Thursday, July 31, 2008

tangisan di pagi subuh

mama tgh solat. kelihatan mama sedang menunaikan solat. dengan pakaian serba putih, aku merenungnya. ingin ku menegur mama, terasa sungguh rindu, menanti mama menyelesaikan solatnya seolah-olah terlalu lama bagiku, rasa rindu yang amat menyebabkan ku menangis merenungnya, sedang mama, ntah sedar atau tidak sedar bahawa aku sedang menangis di hadapannya. kerana solatnya sungguh khusyuk..

aku terus menangis..


"do you know what it feels like, loving someone, who's in a rush to throw you away..??
do you know what it feels like, to be the last one to know, the lock on the door has changed..??"
(alarml signal_enrique iglesias- do you know)

Allah.. !!

dah lambat nak solat subuh..!!
jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. terus ku bergegas menuju ke bilik air untuk mengambil wudu'. setelah mengambil wudu', aku teringat kembali akan mimpiku sebentar tadi. aku teringat akan mama ku yang berada di rumah. aku terus menangis, teresak-esak seperti kanak-kanak kecil kehilangan anak patungnya, begitulah diriku merindui mamaku.

aku mencapai tuala untuk mengeringkan wudu' serta mengusap air mataku. ku capai sejadah, ku bentangkan dan ku terus menunaikan solat subuh. ku masih berada dalam tangisan. agak kekok suaraku membaca surah al-fatihah dan al-kafirun. air mata berlinangan. aku tidak tahan lagi. aku berasa amat takut di atas kekuasaan yang Maha Esa.

setelah memberi salam, aku berfikir sejenak,
" mengapa mama muncul dalam mimpiku?? apa dah terjadi kepadanya??"

aku menenangkan diri. membaca istighfar, dan sedikit tasbih.
aku capai buku al-mathurat, masih, ku rasa takut akan kekuasaan Maha Pencipta.
berat rasanya untuk mengucapkan kalimah-kalimah suci dari kitab al-mathurat tersebut.

"amin ya rabbal aalamiin.."

setelah mewriridkan al-mathurat dan membaca doa, ku capai telefon bimbitku dan menelefon bapaku.
dengan suara yang mesra, bapaku menyapa.
hatiku berasa tenang. kemudian, aku meminta izin untuk bercakap dengan mama. lebih aman ku rasa. kedengaran suara mama amat mengembirakan hatiku..



ku fikir sendiri,
"skang ni aku baru je dok kat sepang, blom lg aku g mesir. camne aku nih?? lame giler aku tinggalkan mak bapak aku nnti.."
"lek jer.. insyaAllah leh tahan nnt.. Allah Maha Wujud.."


teringat daku akan pepatah arab:
"meskipun lelaki yang paling gagah sekali pun akan menangis, kerana cinta akan membuatkan mereka menangis"

wallahualam..

7 comments:

k.a.m.0.o said...

sweet st0ry!!!kuatkn smgt!!hye d0a yg mmpu mnylmtkn keaddan n bwt diri kte lbh tenang...believe in Allah c0z Allah Maha Mendengar...

k.a.m.0.o said...
This comment has been removed by the author.
k.a.m.0.o said...

do u kn0w h0w i feel when sum1 dat i luv is in rush thr0wing me away??? it's really HURT inside till i dunn0 h0w 2 st0p cry'...huhu

KiTT @KTT said...

big boy dun cry
=p

oiyo, ni br kt ktt je

-mis lun

anwar azhari said...
This comment has been removed by the author.
محمد يادي بن عبدالله said...

Wahai sahabat,
Ingatlah ALLAH yg akn menjagamu,
ALLAH juga yg akn menjaga mamamu,

ALLAH juga akn memelihara kamu selgi kamu mengingati-NYA..

Firasat ibu itu hebat..
Sunah Rasulullah menyuruh mengutamakan ibu sebnyak 3 kali dari bapa,
Mgkin mimpi itu dtg dri doa SUBUH ibu-mu..
Yg ingin anaknya sentiasa medptkan hidayah dari ALLAH.

Waalahualam...

Waalahualam..

Lulu said...

ini post best.