Thursday, July 22, 2010

buka buku lama


Assalamualaikum..

nak kasi 3 rangkap pantun 4 kerat.
kisah tentang blogger yang jatuh hati.



Fikirnya bumi ini rata,
pada hakikatnya berbentuk sfera,
tidak bersua pada alam nyata,
bersuai kenalan di blogosfera.

Terngiang-ngiang bunyi cengkerik,
selepas subuh berlalu terbang,
dari awal ku sudah tertarik,
rupa-rupanya punyaan orang.

Jantung hati limpa dan darah,
tercabut nyawa berbeku tepu,
berkata diriku biar sajalah,
kuntuman bunga bukanlah satu.




baiklah, itu sahaja.
dalam hidup, ada banyak episod. Episod 1, 2, 3, dan seterusnya.
lebih banyak episod, cerita akan jadi lebih panjang.
mungkin kita hanya mahu cerita ini berakhir dengan gembira pada episod 1.
namun, dengan penentuan yang Maha Esa,
kita akan menemui kebahagiaan yang kita idamkan pada episod pertama,
pada akhir episod kita.

ape2 pn, just go on jer.
andai kata episod 1 tidak memuaskan, lanjutkan ke episod 2.

No comments: