Monday, July 13, 2009

selak

Assalamualaikum..

puisi ini berunsur lucah.
jangan baca jika anda tidak mahu baca.




maka terselak,
putih gebu dinampak,

pipi penampak ditempelak,
masuk muka dalam kotak.

hanya sekali,
itulah rezeki,

teringat kembali,
itulah tragedi.

mata kanan tertunduk,
mata kiri terbeliak,

kepala hayun angguk,
tahan dada biar segak.

gigi diketam,
tangan digenggam.

lidah basah mencarut,
lidah lembut pinta ampun,

perut masuk angin senggugut,
jangan terus bangun.

hatta disebut kisah imam Syafie,
hafaz terus setelah mengaji,

selak putih gebu wanita arab,
lalu pelajaran menjadi gagap.

berjumpa mengadu kepada guru,
ditinggalkan akannya pesan nasihat,

wahai syafie wahai anakku,
tinggalkanlah kamu akan maksiat.



4 comments:

afeez.gonzalez said...

oit..
mne sajak nye...
xde pun..

kepalakotak said...

tengok betul2.

guna mata aa..

bagos tept.

anwar azhari said...

harap2 orang ramai menggunakan sedikit sebanyak IQ anda utk membaca puisi ini.

setelah membaca gunakan lagi sedikit IQ anda utk memahami puisi ini.

setelah memahami puisi anda, diharap jangan gunakan IQ anda untuk mengatakan "ape yg lucah nyer??!"



-pesanan penaja-

Unknown said...

nice2...
musim xm jgn layan macam2 doe..
HAHAHA