Tuesday, August 31, 2010

penulis baru

Assalamualaikum..

sebelum ini ada beberapa orang yang mengatakan bahawa;

"Anwar, puisi ko best lar..!!"
"Anwar, mantap r puisi ko"
"ntah r.. ak kadang2 x faham pn ape yg ko tulis"
"aku x bace sebab ko banyak tulis BI... ak mane faham.. translate pliss"

tapi ada juga yang mengatakan;

"aku x reti menulis puisi"
"aku mane ade bakat nak tulis puisi nih"
"vocab ak mane tinggi nk tulis yg mcm kau tulis nih.. hebat kot"

namun, hanya ku akui, semua orang ada bekuan perasaan yang perlu dicairkan.

maka, ini untuk kamu semua, selamat menulis puisi!!


Selamat datang pemuitis

Kau tahu ku cair melihat puisi,
cair akan segala asonansi dan aliterasi.

Kau tahu ku akan cuba mendalami,
sekiranya datangnya dari mu, wahai dewi.

Aku membaca puisi boleh tersentuh,
boleh jadi ku marah,
kerna ku sedar akan setiap coretan,
adalah coretan peribadi.

Maka indahnya hymne mu,
aku jua tersentuh,
dengan bicaramu dulu,
sama sahaja dengan yang telah dikata,
apa yang penting adalah ikhlas di hati.

Maka bila ditulis dan digulis,
kau sedar bahawa ia takkan malap nan sirna,
kerna dari apa yang kamu intuitis,
semuanya dihitamkan dengan pena dan rasa.

Selamat datang sebagai pemuitis,
maka teruskanlah menulis,
segala rasa kan kita kelis,
sehingga hayat kita habis.


310810




3 comments:

Meru said...

ah, ape ko merapu ni..

;p

Afiqah / Cha'a said...

somehow i'm glad to hv stopped by here. so far, i think this really means something.

*will steal this away, may i?

Khairi Malik said...

macam pantun je?/?