This is a page of Tept's book of self motivation and cultivation:
Ustad Johari pernah menyatakan bahawa:
"kalau kamu pergi ke mesir, niat kamu kena betol. di mesir ada 2, Musa &firaun, paling baik dan paling jahat. kalau kamu niat jahat (nak tgk wanita arab, kirim salam ke sungai Nil dan sbgnya), maka kamu akan jumpe firaun. kalau niat kamu baik (nak menuntut ilmu dan sebagainya), kamu akan jumpa nabi Musa as InsyaAllah.."
Kata-katanya dikuatkan lagi dengan Sunnah Rasulullah SAW. Sabda baginda:
(dari Umar al-Khattab ra) Katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialaha pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya keraqna dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah"
(sahih Bukahari)
No comments:
Post a Comment