hanya, sedikit ujian yang menghalang,
maka bangunlah kembali kerna tulus akan menang.

Jalan persona akan tetap aku tempuh,
aku dah kata, berjuang selagi tak membunuh,
walau tulus dilihat tiada melaku aksi,
bukan bermakna rasa telah lupus dari hati.

Maafkan ku kerna ku takkan pergi, dari
tempat persona, ku tlah jatuh berkali-kali,
aku cuba bangun, tapi ku jatuh lagi,
aku cuba lari, tapi ku jatuh lagi,
jatuh lagi berkali-kali kerna
pengorbananmu daku hargai.

Walau api menyala telah jadi bara,
akan ku ingat mengapa aku jadi abu,
kini ku tiada harap percikan kan menyala,
hanya ku kan bakar bila sudah halal segala.


22-23/12/2010




Tuesday, December 21, 2010

incubation period

Assalamualaikum..



Pause, patch

I need time for myself.
a time, perhaps a long one,
to clean an oozing red,
to sow with a fine thread,
to cast what I had done,
to heal, because
tomorrow would be better.

I would do anything
to get this right
because all are nothing
compared to what I sighted.

If blossoms haven't bloom in spring,
I promise you the beauty of summer.

This winter chills always thought me,
to wait for the Maghribi summer.


21122010





sigh~
as there are no reason to give up,
I don't see giving up as an option.

Thursday, December 9, 2010

kemas dan rapi

Assalamualaikum..

mulut orang, perosak indah bahasa,
melaburkan suatu saham membakar di neraka,
hati ikhlas, membina indah di mata,
menumbuhkan satu pohon di laman syurga.



Wangian tidak berbau

Sutera melabuhkan jendela,
niqob merapikan segala,
maka terlindunglah jiwa,
sejuk indah dilihat mata,
roh bukan tuk tatapan manusia,
kerna dirimu sangat berharga.

Seharusnya tahniah diucapkan kepadamu,
kerna melaku apa jua yang tlah diseru,
maka sempurnalah cahaya tiga puluh satu,
ku tak tahu tapi tak mengapa,
masanya bukan sekarang ataupun ntah bila.

Hati kamu telah hilang kepada tuhan,
kerna itu pabila dicari orang,
mereka terus sesat hingga naik keruan,
tapi ku masih kan berdoa pada ar-Rahman,
agar terjawabnya segala belit persoalan,
mungkin dikaulah jawapan furqan tujuh puluh empat,
seperti Ali, ku kan minta hingga ku dapat,

Inna al-nisa rayaahiin khuliqna lana,
wakulluna yasytahi syamma ar-rayahiin,
namun engkau tetap menutup rapi segala,
maka selamatlah kau dari haq dan batil.

Janganlah dicari akan nar,
untuk mencair rasa yang beku,
teruskan menegap dada yang sabar,
walau hatimu bak ditusuk sembilu.




09122010

Friday, November 26, 2010

terus terbang

Assalamualaikum..

pernah terdengar puisi arab:

Innama dunya tha3am, wasyarab, wamanaam,
faiza maa faata haaza, fa3ala al-dunya salam..

sungguh apa di dunia makan, minum, dan tidur,
bila mana semua itu tiada, selamat tinggalah dunia..


dan berikutnya pula sebuah puisi penuh caca merba dari sebuah fikiran yang menerawang.
penuh hiperbola, dan bahasa yang tiada diletakkan imbuhan yang betul.



Angkasa Gemerlapan

masih kita begini tiada perubahan terkini
lantas aku pergi melarikan diri dengan jari
dari satu tempat ke tempat dan jatuh pada lubang
tersadung pula tapi aku jadi jet terus terbang

maka lantas bersama burung pun terbakar
hidangan udara yang gila tiga suku hilang sedar
matahari menyinari aku pusing jumpa purnama
lantas semua gelap dalam pada itu ada sirna

terbang terus pergi ke angkasa gemerlapan
lihat di sana ada kapten faiz sang angkasawan
lambai sedikit harapnya dia kan nampak kita
ingat tak dulu kita pernah berbual bersama

sang pujangga sedang tidur jangan kacau dia
tunggu sahaja di tingkapnya sampai fajar menjelma
maka setiap pagi semua kan tampak berseri
yang hitam jadi manis yang putih jadi suci

mengapa semua harus ada paling yang dibenci
sedangkan kita hidup tiada ingin memerangi
lantas demi pertahankan maruah dan bangsa
maka semua yang ada juga kan berjuang nyawa

ini satu perpecahan dari suatu yang satu
dari lidah tiada tulang semua jadi haru biru
lidah buat air mata mengalir basah pipi
semua yang tidak diingini telah disaksi

teruskan perjuangan jangan ada perhentian
kalau mahu singgah pastikan ada perubahan
jangan duduk diam menantikan kebaikan
berusahalah agar segala hasil kita kan makan



12112010
kamar biru

Saturday, November 20, 2010

musibah, dosa, taubat dan hidayah

Assalamualaikum..

omongan kosong hati tika bermuhasabah.
boleh dikongsi bersama. agak rumit, kerna ini bisikan hati, bukan ayat untuk orang fahami.



Moga taubat diterima Allah

Dan bila mana kau ditimpa musibah dan kau menjadi lemah
ingatlah bahawa semua ini kerna Allah sayangkan kau
ingatlah wahai hamba jangan kau berputus asa
tiada Allah membebani ummat dengan apa yang kau tak mampu

dan bila mana kita berseorang kita kan diumbang ambing
oleh syaitan durjana membisik was was pada dada manusia
dan kau janganlah bertindak mengikut hawa nafsu
kerna itu hanya memudarat dan memberi kepuasan palsu

jadi ingatlah wahai hambaNya,
bahawa kita di dunia ini sangatlah sementara,
kau tak kan sedar bila semua ini berlalu,
namun nabi tak tinggalkan kita begitu sahaja,
peganglah kamu pada kitab Allah dan sunnah rasulullah.

al-Waqiah mengingatkan kita akan keadaan hari kiamat,
yang di mana dahsyatnya kita tak kan terbayang,
hilangnya sebuah indah yang disebut kasih dan sayang
hatta ibu yang menyusukan anak jua kan lari berpukang

tapi sementara matahari masih terbit di ufuk timur,
kau bentanglah sejadah dan bertaubat pada tuhanmu,
janganlah ada tangguh kerna ajal maut kita tak tahu,
semoga taubat kita diterima Allah, maha Pengampun Dosa.

akan dari situ datangnya hidayah Allah,
seakan suatu nur yang menerangi, oh, indahnya,
sungguh manusia lebih suka akan cahaya yang menerangi,
kerna dalam gelap hanyalah kita meraba dan sesat semata.




Thursday, November 11, 2010

terlalu biasa

Assalamualaikum..

pada utusan ini aku ingin meminta maaf.


maaf kerna ku terlalu biasa


aku mohon maaf,
kerna bicaraku boleh membuat kau terasa, dan
kerna perlakuanku boleh membuat kau terluka.

aku mohon maaf,
kerna ku terlalu biasa.

aku mohon maaf,
kerna aku bukanlah tergolong dalam ahfazal quran,
yang dipasak dengan semat tiga puluh juzuk di dada,
maka dilihat bersih akan segala amalannya.

hanya ku mampu,
menghafal segelintir baris ayat dan surah,
namun pada itu, aku kan cuba memahami dengan padu,
mengamalkan segala yang diseru,
walau sedikit ayat pada dadaku.

aku mohon maaf,
kerna aku bukanlah para penghafal hadis,
yang menghafal beribu ratus hadis,
maka seperti nabi akhlak dan budi pekerti.

hanya ku mampu,
mendengar dan mempelajari sedikit sebanyak hadis nabi,
dan berpegang padanya dalam setiap amalan sehari-hari,
dan aku kan setiap hari mencuba,
untuk meniru akhlak nabi,
namun dengan kudrat ku yang biasa sahaja,
maaf kerna kesalahan yang lebih dipaparkan hamba.

aku mohon maaf,
awal pagi ku tidaklah sebagai pendakwah yang bersuara,
nasihat dan memperingat sesama umat manusia.

hanya ku mampu,
duduk dan muhasabah tentang perlakuan akan datang,
agar lebih bekerja Raqib daripada 'Atid,
agar lebih ditulis pahala daripada dosa,
ditemani sebaris ayat doa Mathurat wazifah al-sughra.

aku mohon maaf,
kerna hartaku dikumpul untuk kepentingan diri,
bukanlah seperti Uthman bin Affan yang amat memberi,
disedekahkan segala unta dan kuda ke jalan jihad,
hanya mengharap balasan Allah yang tiada terhad.

hanya ku mampu,
memberi sedikit jika ada yang meminta,
mungkin di kocek hamba cuma segenih dua,
maka malulah tangan kiri sekiranya melihat kanan,
kerna tentunya dia ingin memberi lebih kepada sang fulan.

aku mohon maaf,
kerna tak dapat menjadi seorang Daie sejati,
setiap kali berbicara mereka menyentuh hati,
maka semua katanya berputik bak sebuah nur yang suci.

hanya ku mampu,
berpegang pada kata kekasih Allah,
'sampaikanlah ayatku walaupun seayat',
maka ini akan ku lakukan sepanjang hayat,
walau mungkin pahit untuk berkata benar,
tapi telan sahaja,
kerna syurga itu ada sungai mengalir di bawahnya.

aku mohon maaf,
kerna umurku yang masih muda,
tidak nampak dihormati atau disanjungi,
hanya dapat menunjukkan senyum menampakkan gigi,
berilah aku masa,
agar insyaAllah satu hari nanti,
aku akan jadi hamba-Nya yang berbakti,
kepada keluarga, masyarakat dan agama.

aku mohon maaf,
kerna ku terlalu biasa.




Sunday, October 24, 2010

peduli tiada

Assalamualaikum..


ini hanyalah sebuah frasa dikarang dalam mimpi tidur siang hamba.



A tambah

dongak ke langit tika
gatal mencucuk aroma tengik
engkau menebal legit
bagi menahan maruah sengit

kau kan kuberikan A tambah
kerna jadikan harapan punah
laksana terkena sumpahan tulah
lantas semua kan terus blah
ambil kau, ini panah!
oops, dah patah~


24102010



Thursday, October 21, 2010

ini berat

Assalamualaikum..

kan mak dah pesan awal-awal.
nape la aku wat2 x dgr.
sekarang sedikit menyesal.

tidak mengapa,
asalkan tidak membunuh,
semua hal ini menguatkan.

perlu masa.
sebab aku sedang fokus pelajaran.

Ya Allah, permudahkanlah...



Desakan Noktah

Apa yang boleh ku katakan?
tika dia sudah mendesakkan
satu noktah dalam permainan alpa
untuk memaling dari khilaf dunia.

Apa yang boleh ku lakukan?
agar si dia masih lagi dalam ruang cinta
sebelum mana daku akan pergi
menimba ilmu persuratan ukhrawi
belum masanya lagi kita kan bersama
maka penangguhan ini
boleh kita ambil dengan redha
kerna buruan kita
adalah kita.




21102010


Sunday, October 17, 2010

dulu sekarang seterusnya

Assalamualaikum..

*tarik nafas...
keluh~
perlu sentiasa ingatkan diri,
jangan sentiasa teringat cerita lama.

okeh.

terimalah,



Cerita Lama


Lawak bila tengok masa lama
masa bila kita hanya tahu bercengkerama
baik-baik jangan lewat sekarang sudah pukul dua
si dia masih bermanja seakan tiada resah esoknya
dahulu seperti kau seorang yang lawa
hanya dikau yang dapat ku berikan cinta
perlukah kini aku persalahkan masa
atau jarak yang kian jauh memisahkan kita?

Dahulu tiada rasa asing
kita dilihat akan serasi
sekarang ke haluan masing-masing
memilih jalan liku sendiri


Bila bersua semula rasa hilang perasaan lama
sangkaan ku masih ada rupanya sudah tiada
seperti dua mayat kaku tidak berbuat apa-apa
kita melakukan langkah yang beku dari jiwa
senyumanmu menipu bukan lagi seikhlas dulu
dahulu kita panas sering rasa mahu sama mahu
tapi kini hati bertikar lagi keras dari batu
tiada lagi pingin jiwa kita untuk bersatu

Dahulu kita sering bermiau
seperti kucing bergeselan manja
sekarang bersua mengelayau
langsung tiada bertentang mata


Biarlah jauh mana jarak kita kan kekalkan
daripada persuaan akan diporak-perandakan
walau sedikit nyilu untuk berjauh-jauhan
ku yakin satu masa kita akan dapat membiasakan
sekarang sudah dapat rasa jarak memulihakan
kalau dahulu kita menunding kerna ia memisahkan
akhirnya ku dapat melupakanmu wahai sang rupawan
telah bebasnya hatiku dari menjadi tawanan

Dahulu dari jauh kita saling merindu
melaung nama pada pantai yang merebah
sekarang sudah dekat pun kita hanya membisu
bersua juga hanya buat endah tak endah



141010


Thursday, October 14, 2010

campak kertas sana sini

Assalamualaikum..

beberapa persoalan dikemukakan,
harapnya dalam puisi ini, terjawab semuanya.
setidak-tidak markah penuh, ada juga penerangan sedikit.

terimalah,



Kumbang tak ke mana


Sonatra makin lama makin telus berlagu,
walau dendang tari laju hilang semua nahu,
kosa kata sudah haus kita sama kita,
walau dulu seperti indah masing-masing berprosa.

Hilang hikmah kembali fitrah jangan tak kembali,
ingat kembali dari awal tadi kenapa niat berpuisi,
kekunci kata atau pena jangan tekan dengan melulu,
pastikan semua rasa itu memang wujud pada hatimu.

Kalau tiada ikhlas maka tiada tulus sastera,
kalau kau berkilah maka tulus tukar duka murka,
aku yakin kita tiada ingin sekian berlaku,
duka boleh terjadi walau kita saling membisu.

Kumbang juga boleh jadi kering bawah mentari,
sama sahaja seperti kuntuman bunga gugur ke bumi,
kumbang tak kemana kalau tidak singgah ke bunga,
tunggu saja nanti jua akan tiba masanya.

Satu rangkap puisi mengungkap pelbagai rasa,
satu kata sama mengungkap rasa yang sama,
kalau persona mengambil salin rangkap hamba,
apakah bererti persona merasa selaku hamba?

Tiada kata pernah wujud maka tiadalah pengikatan,
tiada wujud kata memutus maka begitulah sekian.




141010


Monday, October 11, 2010

sempat empat pada tiga sepuluh

Assalamualaikum..

mulakan fasa baru dengan puisi biasa tentang perkara biasa.

lepas ini akan bergerak ke kelas.

ini puisi tentang selipar jepun dan Jimmy Choo,
tentang bintang sebutir dan luas cakerawala,
tentang seutas benang dan selembar sutera,
tentang semut merah dan gajah besar.

pabila darjat membezakan segala.



Apa Rasanya?

Apa rasanya dunia penuh harta benda?
apa rasanya kereta mewah BMW siri lima?
apa rasanya hidangan disediakan segala?
apa rasanya persalinan selembut sutera?

Ku tanya kerna ku tak pernah rasa,
rasa seperti sang kaya melihat dunia,
dunia dilihat syurga walau penuh caca fana,
apa kata kalau kita kan kecapi semua itu bersama?

Apa rasanya cantik berseri dari rambut ke kaki?
apa rasanya setiap langkah lenggok dilihat seksi?
apa rasanya menerima pujian sekian bertubi-tubi?
apa rasanya punyai mata yang memikat hati?

Ku tanya kerna tiada datang dengan memetik jari,
setiap kali ku mengusha adalah mengundang mati,
setiap kali kau hampir aku akan rebah ke bumi,
bukankah yang manis dilihat bisa dibuat isteri?

Apa rasanya jadi anak orang ternama?
apa rasanya dilayan seperti orang berada?
apa rasanya tinggal di sebuah istana?
takkah rasa dikongkong pabila dikawal semua?

Ku tak tahu kerna ku hanya melihat dari luar,
akan istanamu nan megah lagi tersegam indah,
setiap kali menanyakan bapamu aku dihalau keluar,
bagaimana kan ku ajak kau untuk makan malam bersama?

Apa rasanya dari kecil sudah terima didikan agama?
apa rasanya pakaianmu sopan dan labuh segala?
apa rasanya pabila tiga puluh juzuk disemat di dada?
hanya ku dapat doakan kau kan dilimpahi rahmat-Nya.

Kerna ku sedar bahwa hidup dunia hanyalah sementara,
maka bila berkasih biarlah kasih kan dibawa ke syurga,
sering kali lah kita kan berdoa pada yang Esa,
agar kita kan ditemukan jodoh dan bersama selamanya.



101010 qatar airways.



Saturday, October 9, 2010

fasa baru

Assalamualaikum..

nak balik dah..

tinggalkan anwar..

babai~~ *sengetkan kepala*


Antara puisi-puisi yang boleh tahan bagus.

1. Puisi untuk ayah- tentang ayah aku sendiri

2. Penantian- sebuah penantian dalam cinta jarak jauh

3. Quilting under thy aura- tentang sungai Nil dan gadis yang dijumpai di sungai Nil

4. Biarlah aku bersahaja- aku nak bersendiri, masih tidak mahu hidup berpasangan

5. Dengan kopi dan susu- satu cucuhan obor untuk terus menulis



baiklah..
tahun ke-3 akan membuka fasa yang baru.
senarai di atas hanyalah sebahagian puisi tahun ke-2 yang ak rasa berpuas hati setelah menulisnya.
baiklah,
aku akan terus berlari.

101010 pukul 10 pagi qatar


Sunday, October 3, 2010

Skeetchen 5: as sweet as a 10 year old gurl


Assalamualaikum..

got this respy from a 10 ye ol gurl..
a sis of a fren of mine..
brilliant gurl.

i somehow think that she would outs her brother in no time.

tis is whut she told me:

HOW TO MAKE A CARAMEL PUDDING:

for the pudding:

7-8 eggs
5- 15ml vanilla flavouring
1 can of evaporated milk
1 can of condensed milk


NB: (this condensed milk are the one that controls the sweetness of the pudding. to stay healthy, half a can would be enough or less. but if u like it sweet, just pour down all the sweetness with all of them down there. for my suggestion, i use 1/2 the can)

put it all up there in a blender, and mix it up.

next,

for the caramel:

5-6 tablespoon of sugar
2-3 tablespoon of brown sugar

simmer a few spoonfuls of sugar and caramelize them on a pan. you may want to mix them with some brown sugar. that kind of taste would throw you off the wall.

place the melted sugar (caramel) onto another pan, and place with them the blended ingredients.

steam them up for more than 20 minutes, and your dessert would be ready once they chill.

cut them all nicely and enjoy~!!


if this looks tasty, press the 'like' button down below.
you will spread happiness all around the world

Saturday, October 2, 2010

tak tergerak

Assalamualaikum..

dah lame tak menulis.
setiap kali hendak menulis juga aku memikirkan yang sama,
maka aku hentikan langkah aku,
dan berpuasa dari berpuisi.

Terimalah,


Penaku Statik


Penaku statik,
tiada dakwat mengering,
hanya tinta yang pinta dibebaskan,
untuk bersemadi di helaian putih yang luas,
dan kekal bersama, selamanya.
Pada sebuah kalam cinta,
yang diluah dari rasa hati.

Penaku statik,
terlalu enggan si jari menari,
kan elok jika bersama,
segala yang pahit jadi nira,
segala yang tawar jadi gula,
segala yang maya jadi nyata.

Walau kan diserta duka nestapa,
tidak mengapa,
kerna kita tak mengejar syurga dunia,
satu tipu daya yang fana,
abaikan segala palsu fatamorgana,
agar kita kan kecapi,
jannah al-Firdausi.

Penaku statik,
sedikit silu,
sedikit malu,
juga ada sedikit cemburu,
namun hanya lebih kepada malu,
kerna hamba dakwat setitik,
tuan dakwat semangkuk.


01102010



Wednesday, September 29, 2010

some sacrifice which droves my fear and jealousy away

Assalamualaikum..

this is part 4. you can choose to read the previous part 3, part 2, and part 1.

this is a post that only few of my friends can tell the real deal of my writing. but with a lot of this kind of post written and careful deciphering, anyone can tells them.

right from arriving in KLIA, my temptation was bound to seek jealousy. jealousy of wealth, health, posession, price, value and everything that matters in this very round world. during the holly month i confront my jealousy and tell the adjective that my temptation might be better with jealousy. however, jealousy wouln't want to be with my temptation.

as how i planned it to be, that is how what had happened. and i'm very glad that it happened.

so with my jealousy driven away by itself and fear that keeps me company all the time, the temptation is comfortable with having fear just where it want them to be. comfort enough, but then, by time, my temptation had met with sacrifice. the one adjective that most people dont even see from the beginning. but i had started to deal with it.

and as how much my temptation works with its jealousy, sacrifice had played its role. i was thinking of giving temptation a space to chill for a while but already sacrifice had to be made. with sacrifice, i think that everything that i do would be more in-line and less chaotic.

dont sure how it would work out with this sort of sacrifice. but my temptation is not driven by any means of jealousy now. which is, a very good thing indeed.

sacrifice is much more of a burden compared to being feared or to feel really jealous. because sometimes it may require some bloodbath.

i am neither relief, satisfied, nor happy.

Thursday, September 23, 2010

wira negara



Assalamualaikum..


Nicol David bukannye suka sangat pukul dinding,
tapi dye buat cmtuh sbb x nak kasi bola jatuh,
Aku bukannya tulis puisi sebab aku nak flirting,
tapi sbb nk kuatkan Bahasa Melayu yg kian rapuh.


tahniah kepada Wira Negara, NICOL DAVID.

yang diadakan di Sharm El-Sheikh, Mesir.



tahniah!!

=D>

*siots ko bu

Tuesday, September 21, 2010

tempoh berehat

Assalamualaikum..

perlu berehat beberapa hari dari persada penulisan.

juga perlu dalamkan lagi penghayatan puisi-puisi Usman Awang.


im a kind of person who would write on a notepad.
and if im lucky enough, i might wrote a very nice piece.
but now i have to go.

Sunday, September 19, 2010

terikat

Assalamualaikum..

aku rasa semakin rancak. walaupun komentar semakin berkurang.

dan kini aku dapat beberapa peraturan jangan laku untuk dititik beratkan dalam setiap penulisanku.

maka, ini adalah titik permulaan.

puisi ini telah dikarang beberapa minggu yang lepas.


Lawa Mata

Sebuah imaginasi terbongkang,
menjadi helah syaitan yang licik,
yang memang telah kau tahu, bahwa
akan alur setiap hawa yang bernafsu,
menjadi satu daya emosi liar seribu mahu.

Dengan sifat sabar yang cetek,
sebagai adam kita ada rusuk,
rusuk menghilang maka jantung kosong.

Sudah,
jangan kau pandang ke hadapku,
melakukan wajah ayu dan sayu yang senantiasa dilihat sipu.

Tidakkah kau sedar,
bahwa kau lawa walau hanya dengan mata.

Penulisannya juga telah hilang dari buku,
serta puisi ini hanya rasa,
jangan kau terganggu.


03092010



Friday, September 17, 2010

broken compromise

Assalamualaikum..

buai buai laju laju,
sampan kolek mudik di tanjong,
seru sampai memang begitu,
tampak kacak terus terlopong.


ape aku merepek nih??

okeyh.. x pe..
yg atas tuh td cuma selak intai (sneak peek) kepada koleksi pantun yang akan diutuskan pada minggu hadapan..

buat masa ini, terimalah sedikit penulisan dalam bahasa inggeris.



Rush of Bliss

I wake up early in the 5 and I press F5,
and to see something that is so fine,
a little work of art that seems just like mine,
sometimes it hurts like Valencia's broken ankle* (owh my!).

So I would just continue on this track,
turning into a warrior and fight back,
when I return home you'll see,
that I'll be a knight in a shining cuisse.

But I can't make anything a promise,
cause I'm now affected by the rush of bliss,
as I may turn this into a crushing battle,
turn out it may be you to win in this fable.

And before all we must break the ice,
so that we would have a little compromise.


17092010



Sigh~ dh brape lame ak tinggalkan kajang?

*for video, click this link.

Friday, September 10, 2010

selepas raya melancong pula

Assalamualaikum..

akan bertolak ke Singapura.

sebelum itu,
aku tinggalkan kalian dengan sebuah puisi.

tapi,
kali ini lebih kepada free verse yang tiada plot.
hanya persoalan yang disusun tidak rapi.

terima kasih A samad said.
aku terserempak dengan Sifu tempoh hari di mid valley..
melihat Sifu sahaja aku sudah terbakar dengan inspirasi.
Terima kasih Sifu.


Kertas terbakar

Kertas dengan kertas,
api dengan api,
pena menyala membakar kertas mengalas,
sebuah abu tragedi kan membentuk puisi.

Intuisi ku sering berasonansi,
sekarang ku tukar metafora menjadi hiperbola,
sebesar mana meteor kan meletus cakerawala,
walau sebesar zarah dah cukup buat kau luka berdarah,
tanpa limitasi bahana,
tanpa pautan sangkar,
terus bermadah walau sudah caca merba,
impak ke semesta ditelankan naga,
dengan istighfar kan ku kawal emosi liar.

Kerana,

Apa pada hati,
turun pada jari,
mengilhamkan rasa,
dari sebuah pena,
rasa hati yang tidak ingin diakui,
segan pula dengan madah yang diceburi.

Aku sering mendongak,
hidung tinggi membongkak,
kamus akan merujuk padaku kelak,
akan semua amaun perkataan
yang bakal dan telah ku luahkan.

Kau tulislah dari apa yang difrasa hati,
walau bibir mungkin kata tiada,
tapi itulah yang telus berprosa,
alangkah indahnya jari-jemari menari.


090910

Wednesday, September 8, 2010

arjuna dan raya


Assalamualaikum..

sebentar ya.

raya ini, akan ke singapura.
blog ini, akan berhabuk sementara.



Kerdil dan pencil hati dari ilahi,
meratap sunyi di malam yang sepi,
pohon dan pinta terhadap ya rabbi,
agar diutuh akan ukhrawi.

Musafir merentas liku dunia,
dipintal siuh lurus semua,
jalan ditempuh jalan arjuna,
mentarbiah diri menjadi lebih mulia.

Tahajjud istikharah hajat wa tasbih,
taubatan nasuha ala ya rabbi,
inna haza al-amru khairli fi diini,
summa yassirhu li.


Monday, September 6, 2010

lebih manis dari itu

Assalamualaikum..

terima kasih kepada rakan karibku,
Azraf n Azham yang menemaniku malam semalam.

kadang-kadang,
perasaan itu lebih baik disimpan
daripada diluahkan.

tapi bagi aku,
perasaan itu lebih baik diluahkan
dengan sedikit sastera bahasa.



Dengan Kopi dan Susu

Daku terpesona,
terpegun kan persona,
meluahkan yang dirasa,
pada sebuah alam maya.

Langkahku tertangguh kerna perasaan bercampur
bercampur dengan suatu perasaan yang jujur
apa yang ku tulis akan membuatkan hatiku telus
telus dilihat semua maka hilanglah rahsia (kan?)

Ku menahan perasaan
dan kenapa ku tahankan
kerna ku tak mahu kau tahu.
Jika rasa diluahkan
dan kau tak kan pedulikan
hatiku bak ditusuk sembilu.

Namun,

Seketul perasaan beku
dengan kopi dan susu
habakan dengan suhu
ia kan lagi manis dari tiramisu

Inilah yang ku cuba lakukan,
walaupun mungkin tanpa perasaan,
puisimu sering dalam bayangan,
tak mungkin ku dapat lupakan.


060910

Tuesday, August 31, 2010

penulis baru

Assalamualaikum..

sebelum ini ada beberapa orang yang mengatakan bahawa;

"Anwar, puisi ko best lar..!!"
"Anwar, mantap r puisi ko"
"ntah r.. ak kadang2 x faham pn ape yg ko tulis"
"aku x bace sebab ko banyak tulis BI... ak mane faham.. translate pliss"

tapi ada juga yang mengatakan;

"aku x reti menulis puisi"
"aku mane ade bakat nak tulis puisi nih"
"vocab ak mane tinggi nk tulis yg mcm kau tulis nih.. hebat kot"

namun, hanya ku akui, semua orang ada bekuan perasaan yang perlu dicairkan.

maka, ini untuk kamu semua, selamat menulis puisi!!


Selamat datang pemuitis

Kau tahu ku cair melihat puisi,
cair akan segala asonansi dan aliterasi.

Kau tahu ku akan cuba mendalami,
sekiranya datangnya dari mu, wahai dewi.

Aku membaca puisi boleh tersentuh,
boleh jadi ku marah,
kerna ku sedar akan setiap coretan,
adalah coretan peribadi.

Maka indahnya hymne mu,
aku jua tersentuh,
dengan bicaramu dulu,
sama sahaja dengan yang telah dikata,
apa yang penting adalah ikhlas di hati.

Maka bila ditulis dan digulis,
kau sedar bahawa ia takkan malap nan sirna,
kerna dari apa yang kamu intuitis,
semuanya dihitamkan dengan pena dan rasa.

Selamat datang sebagai pemuitis,
maka teruskanlah menulis,
segala rasa kan kita kelis,
sehingga hayat kita habis.


310810




Saturday, August 28, 2010

jangan putus asa, teruskan usaha

Assalamualaikum..

tulis lagi.
aku sendiri pun dah bosan.

terasa lebih seronok menulis.
sebab terasa macam dah x de orang baca.
bila org x baca,
boleh tulis bnda jiwang sket.

puisi ini ditujukan kepada sesiapa yang putus cinta.
korg semua kene hadapi perkara ini dengan tabah.


Masa untuk berpisah


Hal ini telah ku sangkai,
tentang masanya belum sampai lagi,
mungkin kerna kita sering berjauhan,
maka semua rasa tak ketersampaian.

Kini aku, telah berjalan lebih rapi,
walau hati sakit hampir separuh mati.

Kini aku, solat lebih khusyuk,
walau hati telah pun hancur remuk.

Dulu aku,
ketagihkan senyumanmu,
sehingga ada yang kata,
senyuman kita sama.

Aku kata,
doakan sajalah,
kalau benar jodoh,
hanya pada Allah aku berserah.

Namun kamu,
harus tahu,
bahwa cintaku,
hanyalah untukmu.

Tiada makna menyerah kalah,
walau ku hampir pasrah,
ku pijak semula bumi,
menegapkan peribadi,
sampai masanya nanti,
kan kita berjumpa lagi.

InsyaAllah..



28082010

Monday, August 23, 2010

zakat membawa berkat, seksi membawa seksa

Assalamualaikum..

ini ialah penulisan pertama yang dikarang pada telefon bimbit Vivaz Pro yang baru dibeli semalam.
owh ya, secara sambilan, aku ingin melatih teknik rima akhir yang sama.
kalau ada beat, boleh nyanyi lagu nih.


sexy KL town

verse1:
KL town amat bz,
weekend yang dinanti,
semua orang turun maka sesaklah BB.
Ku lihat sana sini,
amoi makin seksi,
dulu cover up tapi kini lebih berani,
dari rambut ke kaki,
kunampak serba serbi,
semua serba ketat, serba rapi,
dulu hanya nampak tali,
tapi lani kemain lagi,
mereka terus tunjuk coli,
inikah trend masa kini?
Kiamat memang tak lama lagi,
kita terjunjung iluminati,
Demmit,
if its like this,
its better that i mati,
dari mata ku dibutai,
di akhirat nanti,
dihukum, kerna malaikat kiri,
tulis sampai sepenuh isi.

chorus:
nasib baik malaikat raqib dan atid
tak ada rasa letih kalau tak mereka sudah punah,
tulis pahala hanya sedikit,
tapi dosa kita bertambah-tambah.

inilah keadaan umat,
umat kita di seluruh dunia,
seperti buihan di lautan,
apa pula tindakan kita?

verse 2:
puisi sudah melatah,
dah jadi tak tentu arah,
sebab T-shirt see through
terus nampak bra merah,
tambah dengan cleavage lurah,
bila dia lalu maka,
terus bengkak semua mata,
ceritaku belum sudah,
tak cukup betis kasi peha,
kalau putih gebu takpelah,
ini kan kau sudah tua,
kerut dan stretchmark tak terkira,
terus melecur kelopak dan kornea,
alihkan pandangan! masyaAllah..
jangan biarkan pancaindera merana.
arghh~ mampos kau lah!

chorus:
nasib baik malaikat raqib dan atid
tak ada rasa letih kalau tak mereka sudah punah,
tulis pahala hanya sedikit,
tapi dosa kita bertambah-tambah.

inilah keadaan umat,
umat kita di seluruh dunia,
seperti buihan di lautan,
apa pula tindakan kita?

verse 3:
Ada orang bodoh macam batu,
batu pun tidak dungu,
ku bercakap tentang bangsa melayu,
orang buat dia terus melulu,
terus ikut, tak tengok hukum dulu,
katanya nak ikut trend
just cuba benda baru,
tayang punggung tayang pinggul
tak ada rasa malu,
mak abah pasrah
anak dah macam tuh,
eventhough dah hantar sekolah ugama kampong baru.

chorus:
nasib baik malaikat raqib dan atid
tak ada rasa letih kalau tak mereka sudah punah,
tulis pahala hanya sedikit,
tapi dosa kita bertambah-tambah.

inilah keadaan umat,
umat kita di seluruh dunia,
seperti buihan di lautan,
apa pula tindakan kita?
apa pula tindakan kita?


220810

Sunday, August 22, 2010

hentikan langkah

Assalamualaikum..

puisi hijau terakhir barangkali.

cukuplah setakat ini. atau tidak?

sekiranya puisi hijau ditulis lagi,

perhatikan tarikh pembikinannya.

tentunya dikarang sebelum tarikh dikarangnya puisi ini.




Henti langkah di pinggir tasik

Sinar matahari menyilau tasik,
awan berkepul dibentuk burung,
terbang sekawan kembali ke sarang.

Bayu tasik
hawa sederhana dingin
mendamai jiwa.

Lantas ku hanya merenung,
lihat sahaja deruan tasik tenang,
sambil lagu nostalgia mengadun perasaan,
aku seperti diayun belaian lama mu.

Marmar menyilau kembali,
melawan semula sinar redup,
sudahlah,
tak mungkin kau kan kembali,
maka saat ini ku titikkan NOKTAH.




Taman Tasik Putrajaya
02082010

jangan kecewa, fikiranku mungkin bakal berubah.
lihat saja kemana angin membayu sayapku.

Saturday, August 21, 2010

tak pakai kasut

Assalamualaikum..

puisi ini ditulis semasa berada dalam penerbangan pulang Iskandariah- KLIA


Walking & Flying

Footsteps of bare,
drying hot sand,
walking on your dessert,
with scorching sun.

Having to kneel by your love,
how I have been poisoned,
by the venom of your love.

It has always been you,
since the day you ignored,
never been replaced neither forgotten.

The grey silver clouds,
the blue endless sky,
flying away to you,
under this vile.

I'm pleading, all the time,
for your heart to be mine,
even if it would kill me by then.

It has always been you,
since the day you ignored,
never been replaced neither forgotten.



270710
Flight QR 513


dulu kala,
aku tolak tawaran mara,
kerna menyedari ak tentu boleh mendapat pendidikan yang lebih baik di tanah air sendiri.
tapi, mara kasi gak biasiswa ke ak.
ak terima sahaja.
sape nak tolak tawaran biasiswa?
so ak meluaskan pandanganku ke mesir.

namun,
aku tak kan lupa pula tentang ilmu dan pengalaman yang boleh ku kaut semasa cuti musim panas.
jadi, aku menyertai sangkutan elektif di hospital serdang.

nyata,
pelbagai manfaat.

terima kasih doktor.

baiklah, sambung belajar lagi.

Saturday, August 14, 2010

hujung minggu di bulan ramadhan

Assalamualaikum..

hari nih agak lain sikit dari ramadhan biasa.

2.30 am: aku menunggang keter CRV ke kajang.

n then i nmpak sorg minah nih.
pakaiannya seperti whore ataupun hoe.
so.. mereka berjalan2 di tepi jalan.

aku melihat mereka. kerana pakaian mereka mencolok mata.
lantas, aku menolehkan pandangan kerana keseksian melampau mereka menakutkan aku.

jadi, aku menegakkan leher dan terus memecut dan menekan minyak lari dari kawasan itu sambil terserempak dgn lebih bnyak lagi hoe.

aku terus pergi ke 7eleven untuk membeli panadol dan pil chi kit tech aun.
lantas aku memasuki kedai tersebut.

kring2 bunyi pintu itu.
seorang perempuan yang tidaklah begitu cantik muncul dari belakang kaunter.

aku berjalan terus masuk ke 7eleven dan tersedar bahawa aku berada di sebuah gelanggang maksiat.

aku melihat seorang lelaki beruniform 7eleven sedang berbaring di tempat yang tidak jauh dari mana perempuan yang kurang cantik itu muncul.

aku terpinga2. namun hanya meneruskan operasi membeli ubat.

aku terus pergi setelah membayat ubat itu.

dalam fikiran aku,
biarlah husnozhon. *beranggap baik*
anggap sahaja mereka adik-beradik barangkali. walaupun wajah muka mereka memang xde serupa langsung. demmit.

okeyh. balik umah. sambung main xbox.

pergi KL pada siang hari.

aku mendapat puasa lapar dan dahaga.

aku x nak turun KL lagi.


Thursday, August 12, 2010

pungguk ialah nama sj burung hantu, Ninox scutulata malaccensis.


Assalamualaikum..


Nicox scutulata malaccensis

mempunyai bnyak lagi spesis dan dinamakan mengikut nama tempat.

Nicox scutulata malaccensis terdapat di Malaysia. sebab itulah nama akhirnya malaccensis. merujuk kepada Melaka.




Pungguk merindu bulan

(verse 1)

racun senyum mu,
racun cinta mu,
telah meracun hatiku kian lama,
membuta mataku sepanjang masa.

aku tengadah sedar,
terhantuk dari pukauan,
keluar dari khayalan maya,
bangkit dari lamunan.

(verse 2)

aduh,
memukau pula teh cina ini,
tawar sekucup rasa,
mengkhayal setelah menyepi
dari kesibukan kota.

bukannya selalu kita bersua,
walau kenangan itu manis,
terdapatnya kekurangan,
akan hakisan dan bendasing yang mencampur.
hanya ku sedari,
bahwa dikau menjauhi.

kau membuat pembacaku tertanya,
halnya siapakah dikau,
kerna penulisanku tetap sama,
tidak pernah pula ku fikir yang lain.

Taman Tasik Putrajaya
02082010


Sunday, August 1, 2010

jarak jauh

Assalamualaikum..

jarak memisah antara langit dan bumi.
jarak memisah antara laut dan pantai.
jarak memisah antara kasih dan rindu.
jarak memisah antara daku dan dikau.

terimalah, 2 rangkap pantun.



Kerna Jarak

Mengapa pelanduk kan jua dinanti bulan?
Meski musang tak turun ke hilir,
Dikau jua yang ku nanti dan angankan,
walau sering ku rasa terpinggir.

Terbang Pipit terbanglah Helang,
terbang kembali hinggap di bangku,
daku sering memikirkanmu sayang,
walau hampir kau kan melupakanku.


rumah ibu mertua datuk saudara,
31072010


pembaca,
adakah rasa kasih kan hakis dilusuh jarak?
atau cinta kan berputik diadun rindu kerna jarak?



Thursday, July 29, 2010

duhai

Assalamualaikum..

dah sampai malaysia.


Duhai Malaysia


pohon melur kering berlayu,
daunnya kuning gugur belaka,
aduhai malaysia,
pohon melur gugur belaka.

padang rumput tidak ditebas,
rumputnya panjang pucuk kemuncup,
aduhai malaysia,
padang rumput pucuk kemuncup.

semak belukar berbau hijau,
ular menjalar berliku-liku,
aduhai malaysia,
semak belukar berliku-liku.

sayang puteriku permata benua,
rantau memisah daku dari mu,
aduhai malaysia,
sayang puteriku daku untuk mu.

manis juadah pelbagai rasa,
hidang bersama sajian melayu,
aduhai malaysia,
manis juadah sajian melayu.




errmm..
aku tak tahu ini gaya penulisan apa.
terima sajalah. kalau ada yang berminat menulis puisi,
boleh memperkaya lagi teknik penulisan ini.
perhatikan gerak percampuran frasa.

baiklah. ini puisi spontan sahaja.
esok lusa mungkin dapat yang benar2 istimewa.
insyaAllah..



Friday, July 23, 2010

remaja dan tembakau


Assalamualaikum..

kisah tentang remaja perokok.


Daun tembakau sepuluh dinar,
dibawa pedagang Tanjung Lata,
kisah disaji kisah yang benar,
kisah tentang remaja kita.

Susu kerbau penuh sebelanga,
dititis nila rosak segalanya,
daun tembakau banyak bahana,
walaupun dikaji ada ubatnya.

Terus cair puteri lilin,
puteri tiada mengenal kasih,
kini dicampur akan nikotin,
sekali rasa terus ketagih.

Sirih kapur dibeli bangsawan,
kunyah sirih sampai lumat,
mulanya dahulu pengaruh kawan,
agar diri lebih dihormat.

Hang Tuah berbadan sasa,
Hang Li Po pula cantik jelita,
boleh jadi sendiri terasa,
kerna itu lumrah remaja.

Tuah Jebat saling kelahi,
masing-masing pertahan diri,
pada mulanya sebelum berahi,
nampak asap terus lari.

Tuah Jebat tikam berbalas,
mana Hang Lekir dan yang lain?
sedang member hisap di tandas,
dia tolong member cover line.

Hang Lekir belayar ke Pulau Dahap,
Lekiu Kasturi tinggal berdua,
selepas member habis hisap,
tukar shift lah, dia nak juga!

Kerongsang puteri retak merekah,
kerongsang dibawa pedagang Cina,
itu baru kisah di sekolah,
selepas SPM ganja pula.

Puteri Embun berlesung pipit,
dihias solek bedak merah,
dadah khayal serta merempit,
langsung badan pecah berdarah.

Tebing sungai ditanam tebu,
ditusuk tanam nan ke hulu,
menangis bapa menangis ibu,
hilang anak yang dikandung dulu.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Pulau Redang lebih dekat,
jangan dipersalah mak ayah,
kita saling hidup bermasyarakat.

Bercerai badan bercerai-berai,
sudah cerai kembali bersatu,
walau kerajaan naikkan cukai,
tetap kita masih mampu.

Tuan YB memakai songkok,
Puan Sri berkebaya biru,
jahanamlah kau wahai rokok,
jangan harap kau nak goda aku!



Ambil rokok, jadikan bunga. Simbolik kepada penghentian merokok.




tekan "like" di bawah ini jika anda bukan seorang perokok.

Thursday, July 22, 2010

buka buku lama


Assalamualaikum..

nak kasi 3 rangkap pantun 4 kerat.
kisah tentang blogger yang jatuh hati.



Fikirnya bumi ini rata,
pada hakikatnya berbentuk sfera,
tidak bersua pada alam nyata,
bersuai kenalan di blogosfera.

Terngiang-ngiang bunyi cengkerik,
selepas subuh berlalu terbang,
dari awal ku sudah tertarik,
rupa-rupanya punyaan orang.

Jantung hati limpa dan darah,
tercabut nyawa berbeku tepu,
berkata diriku biar sajalah,
kuntuman bunga bukanlah satu.




baiklah, itu sahaja.
dalam hidup, ada banyak episod. Episod 1, 2, 3, dan seterusnya.
lebih banyak episod, cerita akan jadi lebih panjang.
mungkin kita hanya mahu cerita ini berakhir dengan gembira pada episod 1.
namun, dengan penentuan yang Maha Esa,
kita akan menemui kebahagiaan yang kita idamkan pada episod pertama,
pada akhir episod kita.

ape2 pn, just go on jer.
andai kata episod 1 tidak memuaskan, lanjutkan ke episod 2.

Monday, July 19, 2010

piece of heart muscle that dries later on


Assalamualaikum..

this is a good morning.
i woke up early despite the fact that i went to bed so late yesterday.

what happen is that,
few months ago,
there was this piece of muscle,
a heart muscle, that belonged to me.

to this thing was an abnormality,
people call it AVN duality.

so i said,
"OK, i got something awesome going on with my heart."
but at the same time,
"owh sh*t, im going to die early."

so then i stood up,
try to do things that i love most.

then i went to a lot of travelling, eating, and cooking.
i had such a great time.

then stood this girl,
she showed me that somehow, you can do good, even if you have little time.
and plus, she made me feel kinda warm actually, eventhough not much that i felt.

and so later on,
i got an idea.

to survive from this AVN duality,
i cut off my heart and gave it to her.

a portion, u might say, of my heart.

yup, just a portion. the abnormal portion.
i used to live with this portion
till i'm mature enough to think the best for myself and others as well.

so i continue to live.

i started to heal by time.

and yeah,

I healed.

however, she is not capable of keeping my heart as it is, so,


the portion of my heart that were with her,
it dries to become sand, then it blows with the wind.
when it touches the wall, it turns to blood and stain the wall.
then when we touches the bloodstain it turns to water.
the water adhere to our hand and later on it evaporates,
leaving dusts of salt on the tips of our finger.

lick it. its not sweet, its salty.



so i confirmed, it is salt.

sadly, it was a portion of my heart.


Friday, July 16, 2010

what defies you, defies me, and thus defines us.

Assalamualaikum..

I was startled by a friend who asked some questions of love and relationship. however, it is not the first time for me to discuss this. i had discussed with several of my friends before and even posted it on my blog.

her question was simple. "can a man be so attached to a woman?" and the answer is yes. a man can be so attached to a woman. and why? with a simple answer of love and relationships which works naturally without any needs of elaborating more of it.

but then, a twist happens as "how can a man forget a girl that for once there he was so fallen in love with her?" as in, not being truthful and starts leaving her behind. I say, girl, for a relationship to become succesful, there must be a reason for them to be together. yes, a reason. falling in love, we dont need reason for that. however, for staying in love, there must be a reason.

for a man woman relationship, the reason could be that we want to be for each other till death do us apart, to live together in harmony and grief, and much else. same goes to how we are to our Creator, Allah az-zawajalla. as we are so much attached to Him and for so much reasons that cant be listed, we are bounded by His love and He just waits for us to love Him back.

in fact, we may cant remember how can we fell in love for the first time. but as times flows and more we obtain from our love ones, be built reasons to live together, and that is something more than love, that could be given to ye lovers. and thus comes marriage, which takes more than love to defines it.

having said that, to answer the previous question, a man could forget a girl by:
1. he has no reasons to be with her. and
2. something moves her aside. and by something, it could be other girl mostly, occupation, and other dedication.

for number one, in which we have no reasons, it just simply apply the negative way of what i had spoken before, a reason with no reason. simple. maybe he had loss interest with the lady? he thinks that he is better off with the lady? anything. with no reason to be together and some reason to be apart, and so couples forget each other.

for number two, as in he found a better woman perhaps, works on a simple concept. it depends in the early reasons on why he had fallen for the former lover. as in, if the former has beauty, then if he finds another beauty (which probably be more beautiful) and so he walks away. if it is because of wealth, then wealthier wins. brain with brain, kindness with kindness.

if earlier we fell for beauty, it would be hard for a man to fell with brains. men are simple. ladies, if you are pretty, the thing that can stole you away is another beautiful girl. if it is for your kindness, then kindness it is that would steal your man away. it would always be the same thing. men can never change so sudden. men are simple. plus, if the girl is beauty and brain, then only prettier and smarter can win him. more beauty less brain, errmm.. considered a no.

yeah, talk about the survival of the fittest. national geographic had done this before under the article "survival of the prettiest". you can check that out anywhere on the internet.

this discussion is yet to end. as there is one more question. "how about if the guy is a player?". pfft.. the answer is, even the playa talks about a bunch of girls with his colleagues and friends, but still, at the end of the day, as he is closing his eye to go to sleep, there would only be ONE girl, in his mind that he would be thinking of.

even if, you found out that your boyfriend is a playa, dont break him yet. figure if you are the one who's been on his mind all the time while he is with other girls. and how? easy. find reasons for you to stay together. ask him. how? heck would i know. playa is versatile in his own way. figure him out first.

so that is about it for the theoretical part. the else is up to you.

and one more thing, please dont be defy by words. be strong to them. especially from those who use words for their work of art. some are truthful, others are defying.

Wednesday, July 14, 2010

masih lagi tentang obsesi diriku sendiri

Assalamualaikum..


Ought to be together

Owh my sweet enchanted love,
how can this be forbid while I'm just nineteen,
we ought to have our time together,
just wait till I get back to malaysia.

This ought to be the first chapter,
as far as I can see it,
we may end up being together,
so girl lets fight for it, push it till we make it,
to write our stories on till happily ever after.

I'd been missing you much,
I know you too,
you ought to be my first crush,
owh wait, told you too,
from a crush to chaste, to be filled with lust,
this is a vastation,
it just waits for our action.

Gracias God looking up from heaven,
I pleed to make this bond eternal,
don't care how the script would go, just make it happen,
afterall,
I just want her to be by my side,
even in the dirt, or up in the sky,
starting from the moment she became my bride.

Now a fantasy, to be sigh,
but none of them a joke,
because you're still in my mind.





semakin rancak menulis puisi.
walaupun tanpa dedikasi,
apapun ku susun sepuluh jari,
pohon maaf, atas serba-serbi.

Tuesday, July 13, 2010

melindungi yang tersayang

Assalamualaikum..



luaskan sayapmu

luaskan sayapmu, teduhi dia,
tatkala serigala meraungi purnama,
awan menyelimut sinaran bintang,
laut merentas debuan tanah.

luaskan sayapmu, teduhi dia,
tatkala kicauan memecah suasana,
suria mula mengintai sinarnya,
pasir hitam bertukar putih.

luaskan sayapmu, teduhi dia,
tatkala adam membingit kota,
ozon halus melalukan bahang,
langkah canggung melagu bunyi.

luaskan sayapmu, teduhi dia,
walhal atmosfera semakin redup,
nan biru menerik kini merah,
tawa anak kecil menghibur hati.






lindungi dia, sepanjang masa.
pagi, petang, siang dan malam.

Saturday, July 10, 2010

rambang

Assalamualaikum..


suara sebahang suria

aku teringat kembali,
pada masa kita bersua,
kau menjerit namaku,
di bahang mentari suria
dan kau memanggilku,
tuk ke sisi mu.

kini ku tinggal sorang,
menahan rindu kan mu,
melayan perasan lama
yang sering kembali,

jika ku dapat putarkan kembali,
masa yang menyatukan kita,
akan ku pautkan dengan benar,
rasa yang terpendam di hati.





kalau kau ada perkara yang kau hendak lakukan,
ada perasaan yang kau hendak orang lain rasakan jua,
luahkan. jangan simpan.

masa, boleh jadi musuh.

Tuesday, July 6, 2010

aku terbangun pukul 12 tgh malam semalam sebab tepet letak reminder kat blackberry aku- luqman bazlan

Assalamualaikum..

harinih ak dh 19

happy.

thanks for all da wisehs..

may all ur wisehs come true.

wisehs such as panjang umur n murah rezki, yup.

best.

nazli, kerol, shimi beli kek utk ak.

celebrate on midnight of 5th.

KEWLL~~

ak sker yg wish ak scare lisan.

sgt2 sweet.

amirah saeed pn taw 5 julai besday ak.

n tuh je la kot.

bz sgt. x de masa nk fikir pasal mnda nih.

ak menanti call dr msia.

tp trase mcm nak tunggu bintang turun dari langit.

so ak call msia n then call aussie.

n thats all.

thanks for the cake, nazli.

thanks for the lunch at coffe roastry, anas.

thanks for the gym invitation, nik.

thanks for the great tennis, rahman d, rahman l, afiq, ayoh, juwe, nuim.

thanks for the juice, rahman ismail.

thanks for the dinner, afiq.




*tuh bkn reminder, tp blackberry mmg wat birthday auto reminder. ak just letak contact detail ak kat phone ko jer luq.

Friday, July 2, 2010

mama, makanan, dan melur. serta kisah dengan jiran



Assalamualaikum..


2 ujian dah lepas, biochemistry dan histologi. biokem ad soklan x leh jawab, tp yg bgs nyer, lg bnyak soklan ak dpt jawab. walaupun lembab sket.

histology plak, ak rase mudah sket, except time part ak kene hntar kertas ak lambat sket cuz ak x ingt sgt ad certain something yg dye suruh label tuh.

but basically whut i had learnt from these 2 previouh paper is that, study now, answer ur exam tomorrow. anything else, put it aside.

ak x rase sedap hati sgt skang nih, mak ak sakit, katanya ad something kat saraf blakang. sacral plexus bermasaalah berangkali. so in times, ak slalu dpt rasa smthing dr mak ak. n vice versa. my mom can tell whut im feeling too. hey, she's my mom, of coz she knows me. i would just pray each time and everyday that Allah would cure my mom's sufferings.

ak usha2 tiket balik msia. selak sana sini. padahal satu page jer. nmpak cm arrival time kat KL pkol 2.20 ptg. ak pn x sure. tp ak rase mcm.. bile je turun dr airport tuh, ak akn head ke cyberjaya or mane2 kawasan yg dkat ngn kampus plajar, n mkn char kuey teow. perghh..


okeyh, jangan terliur plak.
bnda yg terakhir skali ialah kuntuman bunga. ada 3 pohon melur kat halaman umah ak. 2 kat pasu besar, dan 1 kat pasu kecik dan dijaga sbg bonzai. dalam pada smua jenis pohon dan bunga2an kat umah ak, ak plg sayang 3 nih. sbb bunga dye pure, white, putih, seri, suci murni wangi. smua ape yg bunga2 lain idamkan. bunga melur amat Flawless bagi ak.


dan jangan salah sangka lak, ak bukan nak cuba jadi mat bunga, tapi ak rase mcm ni lah soft side ak. ak sker jaga tanaman. ak bleh duduk kat taman dan berasa amat cemburu terhadap pekebun taman tersebut. sbb dye x perlu study susah2, dapat buat apa yg ak sker, jaga pokok.

kadang2 jiran ak yg ad keter BMW 5 series tuh parking keter dye dpan umah ak. sambil2 tuh, tayar keter dye singgah ke atas bunga2 merah, ungu, putih dan kuning yang berfungsi sbg turts halaman umah ak.

ak x kesah kalo ko Bawak Macam Wow.. tapi kalo ko dah singgahkn tayar keter ko atas bunga2 kat halaman umah aku, aku akan jadi amat kecewa. cuz in which in superior, should respect the inferior. ada saying cina yang mengatakan.

A superior person always tries to be humble and empty.


maksudnyer, kite kene zuhud. walau dengan segelimpah kurniaan rezeki Allah kurniakan pada kita semua. hulurkan bantuan, banyakkan sedekah, maniskan muka dengan senyuman, beri makan pada orang lain. dan jangan lupa,

bekas tupperware ak ada kat umah korang.

hidup tak mengharap balasan.


haritu ak ad terima hidangan ape ntah ak dh lupe dr jiran (jiran depan, td jiran tepi) ak. lpas makan tuh ak basuh pinggan tuh n then simpan kt almari dapur je. ad dlm 4-5 hari. bile mak ak prasan ad pinggan orang lain kat kabinet dapur, mak ak marah aku.

"kenapa Azhari belum pulangkan pinggan mak cik rohana??
pergi pulangkan sekarang!! jangan kasi kosong!! "


mak ak cakap cara baik jer. tp ak letak tanda seru 2 helai sbb arahan mak ayah ialah amat serius. begitu juga bila mama ayah kita ckp "study rajin2".


hurrmm..
mak cik rohana mmg baik ngn ak. dye adalah satu2nya jiran ak yg mnangis teresak2 time ak nk fly ke sini 1st yer dlu.


sayang mama,
sayang pokok,
sayang hidangan lazat,
sayang jiran tetangga,
aku sayang MALAYSIA.

Wednesday, June 30, 2010

empat kerat

Assalamualaikum..


Bunga Mawar kelopak merah,
sengatan duri menajam hijau,
walau kita sering terpisah,
hatiku tetap milik dikau.