Friday, April 16, 2010

trash

Assalamualaikum..

khairi malik selalu berkata, kalau x suka, x payah baca!

tapi, bagi aku,

kalau kau x suka, maka hal ini ada pada kau.


sampah

sampah
pada mana apa saja yang kau lihat itu ialah sampah
manakala penulisan yang mengutuk
perbuatanmu jua adalah sampah
kerna kau yang seperti tikus
hidup di dalam belukar sampah
mengorek sisa cebisan yang ditinggalkan
untuk meneruskan
kehidupan yang sejak asalnya adalah
daripada sesuatu yang suci
semakin meningkat usia
semakin pula kotoran itu melekat, lekit
maka batinnya jua terseksa.
kan telahpun digambarkan pada sekitaran
sampah kau.

kehidupanmu sendiri
mencerminkan hatimu bagaimanakah ia
maka tentu sekali lemah dan
langsung tidak digeruni musuh
kerna kau lemah kotor seperti tikus jalanan sahaja
tapi punya mampu bersuara besar kau ya?

kau seperti yang lain
menjadi retorik jalanan yang tiada identiti
kau masih bingung dan tidak sedar akan penyakit
yang menghinggap hatimu
maka kau duduk sajalah dan mungkin jua baring
maka tatkala itu tentu jua musuh telah mengalahkan kau
patutnya kau kehadapan sekarang
namun apa yang mampu kau lakukan sekarang?

jadilah kau sampah.



wah, sudah lama tidak membuat puisi bertinta hitam.