Sunday, August 22, 2010

hentikan langkah

Assalamualaikum..

puisi hijau terakhir barangkali.

cukuplah setakat ini. atau tidak?

sekiranya puisi hijau ditulis lagi,

perhatikan tarikh pembikinannya.

tentunya dikarang sebelum tarikh dikarangnya puisi ini.




Henti langkah di pinggir tasik

Sinar matahari menyilau tasik,
awan berkepul dibentuk burung,
terbang sekawan kembali ke sarang.

Bayu tasik
hawa sederhana dingin
mendamai jiwa.

Lantas ku hanya merenung,
lihat sahaja deruan tasik tenang,
sambil lagu nostalgia mengadun perasaan,
aku seperti diayun belaian lama mu.

Marmar menyilau kembali,
melawan semula sinar redup,
sudahlah,
tak mungkin kau kan kembali,
maka saat ini ku titikkan NOKTAH.




Taman Tasik Putrajaya
02082010

jangan kecewa, fikiranku mungkin bakal berubah.
lihat saja kemana angin membayu sayapku.

No comments: