Friday, September 10, 2010

selepas raya melancong pula

Assalamualaikum..

akan bertolak ke Singapura.

sebelum itu,
aku tinggalkan kalian dengan sebuah puisi.

tapi,
kali ini lebih kepada free verse yang tiada plot.
hanya persoalan yang disusun tidak rapi.

terima kasih A samad said.
aku terserempak dengan Sifu tempoh hari di mid valley..
melihat Sifu sahaja aku sudah terbakar dengan inspirasi.
Terima kasih Sifu.


Kertas terbakar

Kertas dengan kertas,
api dengan api,
pena menyala membakar kertas mengalas,
sebuah abu tragedi kan membentuk puisi.

Intuisi ku sering berasonansi,
sekarang ku tukar metafora menjadi hiperbola,
sebesar mana meteor kan meletus cakerawala,
walau sebesar zarah dah cukup buat kau luka berdarah,
tanpa limitasi bahana,
tanpa pautan sangkar,
terus bermadah walau sudah caca merba,
impak ke semesta ditelankan naga,
dengan istighfar kan ku kawal emosi liar.

Kerana,

Apa pada hati,
turun pada jari,
mengilhamkan rasa,
dari sebuah pena,
rasa hati yang tidak ingin diakui,
segan pula dengan madah yang diceburi.

Aku sering mendongak,
hidung tinggi membongkak,
kamus akan merujuk padaku kelak,
akan semua amaun perkataan
yang bakal dan telah ku luahkan.

Kau tulislah dari apa yang difrasa hati,
walau bibir mungkin kata tiada,
tapi itulah yang telus berprosa,
alangkah indahnya jari-jemari menari.


090910

No comments: