Thursday, April 29, 2010

bersahaja


Assalamualaikum..

kali ini penulisan aku lebih serius, sedikit. sudah lama tidak menulis puisi. sebab-musababnya bakal diceritakan dalam puisi pada utusan hari ini.
sebuah puisi monolog dalaman ego, nafsu, dan hati. terimalah,


Biarlah Aku Bersahaja


Di sini aku ingin menulis,
tapi idea di kepalaku muflis,
serabut sungguh memikirkan,
segala yang ku angan-angankan.

Peluh tangan menitik pada pena,
air liur meleleh kerna terlena,
cuba fokus pada yang dipuja,
namun segala usaha hanya sia-sia.

Sekarang ini katanya pula cinta,
sedangkan aku sangkakan biasa,
debaran jantung semakin kencang,
segala ini aku tak pernah rancang.

Pelik kiranya aku lebih gembira,
apa selama ini aku buta?
hanyalah dia tersenyum sapa,
tersipu malu kot agaknya.

Telah selamanya aku menunggu,
sekarang seperti jelas di mataku,
desik hati kecil bertanya boleh kah?
atau ini sesuatu yang salah?

Selama ini seorang kau berdiri,
akhirkan zaman itu sekarang ini?
aku rasa tangguh sajalah,
anggap seperti lumatan sampah.

Perlakuan seperti itu salah,
boleh melukakan hati yang lemah,
tapi inilah sebenarnya diriku,
tentu sekali berbeza denganmu.

Ku tanya kau berapa lama lagi?
sehingga puas membilang hati yang dilukai?
mari aku ajar kau erti sabar,
tahan sajalah walau menggeletar!

Perlakuan sang kaki lima jalanan,
kau hanya nampak alur telapak tangan,
sekarang patutnya kau ambil langkah,
walau kau sangka kau menerjah.

Manakah boleh aku sisipkan?
bilangmu seperti ini perkara ringan,
tempatnya memang ada di situ,
namun sisiplah hanya satu.

Kau tahu ini berat bagi aku,
konon seperti tisu di saku,
ada sekiranya diperlukan,
setelah itu dibuang di tepian jalan.

Aku tidak sanggup bukan kenapa,
sebab aku takut dia terluka,
sekiannya hatiku berubah arah,
tangisannya bakal mengalirkan darah.

Langkah ini sebuah risiko,
tidak boleh main semberono,
maka akan ku kata 'biarlah',
walau ku rasa aku akan kalah.

Akhirnya mungkin ku takkan dapat,
dalam pertaruhan seperti ini hebat,
seterusnya lihatlah aku bersahaja,
sesungguhnya aku amat selesa.



28042010



12 comments:

hologramisfera said...

saya suka baca puisi. tahu kan? Jadi terima kasih :)

anwar azhari said...

sama2.

saya suka menulis dan membaca puisi.

datang melawat lagi sekiranya mahukan lebih banyak lagi puisi daripada saya.

=)

Syafinaz Alizaini said...

wah

Khairi Malik said...

aiman nampak tua..haha

Afiqah / Cha'a said...

azhari.. bls pntun ek? pe patot i tulis r? huhu.. sbnrny mlm tu x phm wat i suppose to do.. lol. sila trgkn.

anwar azhari said...

hurrrmmm..

abaikn je la.

hahaha

chaa y mls nk sign in said...

=.=
1st time org menarik balik cabaran dy dgn i.
lol.

anwar azhari said...

bkn ke baru 1st tyme dpt cabarn ker??

afiq faiz said...

thanx for the watermark~ =3=

anwar azhari said...

ur welcome~~ =)

chaa-mls maw sign in said...

yela dlm byk challenge i've received, ni 1st tyme org trik blik.

klaw dr u.. hurm mmg ni 1st challenge. lol.

^^''

anwar azhari said...

owhh..

like that,

so,

buat je la challenge i nih.

make a poetry in ur own way.

replyin this poetry

but just post it on yer blog