Sunday, September 14, 2008

last week - chapter 2: ziarah aku ke rumah sahabat pada bulan ramadhan

JUMAAT:

pagi ini lebih cerah dari biasa. aku amat gembira. kami (aku, zaihas, alif, dan izzat) tanawaltu futur pada pukul 5.00 pagi.

6.25 pagi, kami telah berada di stesen ktm kajang. fatin, ada dan syikin telah menunggu kami.

dalam komuter, aku melihat kanak2 indon buat kerja rumah matematika. diorg dlm lingkungan darjah 1 or 2 camtuh la. ada dlm 5-6 org. semua org didalam komuter memerhatikan gerak-geri, dan perbualan mereka yg mencuit hati. cute doh diorg. rasa mcm nak culik jer. haha..

8.00 pagi, tiba di UniKL.

1.00 tgh hari, solat jumaat di masjid Kg Baru.

4.00 ptg, dapat duit..!!

5.00 ptg, bersurai.

aku telah pergi ke rumah sahabatku, Nurul Atiqah. ibunya telah mengajak ak untuk membuka puasa di rumahnya. perjalanan menaiki monorel dan LRT Putra ke rumahnya agak meletihkan.

7.00 mlm, aku telah tiba di rumah Dr Khairul (bapa kpd Atiqah). aku disambut baik oleh mereka sekeluarga. seolah-olah aku merupakan ahli keluarga mereka juga.

7.16 mlm, setelah ak refresh diri aku dgn mandian yg menyegarkan, kami berbuka puasa bersama. pelbagai juadah dihidangkan. selepas itu solat maghrib.

8.30 mlm, aku terlalu letih. x terdaya utk aku mengikut Dr khairul ke surau utk menunaikan solat terawikh. jadi, aku hanya stay kat umah diorg utk merehatkan badan sambil bercerita dan bergembira.

10.30 mlm, aku sepatutnya berjumpa semula dgn alif, zaihas dan izzat di KL sentral. namun, kerana menunggu Dr Khairul utk pulang dr surau, ak dh jd terlambat sedikit. setelah itu, Dr Khairul membawa aku ke KL sentral. namun, izzat hantar sms mngatakan bahawa mereka dah bertolak ke kajang. maka, Dr khairul terus menghantar aku ke kajang.

11.00 mlm. aku tiba di rumah. aku mengucapkan salam dan selamat tinggal ke atas keluarga Dr Khairul. sungguh, mereka amat baik terhadapku.

11.10 mlm, zaihas dan izzat telah tiba di rumahku, mereka dijemput oleh bapaku.

sekian,

wassalam..

No comments: