Saturday, December 27, 2008

dreams are sweeter than sweet dreams

Assalamualaikum wbt..

ilya sofia and nor syuhada demand me to write a new post. so, here it goes...

****************************************************************************

A wonderful, meaningful, sweet dreams

wah.. tatkala daku baharu sahaja bangkit dari tidur yang lena, ku menyedari akan masa yang mencemburui daku. "ya Allah, aku telah sebegitu lewat dari mengerjakan solat subuh!" lantas aku bergegas keluar dari kamarku.

*tersebut suasana di luar kamar sebagaimana mewahnya rumah yang ku duduki dalam mimpiku ini. rumah tersebut dilengkapi perabot-mewah bertatahkan ukiran kayu yang disalut emas, juga terdapat almari di bahagian dinding rumah tersebut yang dipenuhi perkakas dapur yang serba mewah daripada Cina, England, Perancis, dan Itali. pada bahagian halaman ruang tamu pula diletakkan gubahan bunga yang tingginya hampir sepuluh hasta. pada bahagian siling rumah tersebut pula terdapatnya 'chandelier' kristal yang menyilau pandangan mata.*

sedang aku berjalan dengan rasa kagum akan rumah yang mewah itu, aku mengintai salah sebuah kamar yang ku lintasi dengan sekelip mata. kelihatan seorang rakanku baru sahaja mengerjakan solat subuh. kamar rakanku itu serba putih, amat bersih dan indah. aku terus bergegas ke kamar mandi untuk mengambil whudu'

hatta, aku mencari ruang yang selesa untuk mengerjakan solat subuh. aku memilih bahagian ruang tamu, bersebelahan dengan gubahan bunga yang cantik tersebut. daku membentang kain sejadah. tatkala itu, seorang wanita yang cantik menegurku dari belakang.

"anwar, dah solat?"
"ermm.."

aku terdiam seketika, sungguh cantik wanita ini. memakai sehelai T-shirt berwarna kuning. juga kelihatan sepersalinan kain batik persis cocok dengan warna kulitnya. rambutnya mencecah paras bahu kelihatan amat manis. pada lengannya disandangkan sehelai kain putih, kain telekung.
"belum"

aku menjawab, dengan rasa terkedu.

"jadi imam?"

lantas dalam hati kecilku berdesis

"mak aih, dia nak aku jadi imam dye? bentang sejadah sebelah aku macam lah aku ni dah jadi suami die. die ni bini aku aper??!!"

namun pada lidahku hanya berucapkan

"aa"

hatta wanita cantik tersebut berkata

"jap ek, i blom amek whudu' lagi. jap ek..."

aku menunggu wanita cantik tersebut menyempurnakan whudu'nya. kelihatan dia berjalan menuju ke kamar mandi dari mana tempat ku mengambil whudu' tadi. hatta, sambil daku menunggu wanita cantik tersebut, ibuku muncul lantas memanggil namaku.

"Azhari, jom makan"

"Ah,"

aku gagal menolak pelawaan ibuku. hatta aku menuju ke dapur bersama ibuku. kelihatan pada meja makan pada dapur tersebut telah duduknya ayahandaku, serta sekalian adik-beradik daku. hatta aku dipelawa untuk mengambil sarapan pagi. namun, setelah mengingati kembali akan wanita cantik tadi, lantas daku berkata.
"mama, tapi azhari belum solat subuh lagi. lagipun *wanita cantik* mintak azhari jadi imam"

mendengar jawabku, lantas mama berkata

"x pe, belum lagi, belum lagi"
****************************************************************************

huhu.. that's all the story folks. i just using the classical malay language just because i really miss it to use this particular wonderful language.

this dream is really wonderful. after i woke up from the dream, i found out that the azan had just rang. that means that this dreams is like a good dream in which the wiseman says dreams after subuh time are dreams by the play of the devil to lure u so that u wudnt be able to woke up to pray ur subuh prayer by that dawn. but this dream woke me up before subuh. its a really wonderful dream. besides, i also dreamed about my mother and all my family are with me in that dream, plus, a beautiful woman.

****************************************************************************

huhu.. i just had got this graffiti edited

3 comments:

Anonymous said...

ish3...ko ni asyik mimpi pompuan jew..aritue dah mimpi pompuan kan...ari2 mimpi pompuan wakakakka...biase mimpi camni cpat kawin taw...wahahahha...lol mane dew aku demand..aku just tanye bile ko nak update blog...hahahah well ur blog quite creative...keep it up...=P

Nor Syuhada said...

huhuhu.. betul2 asyik mimpi pompuan jer setuju ngan ilya.. ntah brapa ari nie ko asyik kejer mimpi jer..wakakaka.. but it is nice to read ur blog... buat la bnyak2 lagi aku x de idea nk wat post banyak2.. kahkah

Irine Nadia said...

saya pon setuju jugakkk...ngeh33x;p