Monday, January 18, 2010

berjalan dan bermusafirlah

Assalamualaikum..

utusan kali ini bukan untuk membincangkan tentang perihal jalanan sang musafir. malah lebih untuk menyatakan tentang kaki dan temannya.


1. Adidas Response Control 6


dibeli pada ramadhan 3 tahun lepas. paling murah berbanding adik-beradiknya yang lain pada masa itu. Ayah belikan kasut ini kerana saya lebih kerap berlari berbanding biasa. saya kata, "nak jaga kesihatan, rasanya, perlu kasut baru. kasut yang saya pinjam dari abang dah koyak rabak. azhari perlukan kasut baru." maka ayah membeli kasut ini di sebuah kedai kasut adidas murah dek celahan jalan di Kuala Lumpur. saya terlebih gembira. keesokan harinya, saya berlari dengan lebih jauh. *3 tahun kemudian* saya memberikan kasut ini kepada Amin Hudi. dan kemudiannya diambil oleh Afiq Faiz. lantas Afiq gemar memakai kasut ini. namun, pada suatu petang yang mendukacitakan, kasut ini telah disebat oleh #$% arab semasa Afiq di kamar air meratakan whudu'. saya amat kecewa atas kehilangan harta yang kecil dan bermakna ini dan amat kecewa atas tindakan #$% arab yang mencuri kasut ini di perkarangan masjid.


2. Adidas Supernova Sequence



dibeli pada 1 november 2009. agak mahal berbanding yang lain. dibeli kerana kasut yang sedia ada mula menunjukkan ketidak serasian kepada kaki saya. tapak kaki lebih mudah melecet. maka, saya ambil keputusan untuk beli kasut ini. kini, berlari lebih jauh dan laju.




3. Adidas Max Clima



dihadiahkan oleh mama dan ayah dalam lawatan mereka ke mesir + umrah pada mei 2009. kasut basketball. maka, bermain lebih hebat lagi sekarang. rasa macam nak jual. sebab macam dah malas nak main basketball. dan juga lebih kerap bermain tennis. harga asal, keluh. harga jualan, 350 LE. sape nak?




4. Sanuk Vagabonds- Kerouac



nama dia nih nak sebut pn susah. dibeli di Alamanda, Putrajaya. terserempak dengan * selepas mencucuk duit untuk membeli sepatu canggih ini. sepatu ini telah memijak 3 benua yakni Australia, Asia, dan Afrika. lebih rapat dalam menemani permusafiran ku. telah juga memijak timbunan salji, padang pasir, rumput hijau, darah unta, tahi keldai, tanah merah, dan tanah selainnya. sangat meyanyangi sepatu ini. namun, oleh kerana rupanya yang semakin pudar, orang ramai telah memandang serong akan sepatu ini. katanya, ini bahan murahan, sampah jalanan, kasut rosak, dan lain-lain. ada juga yang menunjukkan jelingan mata yang tidak sedap dipandang terhadap kasut ini. keluh, perlukan begitu? namun, tidak begitu sahaja, ada juga yang mengatakan kasut ini hebat, cool, canggih, rock kapak!, dan lain-lain. apa yang penting, aku yakin sepatu yang namanya sukar disebut ini telah berjalan lebih jauh berbanding sepatuku yang lain. debunya, carikannya, dan tampalannya jelas menunjukkan pengalaman sepatu ini. jangan kau hina dia.

7 comments:

Meru said...

bapak sedeyh..keroac..keruan n sbgnye..

anwar jahat

afiqfaiz said...

urgh...

TT___TT

maafkn ak tept..

adidas response ctrl-6 telah diculik arab..

TT__TT

mak cik dobi said...

so kasut ko sume mahal?

anonymes biru said...

kasut juga punya nama...hebat

ingat aku? *

Meru said...

ammar
1500 ibarat 1.50 genih.
bile nak blnje aku

kepalakotak said...

sigh.

aku pakai sekalu je kasut tu

kepalakotak said...

sekali*

typo