Tuesday, July 13, 2010

melindungi yang tersayang

Assalamualaikum..



luaskan sayapmu

luaskan sayapmu, teduhi dia,
tatkala serigala meraungi purnama,
awan menyelimut sinaran bintang,
laut merentas debuan tanah.

luaskan sayapmu, teduhi dia,
tatkala kicauan memecah suasana,
suria mula mengintai sinarnya,
pasir hitam bertukar putih.

luaskan sayapmu, teduhi dia,
tatkala adam membingit kota,
ozon halus melalukan bahang,
langkah canggung melagu bunyi.

luaskan sayapmu, teduhi dia,
walhal atmosfera semakin redup,
nan biru menerik kini merah,
tawa anak kecil menghibur hati.






lindungi dia, sepanjang masa.
pagi, petang, siang dan malam.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam... pandai menulis puisi.. suke bace.. :) study medik in alex eh??

anwar azhari said...

wassalam..
tq2.

yup, study kt alex