Sunday, January 10, 2010

hanyalah objek

Assalamualaikum..

tema: jasa yang tidak membalas
persoalan:dilema penulis melihat sesuatu itu tidak berbalas. "Dok gu", lebih tepat kata untuk digunakan.
nada: melankoli, sempoi


Si Tiang


Apabila yang meniang tidak membalas
ketukan dan sepakan,

perlukah pula kau berkata

hanya untuk mengetahui

sama ada si tiang kan bereaksi.


berjalanlah kaki dengan lusuh

sehingga sendi tergigit
dan urat memutus.


debuan jua kan menyelit

pada alur-alur epidermis

membentuk identiti.


batuan pada celahan pasir
tertiup
ke hala melalu calar
serpihan kaca.

besi berkarat pabila bayu laut

sejuk menusuk sum-sum merah.



nukilan Tept, 100110




4 comments:

AnAk iBu said...

kau sudah sekutu dgn kepalakotak.
tahniah.

tak paham.

YucIkA said...

aku rasa makin lama aku makin tak faham apa yg ko tulis..
(T__________T)

kepalakotak said...

perlukan daya berfikir.

hmm.

tept dah siap bg tema dan bersoalan. lol.

anwar azhari said...

ak x faham camne korg leh x faham..

dh siap kasi tema n persoalan.
kalau x reti membaca, boleh sesuaikan dengan nada yg telah dinyatakan..