Sunday, April 18, 2010

secebis pengalamanku

Assalamualaikum..

cerita ini telah pun diceritakan secara ringkas di Study Medic Sekilo


29 MAC 2010 hari ini juga merupakan hari jadi ismah mansurah

Mesir- Hari ini cerah seperti biasa. Aku telah lewat untuk ke kelas praktikal. Lamunan selepas subuh sememangnya melalaikan.

Aku membasuh muka, menyalin pakaian dan terus beransur ke kelas praktikal bersama rakan serumahku.

12 minit dalam perjalanan. Di hadapanku ialah seorang lelaki arab, dewasa, bertubuh sasa sederhana, yang sedang melintas jalan. Sampai di pembahagian jalan di bahagian tengah, dia tunduk sedikit. Mukanya merah, tangannya memegang jantungnya. Dia terjatuh.

Lantas, seorang dewasa yang lain, umur lingkungan 30-an, mendekati mangsa, membaringkan mangsa dengan teratur, dan menepuk bahu mangsa tersebut.

Aku datang membetulkan kaki mangsa yang tersimpuh. Ku lihat, kakinya pucat, mukanya merah padam, tangannya sebentar tadi memegang jantung dan mangsa ini pengsan serta merta.

Tidak syak lagi, ini ialah 'Infarction of the Heart Disease', atau nama singkatnya, IHD. penyakit ini menjadi sebab kematian 70% penduduk bumi anbiya'.

12 OKTOBER 2009 hari ini pula hari jadi nurhafiza hasan ganny

Malaysia- Aku memeluk ayahku yang juga merupakan guruku dalam bidang Perubatan Forensik.

Ayahku berkata, "ingat apa yang ayah ajar, insyaAllah kamu akan jumpa satu hari nanti semua benda yang ayah telah ajarkan".

"insyaAllah," kataku sambil memeluk dengan lebih erat tubuh ayahku.



17 SEPTEMBER 2009

Malaysia- "Hari ini, Azhari buat pula post-mortem", kata abang Khairi, pembantu perubatan di Jabatan Forensik Hospital Serdang.

"Tidak mengapalah, lain kali", jawabku.

"Alah, ayah kamu tak marah punya, jangan risau. Pergi tukar baju di bilik persalinan, nanti masuk bilik bedah siasat," tegas abang Khairi.

Aku menyalin pakaianku dengan baju biru yang sering dilihat di kaca TV. Wah, aku kelihatan seperti seorang doktor drama bersiri Scrubs!

Sebelum ke bilik bedah siasat, aku mengenakan sepasang but, apron plastik yang menyelubungi seluruh tubuh badan, topeng muka, penyelubung rambut, dan dua pasang sarung tangan getah.

Prof. Dr. Abdul Karim memasuki bilik bedah. Beliau memerhati mayat tersebut dan seterusnya memberi taklimat ringkas kepada semua anggota penyiasat yang ada di dalam bilik bedah siasat itu.

Kata beliau, "ini ialah kes IHD. Mudah saja diagnosisnya, tubuh badan di bahagian atas berwarna merah padam. Biasanya kalau di wad kecemasan, kita akan selalu mendapat kes seperti ini. Oleh itu, selepas bedah siasat ini, saya akan mengajar kalian bagaimana hendak merawat mangsa IHD di wad kecemasan."

Bedah siasat pada hari itu berjalan seperti biasa seterusnya.

11 APRIL 2010 hari ini pula hari jadi nuaim hibatullah

Mesir- Kelas Patalogi bersama Doktorah Amani. "Jika kamu nampak ada orang yang pengsan di tengah jalan, ada dua perkara yang diharamkan ke atas kau untuk melakukannya. Pertama, jangan mendudukkan mangsa. Kedua, jangan memberinya air.

Biasanya kamu akan lihat mukanya pucat akibat tekanan darah rendah. Sekiranya kamu mendudukkan si mangsa di atas kerusi, darah akan berkumpul di bahagian kaki dan kurang darah akan ke kepala. maka, mangsa boleh mati di tempat kejadian.

Sebaliknya, kamu harus menggunakan kerusi sekiranya ada, untuk menaikkan sedikit kakinya agar darah daripada kaki turun mengalir ke arah kepala. Jangan memberikan dia air. Hal ini kerana apabila mangsa pengsan, otot yang menarik tutup epiglotis dan peti suara akan manjadi lumpuh, dan kerongkong tekak akan terbuka terus.

Mangsa boleh mengalami Penumonia atau paru-paru dalam air dan hal ini boleh menyebabkan komplikasi yang teruk di atas tindakan anda pada awal tadi."

Beberapa minit kemudian, kelas tamat. Aku menghampiri Doktorah Amani. "Doktor, apa yang patut kita lakukan sekiranya kita berhadapan mangsa pengsan akibat penyakit jantung?"

Doktorah Amani mengambil sedikit masa untuk memberikan jawapan, "sekiranya kamu menghadapi mangsa penyakit jantung, yang penting adalah kamu memerhatikan pernafasan serta denyutan nadinya. Sekiranya tiada pernafasan atau lemah nadi, kamu harus menyatakan bahawa kamu ialah seorang doktor yang bertauliah kepada orang ramai dan menjalankan CPR ke atas mangsa. Kamu tahu apa itu CPR bukan?"

"Ya doktor, CPR ialah pernafasan mulut ke mulut, selain itu juga kita memberikan tekanan terhadap jantung mangsa untuk membantunya mengepam darah," jawabku.

"Bagus, insyaAllah kamu akan belajar lebih lanjut mengenai CPR pada pengajianmu di tahun yang ke-3."

"Terima kasih di atas tunjuk ajar doktor!"

29 MAC 2010

6 orang dewasa berbangsa arab, mendekati mangsa. Mereka bergaduh antara sama sendiri, bingung untuk mengambil tindakan yang wajar ke atas mangsa yang telah nyawa-nyawa ikan tersebut.

Seorang dewasa yang nampak paling gagah dan besar, dengan suara yang lantang mengarahkan pemuda yang lain, "angkat orang ini masuk ke dalam keretaku! Akan aku bawa dia ke hospital serta merta."

6 orang arab tadi menyusung mangsa ke dalam kereta Lada berwarna putih milik arab gagah tadi.

Aku, seorang pelajar perubatan tahun 2 Universiti Iskandariah, memberikan jalan kepada mereka dan tidak membuat perkara yang lebih daripada itu. InsyaAllah, satu hari nanti, aku akan.

Maksud aku, membuat sesuatu seperti menyelamatkan nyawanya.

3 comments:

Meru said...

nice!

under the sky said...

i'm in mood membaca la ;)
i think this is really useful in case klu kena tanya...hihi

Afiqah / Cha'a said...
This comment has been removed by the author.