Friday, January 29, 2010

sedangkan ia ada



Assalamualaikum..

tiga rangkap pantun 8 kerat


anak tupai dan anjing kurap

kuntuman mawar merah menyala,
malam kuntuman haruman si sundal,
rasa mabuk mengisi paru dan rongga,
membayu kegelapan malam yang tebal;
katanya seorang anjing telah menjelma,
jelmanya meliputi panca kiraan sosial,
tatkala si tupai menjadi sang pujangga,
tiada pula yang berkata itulah sial.

bangkit si tupai tatkala bulu terlenjun,
sejuk menusuk sedang malam mengembun,
sepandai tupai jatuh ke tanah jua,
celupan mengejut kesunyian Tasik Chini;
sungguh wanita itu seorang yang anggun,
sinar matanya menjadikan melayu terpegun,
kata hatinya diluah untuk menarik cinta,
risiko diambil cenderung melukakan hati.

lompat si tupai dalam tahunan jagungnya,
bulu cokelat cerah dan hitam menutupi kulit,
cocok si anjing yang sedang melaung ke udara,
deringan dibawa bayu memecah suasana;
tidak persis ku mendefinisikan cinta,
sedangkan mentah membawa getah pahit,
jilat sajalah punggungmu tanpa menyapa,
kerana kau sengaja leka sedangkan ia ada.


1 comment:

aminh said...

yay!! tukar template!!