Sunday, March 21, 2010

skrip spontan

*mula*

wah, hari ini punya kuat lagi pembikinan menara nafsu oleh syaitan durjana. baru sahaja jiwa meronta menahan kemahuan yang membawa kepada lembah penzinaan, mereka menyalakan api di atas celupan belerang yang bakal meletus pada bila-bila masa.

ambil jari mu itu, masukkan ke dalam mulutmu, kuncup sedikit, lalu cucuhkanlah ia dengan yakin ke atas api kecil yang menyala itu. walau kau sangka ia kecil tak membinasa, takkan kau hendak tunggu pula apabila belerang yang hitam tiada maya itu menghasilkan kuasa.

hanya sedikit lagi, katanya itu didengari oleh hatinya sendiri sahaja. tatkala sang pujangga yang diraung itu perlakuannya hanyalah yang Esa maha Mengetahui arif tentang perkitaran hariannya. jasad yang melutut itu hanya mampu berdoa untuk yang terbaik. sungguh, si pujangganya itu jua yang disebut-sebut seperti zikir.

mungkin, muda lagi. bisiknya tidak lagi dihiraukan oleh orang tuanya, maka diri sendiri sajalah yang diharap gantung. walau sebelum ini langkah yang tersilap itu dia boleh tarik balik, tapi kali ini katanya jangan. jangan tarik balik langkah yang telah dibuka. susun. pergi terus. lebih baik.

tatkala fitrah manusia melupai untuk menyelesaikan kemaslahatan hati, aku rasa sudah tiba masanya untuk memulakan langkah yang lain, bukan langkah baru. tetapi terus meluru membuka seribu langkah menghadapi masa hadapan yang tentunya lebih mengundang.


lupakan! lepaskan dia! apa kau tidak percaya ketentuan Allah?

saya yakin. saya telah mengambil langkah ini. sementara orang hanya tahu menarik balik langkahnya, saya kata tidak. kerana kali ini, saya akan terus jalan ke hadapan.


kau tidak payah jalan lagi! kata seorang lain itu. tapi, sudah berapa lama saya perlu duduk dan kemudian berdiri? setiap kali langkah dibuka saya harus menariknya semula? tidak. bukan kali ini. saya akan jalan terus. jumpa kamu di hadapan. Qada' dan Qadar Allah, saya percaya. dan saya usaha.

*akhir*

5 comments:

Anonymous said...

mengundang?? hahaha

anwar azhari said...

bila dh ada undangan, baru senang nak pergi. masa hadapan lebih mengundang. maka, lebih senang untuk melangkah terus ke hadapan. tidak sama seperti masa lampau, yang katanya harus dilupai.

Anonymous said...

I dunno the word just seemed so familiar. Btw bagus..support u all da way Dr. Anwar. Hope u heal.

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

*sekadar dialog

A : 'SAYA NAK BERUBAH LA'
B : "baguslah kalau begitu, semoga Allah membantu... tetapi kamu nak berubah dengan siapa?"
A : 'HAH? DENGAN SIAPA?'
B : "ya, dengan siapa?"
A : '???????.... (tak faham)"
B : "kerana, akhirnya... untuk kita islah (perbaiki) diri, seorang2 adalah agak sukar, berbanding jika ada 'saudara' yang turut ingin meng'islah' diri... bila kita lemah, dia beri semangat.... Dia down pulak, kita support... 'support-system' tu ada"
A : 'OWH, BEGITU... MAKES SENSE LA, MACAM KITA BELAJAR LA... KALAU KITA JE BELAJAR, AHLI RUMAH SEMUA MAIN GAME, TGK MOVIE... SUSAH... BERBANDING AHLI2 RUMAH PUN SEMUA STUDY...'

anwar azhari said...

anas;
ak ad kawan utk berubah sama2.
tunggu sekejap. bukan dalam masa terdekat nih. *kau akan faham nnt*