Saturday, November 20, 2010

musibah, dosa, taubat dan hidayah

Assalamualaikum..

omongan kosong hati tika bermuhasabah.
boleh dikongsi bersama. agak rumit, kerna ini bisikan hati, bukan ayat untuk orang fahami.



Moga taubat diterima Allah

Dan bila mana kau ditimpa musibah dan kau menjadi lemah
ingatlah bahawa semua ini kerna Allah sayangkan kau
ingatlah wahai hamba jangan kau berputus asa
tiada Allah membebani ummat dengan apa yang kau tak mampu

dan bila mana kita berseorang kita kan diumbang ambing
oleh syaitan durjana membisik was was pada dada manusia
dan kau janganlah bertindak mengikut hawa nafsu
kerna itu hanya memudarat dan memberi kepuasan palsu

jadi ingatlah wahai hambaNya,
bahawa kita di dunia ini sangatlah sementara,
kau tak kan sedar bila semua ini berlalu,
namun nabi tak tinggalkan kita begitu sahaja,
peganglah kamu pada kitab Allah dan sunnah rasulullah.

al-Waqiah mengingatkan kita akan keadaan hari kiamat,
yang di mana dahsyatnya kita tak kan terbayang,
hilangnya sebuah indah yang disebut kasih dan sayang
hatta ibu yang menyusukan anak jua kan lari berpukang

tapi sementara matahari masih terbit di ufuk timur,
kau bentanglah sejadah dan bertaubat pada tuhanmu,
janganlah ada tangguh kerna ajal maut kita tak tahu,
semoga taubat kita diterima Allah, maha Pengampun Dosa.

akan dari situ datangnya hidayah Allah,
seakan suatu nur yang menerangi, oh, indahnya,
sungguh manusia lebih suka akan cahaya yang menerangi,
kerna dalam gelap hanyalah kita meraba dan sesat semata.




No comments: