Monday, January 19, 2009

perumpamaan tept 1



Assalamualaikum..

"katak duduk di sebelah tempurung"


pada fitrahnya setiap daripada kita telah pun sebati dengan perumpamaan

"bagai katak bawah tempurung".


namun demikian,

dalam hal katak yang duduk di sebelah tempurung, maksud di sebalik perumpamaan ini tidaklah terlalu lain daripada perumpamaan yang asal.

cuba bayangkan dua ekor katak tersebut.

Katak 1:



katak ini berada di bawah tempurung. justeru, katak ini tidak mengenali dunia luar. dia tidaklah masuk ke dalam tempurung tersebut mengikut kehendak hati. katak ini masuk ke dalam tempurung semasa umurnya masih kecil semasa dia merasakan dirinya tidak penting bagi dunia ini. mungin terdapat ancaman daripada haiwan liar lain yang memaksa katak kecil ini memasuki tempurung. katak ini dapat meneruskan hidup dengan memakan lalat yang memasuki tempurung tersebut. sewaktu kecil, katak ini dapat memasuki tempurung ini dengan mudah. hatta, katak ini memikirkan bahawa adalah mudah untuk katak ini keluar semula daripada tempurung tersebut. oleh itu, kerana dia merasa selesa tinggal di bawah tempurung dan meneruskan hidup dengan memakan lalat yang menyelinap masuk ke dalam tempurungnya itu, maka, dia tidak mahu keluar dari tempurung tersebut. setelah beberapa lama kemudian, katak ini hendak keluar dari tempurung tersebut namun badannya telah menjadi gemuk dan besar. maka, katak ini terus terperangkap di dalam tempurung dan terputuslah secara langsung dirinya dari dunia luar yang luas.


Katak 2:



katak ini berada di sebelah tempurung. katak ini adalah lebih baik daripada katak 1 di mana dia lebih mengetahui akan keadaan dunia luar, boleh memakan serangga yang lebih besar selain lalat, mempunyai perasaan cemburu akan katak lain yang mengawan dengan katak betina, boleh menghirup udara luar yang segar, dan sebagainya. namun begitu, sama seperti katak 1, dia tidak mahu mengambil tindakan untuk mengubah dirinya sendiri. katak ini hanya duduk di sebelah tempurungnya sambil memerhatikan dunia sekeliling. katak ini sedar akan keadaan dunia luar namun dia hanya menunggu dengan sabar untuk memerhatikan perubahan terhadap dunia ini. katak ini sering tertawa melihat gelagat katak-katak yang lain. selain itu, sering dalam hati kecilnya berkata, "setelah tiba masa aku nanti, akan ku bawa perubahan terhadap dunia ini". buat masa ini, katak ini hanya duduk bersendirian di tepi tempurung, memerhati dunia luar, dan bersedia untuk mengubah dunia apabila masanya telah tiba!

hahaha..

sekian sahaja perumpamaan tept buat kini. teruskanlah melayari blog ini. salam kepada anda semua. selamat dan salam ke atas para mujahidin dan para syuhada di palestin. Wallahualam.

Assalamualaikum.

12 comments:

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

nice post...
creative...

cute frog... haha

Anonymous said...

huhu..

thanx..


-tept-

amalina rashid said...

woah!

sggh mendalam fkiran kamu terhadap peribahasa yer?

gud2...

owh, bhsa melayu! :)

anwar azhari said...

ku mndalami bhase mlayu kerna ku amat syg akn bhase mlayu..

bhase yg amat indah jika tuturnya dibuai.

let we think back bout these 2 frogs,
we cud b either 1.

ChiBi's said...

hmmm...klo katak tue gemok..membesar dan membesar...pastu tempurung terbukak gak coz tempurung tue ringan..hahah *gurauan semate-mate...xde kaitan antara yg hidup dan mati

anwar azhari said...

huhu..

boleh jer..

MIRA UTTIKA said...

wah,
post kali ini sgt menarik lah tept.
pandai kamu meng olah dan terus meng olah.
jangan jadi sepert "katak di bawah tempurung"

hanya 3 perkataan,tapi banyak patah perkataan dapat kita tafsirkan makna peribahasa tu.

betul,
sungguh indah bahasa melayu kita.
bila di tengokkan balik,
banyak orang luar yang nak belajar tentang bahasa kita,
tapi ada juga sesetengah dari kita yang tak reti nak menghargai bahasa ibunda kita sendiri.
betul tak ?

BANGGA MENJADI ANAK JATI MELAYU

anwar azhari said...

huhu..

mostly ma blog is by english..

n for most tyme i prefer english over malay..

but still,

im a malay.

i cant leave ma language away..

bahasa ibunda ku ialah bahasa melayu

*n note urself its not bahasa malaysia

DLatum said...

soalan penting...
ko ke katak hijau lg pelik tu?
ke sepupu?
asal lebih kurang jer?

anwar azhari said...

i was the katak hijau..

that was my photo back there..

but my beautiful princess (definetly not love's princess)
had kissed me n turned me into a prince..

haha..

han! said...

lagi suke dgn ayat
'katak bwh balang kaca'.

lihat saja semua dunia luar,
tahu perkembangan semasa.
tahu ape yg berlaku di luar sane.
kebaikan, mungkin terus terpelihara. tak terjebak dgn mereka yg lainnya mungkin berubah dgn arus kemodenan dunia seperti katak lain yg hidup bebas di luar sane.
bezanya. dlm balang kaca,
hidup dlm dunia sendri.alam sendri.
lihat la saja dunia,
tp diri x mampu buat ape2.

tp masih, katak bawah balang kaca lebih baik dr katak bwh tempurung kn?

anwar azhari said...

quoted from my father-

"katak pertama tidak diberi pilihan, namun katak kedua diberi pilihan untuk mengambil tindakan, namun dia tidak mahu mengambil tindakan." - Dr Abdul Karim