Thursday, December 23, 2010

terjatuh lagi

Assalamualaikum..


penulisan kali ini panjang sedikit.
banyak yang perlu dikata,
namun bukan semua telah difrasa.

terimalah,


Tempuh


Torehan pedih sakit ditahan di hati,
bila rasa sejati tidak diperduli,
ditahan diri dari segala sepsi pancaindera,
dihancurkan segala harapan setinggi menara.

Amat susah persona untuk dilupakan,
apatah lagi semua ini atas perihal paksaan,
takkan, dilupa frasa yang dibina,
takkan, hilang rasa yang terbina,
takkan, dilupa siapa itu persona.

Sering mendongak, akan ku jalan bermegah,
tiada sesekali aku melaku hati lemah,
walau dipaksa tunduk tetap ku takkan rebah,
hatta bertumpah darah ku takkan mengaku kalah.

Tetap tegap, dada ke udara,
walau ikhlas telah hilang dari tulus sastera,
petah, ungkapan sastera seindah bahasa, namun
patah, semua puisi yang telah dibina, kerna
jika disilakan masa realiti kan membohong semua.

Namun pembohongan, bukannya tulus sastera,
kerna persona bukanlah suatu khayalan di mata,
hanya, sedikit ujian yang menghalang,
maka bangunlah kembali kerna tulus akan menang.

Jalan persona akan tetap aku tempuh,
aku dah kata, berjuang selagi tak membunuh,
walau tulus dilihat tiada melaku aksi,
bukan bermakna rasa telah lupus dari hati.

Maafkan ku kerna ku takkan pergi, dari
tempat persona, ku tlah jatuh berkali-kali,
aku cuba bangun, tapi ku jatuh lagi,
aku cuba lari, tapi ku jatuh lagi,
jatuh lagi berkali-kali kerna
pengorbananmu daku hargai.

Walau api menyala telah jadi bara,
akan ku ingat mengapa aku jadi abu,
kini ku tiada harap percikan kan menyala,
hanya ku kan bakar bila sudah halal segala.


22-23/12/2010




3 comments:

hanif hafiz said...

akan ku ingat mengapa ku jadi abu?

whitesokiz said...

inspiring...=)

snowheart said...

puitis, A. Samad Said? ahha keep it up :)