Sunday, December 20, 2009

kisah mimpi

Assalamualaikum..

mimpi bukan sebarang mimpi,
mimpi dibelai kasih dan rasa haru,
mimpi merasa sejuk,
hati berderbar,
jiwa dipulih bak whudu',
bunyi kembali lagu sediakala,
tidak gemuruh malah tenang,
menyingkap soal mata dan hati,
di mana penglihatan melihat kecantikan,
tiada jua yang pertama,
hanyalah yang kedua
jua mengaburi mata menjatuh hati.

istikharah telah memanggil mimpi,
mimpi diharap memberi petunjuk,
maka terlihatlah,
dan nyatalah,
suasana dan imej yang menyeluruh,
menunjukkan segala isi yang dipinta.

tiadalah lagi jua hati ini bingung,
diantara cabang yang lain untuk dipilih.



semalam, aku telah menyilam satu dunia yang baru dan asing bagi diriku. jejaknya langkah kakiku ini ke sebuah Masjid yang besar tersegam indah, lantai marmar berkilau seribu, tiang masjid lebar berdepa tiga lagi putih, kubahnya bulat, besar dan biru.

terdapatnya tangga di mana aku turun, turun menuruti langkah berjaga-jaga yang segan akan kebesaran-Nya. mencecah langkah terakhir, terlihat wajah seorang rupawan yang tidak ku kenali, baju kurungnya indah seindah-indah persalinan, rambutnya hitam dan lurus serta panjang melepasi dada. mukanya yang putih seputih suria membuat ku tergamam akan kecantikannya.

"masuk di sini", kata rupawan itu.

di bawah masjid itu terdapatnya satu bilik, ruangan sederhana dan sama seperti latar yang lain, berwarna putih. terdapatnya sebuah katil yang sandarnya seorang lagi rupawan yang langsung* ku tidak boleh gambarkan. maka hanya dia kah? tidak. sandarnya itu sambil mengendong seorang bayi dan jelita itu jua mendodoikan bersama lagu irama yang menusuk jiwa indah suaranya. hanya cahaya** yang ku nampak.

aku keluar sebentar, hendak mengambil whudu'. maka berjalanlah beberapa langkah aku ke sebuah kamar berperigi. maka berwhudu'lah. dan sedarlah ke realiti, mendengar azan subuh memanggil jasad yang lemah ini berjemaah subuh.


*langsung: menimbulkan suara fitnah jika digambarkan
**cahaya: tidaklah jelas imej yang dilihat, namun tergambar di hati si jelita itu.


persoalan: aku akan "membina masjid" kah?

14 comments:

Anonymous said...

salam....whoa tept... tahniah!
haha...
*

kepalakotak said...

tept.

masjid mana ni??

O_o

ahmad sayuti said...

dh bina 'masjid' jgn lupe ajk kwan2 nih g 'solat' kt situ

wanita dalam mimpi said...

u ni..malu la i, u cite kt org sume..auwww

محمد يادي بن عبدالله said...

Insya ALLAH.aku nak join gak kamu mebina masjid!!!

islahmujahidin said...

Mungkinkah itu ainul mardhiah(penghulu bidadari)...
Pernah juga diriwayatkan daripada mimpi seorang syuhada'...hehe :D

insankecil said...

sudah tiba masanya agaknye..

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

about the poetic part up there...

'tiadalah lagi jua hati ini bingung,
diantara cabang yang lain untuk dipilih.'

does that mean istikharah ko terjawab? which one? which one?
*excited... ngee

anwar azhari said...

kotak: x taw.

sayuti: insyaAllah

yadiy: jom bina masjid.. yalla bina..!!

islah: lebeh kurang sama juga.. pernah gak baca kisah tuh..

insan: mungkin juga bukan sekarang?

anas: haha.. i wont tell it publicly..

AnAk iBu said...

lorh.
ape ah ko tept.
biasa ah nak dkat pekse kan, dpt ah mimpi2 mcm neh.

jup2.
mimpi ko neh mcm ko neh duduk dlm masjid.
sbb bilik bini ko ngn ank ko dlm masjid ko kate td.
heee~

hanif hafiz said...

aku mimpi juga..

anwar azhari said...

nani: i dun think tht i dreamed literally. and somehow that it need deciphering act like how we read kepalakotak.

maybe bini ak branak kat masjid yg somehow concept dye same ngan mustasyfa nur islam? masjid ngan hospital satu bangunan. n then jelitawan pertama ak nmpak tuh doktor bidan. hurm??

hanif: bagus.!

Anonymous said...

hahaha..tept2..

tahniah r...
nmpk sgt before tido ko terpikir2 nk bina masjid kn??kn??

btw, klu xsmpai masa ag, byk2 brsabar eh..

almas said...

klu da smpai seru.and rsa da mmpu n lyak.why not kan?..:DD..hahaha