Friday, December 28, 2012

semua tak nampak atau semua buat-buat tak nampak?

Assalamualaikum..

tulis setiap hari.



Setiap Satu Kata


Hendak berpuisi tapi diri hilang kendiri,
seribu kata tak dapat menggambar cinta,
seribu luahan tak dapat menyemai cinta,
seribu gaya tak dapat menawan si dia.

Usungan ummat terpikul di atas bahu,
duduk bertafakkur melihat jalan yang ada,
moga-moga di sebalik taman dan rimba,
akan disedia sebuah pintu yang terbuka.

Seruan untukku sudah tiba agaknya,
berjabat tangan dengan niat yang murni,
aturan yang diatur atas kehendak ilahi,
diakur oleh sekalian seteru dan saksi.

Nila dititis maka rosaklah susu,
karat dikikis maka bersinarlah besi,
bernarlah aku padi dan engkau ragi,
satu tiada makna, berdua, manis sekali.

Usai difikir tentang latar berbeza,
serkap sekali semua kan diabaikan,
sudah kau kata perbezaan melengkapkan,
maka benarlah, persamaan mengindahkan.

Nukilan ini telah sampai ke pengakhiran,
ku pohon restu dan kemaafan darimu,
andai bait puisi menusuk bak sembilu,
dengan rangkap ini hamba menarbil dahulu.




281212


p/s: moga dipermudahkan insyaAllah..

Saturday, December 22, 2012

kenapa menulis? kenapa tidak menulis?

Assalamualaikum..

sebuah puisi, dinukil pada tempoh strata yang tiada turun atau naik cerita. lebih statik daripada pena yang dimakan graviti. mengapa tiada yang ingin menggubah bangkit cerita?



Inilah Persada Puisi

Kita mulakan dengan sesuatu yang cliche,
berkata tetang rintihan hujan dan suasana
deruan ombak, kencang angin dan segala yang terbiasa,
lain yang dicerita dan lainlah isinya,
membentuk penulisan yang hampir hilang makna.

Bukannya Za'ba menulis pada dahan pisang,
tentunya jika terpelihara kan menjadi yang
paling berharga dalam nukilan sastera melayu
sestera yang jitu untuk menyingkap masa lalu
namun sayangnya, dedaunan kan gugur dan layu.
Dengan nukilan pena, maka kekal lah puisi,
dengan lembaran puisi, maka kekal lah isi hati,
dengan luahan isi hati, kan menggapai sang dewi?

Bukannya puisi cliche yang berbalik pada rangkap pertama,
gunakan kata yang sama, maka bahasa kan mula kusam,
tiada bakat berbahasa, apatah lagi bergurindam,
suara tiada berputik, apatah lagi berbunga,
tinggal sampai rangkap akhir kan tersergam,
indah bahasa kan melentokkan sang persona.

Hai sang inspirasi jangan kau lari dari sini,
kerna kau rangkap ketiga hilang rentak dan asonansi,
dengan keramat Merbau, ku seru kau kembali,
legasi sastera dan bahasa, turun temurun mengukir puisi.

Dah yang kelima, namun masih tercegat sendiri,
tadi dia ada, namun sudahpun berlalu pergi,
persona hampir terlena puisi tiada mendebar hati,
tak kan lah kita kena tunggu sampai hujan terhenti?




22122012


p/s: yang masih budak itu masih tidak beradab.

Thursday, July 26, 2012

sungguh sekejap

Assalamualaikum..

rasa seperti semua pun tidak kena
ada saja salah dan nista
masa berlalu begitu sahaja
puisi ini memaktubkannya

terimalah,


Anak Kucing



nak bawa rentak kaki berentap di malaysia
semua satu persatu ada bagai tertitis air syurga
tumbuh semua rimba sungguh hijau daun daunnya
langit membiru tiada had mata melihat luasnya

kering sudah mataku dibakar oleh mentari dunia
tapi panas ini aku hampir sudah terbiasa
lepas ini balik pula jalan pada denai yang sama
lihat tapak kaki aku lebih besar dari dahulu
bila ingat semula aku ini hanya dari hulu
terbang ayam tambatan sudah habis dicarik bulu

pasang jerat pasang pula lagi perangkap
malam ini insyaAllah dapat makan pelanduk
walau perit mana jangan dihenti rangkap
kerna dua tahun telah habis masa disuntuk

sembunyi mana pula sang rimau malaya
mari sini aku telah sedia senjata
datang sajalah ku tak kira dari arah mana
akan aku jadikan kau sang kucing yang manja

tinggal anak kucing menjerit panggil ibunya
keruan jadinya risau anaknya diapa
lihatlah kasih ibu kepada anaknya
kasih Allah pada hambanya adalah lebih aula

sungguh lama masa diorak
yang membahasa hanyalah api dosa
harap diampun harap dikurnia maghfirah
kerna ku tak sanggup menganggung neraka


26072012





p/s: nak makan pun tak boleh.

Thursday, July 5, 2012

tulang kering

Assalamualaikum..

happy birthday to qamarul naim, and also to my second couzin, nur syahirah ishak. you guys are the only two i know to have the same birthday as me.

take this poetry
the language is like cat scratches on the furniture.


Plausable Actor



the candle is still lit
how long have i stood on this stage?
a drama for else to watch
dialogues are to gain plause
neither touch nor laughter brings joy
yet the royals fake smiles
as it pleases the peasants
whom are barred by the castle gate
ignore them,
as the house should be merry first
their words are stabbing pain
aching our heart and bleed us
in a blink yet
they are praising us on our funeral
are they faking them
or had they realised what has been ignored
was the truth that their egoism had held

i beg thee to kill me
my hatred to your undoing
should have sunken me
during my journey with the same boat.
our eyes are not meant to gaze
gruesome it would be
for the disgrace of my own ego.


05072012



p/s: dah 21.

Friday, June 22, 2012

matahari maghribi

Assalamualaikum..

ujian akhir sudah dekat, namun perasaan berpacul baur. ini pula puisi untuk melenyapkan rasa. sila terima.




Tuhan Masih Akan Murka



Muntahlah aku
segala sirna yang hanya khayalan pada asalnya kini adalah sinaran yang membisa mataku untuk melihatnya
muntahlah aku
yang kotor sungguh itu membakar laksana colok mewangi lantas hirupan menjadi hawa yang tenang
muntahlah aku
kata-katanya menjadi penenang pula bagi jiwa aku walau syairnya adalah yang paling kusut emosinya

Aduhai
apa kalian tiada membuka mata untuk melihat kacau yang di hadap mata
sambut saja dengan tarian dan tawa walau hatta subuh belum kan berakhir semuanya
tuhan masih akan murka walau dalam yang sama pintu taubat itu luas terbuka

Fikirlah kalian
mengapa manusia itu boleh menyentuh bidadari dunia?
begitu senang dan sedikit langkah juga sudah sampai ke gerbang pintu syurga
nyata, cinta kepada Nabi Muhammad adalah melebihi egonya
melebihi bongkak, dan melebihi semua hatta dirinya,
begitulah cinta mereka terhadap Rasul kita.

Yang lain berperit jerih melangkah lautan api dan ombak berduri namun penghujungnya masih tiada kelihatan
bukan penghujung, namun permulaan yang baru itu jua seperti tidak akan dicareka oleh panglipur lara moden
selepas habis satu nyawa, kehidupan baru akan bermula

Yang persona masih mengidamkan kehidupan baru
namun tiada yang menyentuh walaupun satu
masih dikurung di menara kubu bagaikan ratu
jiwa muda yang belas belum berpuluh kan terus kelu

Kudrat daku bukan kudrat kuda
kudrat manusia akan ada pengakhirnya
jika matahari maghribi turun tiada muncul
maka berakhirlah, kerna yang diniatkan sudah terpacul


22062012


p/s: dakwat pada helaian cerita yang ingin direka, belum sempat kering. diusap keras oleh tangan yang masih menulis. kotor.

Monday, May 28, 2012

fairness and touch

Assalamualaikum..

sometimes a small imagination goes a long way. it is like the big bang. though a theory, which by time, rather make sense, and even are described in the Quran that we believe in. In what we have faith for.

Have those who disbelieved not considered that the heavens and the earth were a joined entity, and We separated them and made from water every living thing? Then will they not believe? -Al-anbiya':30

so here it goes.



My harsh heart


You made me wonder,
how does it feel to have eyes luring upon you,
while all the intentions are not pure,
even if hopes can be held for the righteous one.
As every inch of you seems that they are carved by God Himself.

None of the composite in this world
should be able to sculp the perfect contour of yourself,
none of the mechanics on this very world
should be able to move your eyelashes as how yours does,
none of the phoners in this very world
should be able to vibe the air to your very laughs that amuses me.

Is it possible to have thy fairness, as an image
to lie first for each morning i wake up to?
Is it possible to have thy touch, to softens
my harsh hearts as to tame it down?
Is it possible to have thy eyes, as a gaze
that i would love to gaze, upon which nothing are true?

Perhaps not everything are possible in this world,
and so the relation of us, are not supposed to
be dreamed of from the beginning.
Perhaps your presence are only to enlightened
a moment of my life, to make me see
that God's creation and promises, are indeed true and real.
For Him, had created the angels that waits
for the truly pure hearted to touch her first, as never the devils
 nor their descendants had lured them by touch.


27052012



p/s: Ar-rahman: 56

Saturday, May 26, 2012

nasi lemak dan kuih muih

Assalamualaikum..

Sudah terlalu lama tidak menulis. Semakin suntuk masa yang ada dengan tanggungjawab yang kita pegang. Barangkali, ada yang merindui. namun itu hanya sedikit berbanding mereka yang tidak ambil peduli. 

Coretan dakwat terhadap sesuatu yang termaktub, di mana sifatnya memaktubkan, haruslah dihormati kerana buah fikiran atau cerita itu bersangkut paut dengan luahan akhlak dan peribadi seseorang. ia juga menampakkan pendirian sesuatu jiwa itu. sama ada kuat, songsang, atau layu. 

tapi juga jangan dilupai, coretan itu juga membawa buah emosi. suatu bisikan dari hati ke hati. walau menerusi pelbagai lagi susuk pancaindera, namun hati kitalah yang paling merasainya.

maka dengan itu juga, saya membekukan perasaan ini daripada menjadi dakwat cair yang akan membasahi kertas seketika, dan susut airnya untuk kekal sebagai dakwat kering yang memberi makna. makanya, jika perasaan itu sering dicairkan, lelehan, atau gerak pergerakan kuantum dakwat bersifat cecair ini tidak akan mudah dikawal. maka sisiplah ia, ke dalam kertas yang masih putih dan suci. membentuk coretannya sendiri, yang bukannya daripada nawaitu kita untuk memaktubkannya.

boleh jadi, orang menggelar kita hati batu pula. namun tidak mengapa bagi wanita, kerna ia melambangkan maruah dan kehormatan yang dijaga amat. sungguhpun kebebasan itu sering kita impikan, dan perasaan  untuk berseloka dengan sang teruna itu memang sentiasa ada, namun 'Malu itu sebahagian daripada Iman'. Dengan malu, perasaan itu tidaklah beku, namun zahirnya beku kerna hati itu tidak rela bermain pada helaian kertas yang masih putih.



26052012


aku terlalu gembira pada hari ini. walau tiada manfaat malam yang asal yakni merehatkan, namun kemanisan yang dirasa pada siangnya pula amat memberangsangkan.

pernah pula seorang rakan berkata padaku,

"nanti camne kalau ko kawen lari? ko hidup susah, kene jual kuih pagi2 dengan bini kat kampung."

aku tidak dapat menyengkangkan fikiran aku daripada kata-kata beliau. tambahan pula dengan keadaan semasa yang sedang dialami. sungguh, seperti aku telah hidup pada masa hadapan yang diramalnya baru sahaja tadi. maka dengan itu aku fikir;

"takdelah teruk sangat. seronok kot. boleh berjenaka, berbual terkadang bosan, walau gerai jualan tidak sama, boleh minta tukar duit pecah. asalkan hampir dengannya, seakannya tiada apa yang akan jadi salah. semuanya sukar, tapi lebih susah mencari sebab untuk mengalah."

pada mana pula pasangan hidupku itu, amat diketahui akan masakannya yang enak. maka lelaki lain akan berkata, 

"sungguh, kalau dialah yang masak kuih itu, akan aku membelinya!"

walau aku tidak dapat lihat, apakah dia memuji masakannya, atau kecantikan yang dapat dilihat semua itu?

pujian adalah tetap sebagai pujian, dan segala itu pulang semula kehadrat Allah taala, Tuhan yang Maha Terpuji. andai ia masakan yang terhebat atau kejelitaan yang terserlah.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


p/s: kuih itu manis pabila ia cair pada lisanku.

Thursday, May 17, 2012

keliru

Assalamualaikum..

kadang-kadang dalam hati ini ada hasutan untuk membunuh.
maka puisi ini tertulis.


Tugas Sang Algojo


Kelirukah mereka dalam singgahsana,
tiada cocok indahnya di awan angkasa,
tarian indah membuat jelata terpesona,
dalam dentuman irama menggoncang suasana.


Di situlah putra dan di situlah puteri,
masing-masing dengan gaya tuntas magis,
mengasyikkan hati lantas mata dikaburi,
termaktub semuanya dalam bendang puisi.


Wangian menunduk sepanjang jalan lalu,
kapur menebal memalsu rupa,
renda menirai bilah berbisa,
mendahului tugas Sang Algojo.


Dalam girang dan tawa semua,
dia selinap dalam bayang yang sama,
serkap bisunya menghentikan irama,
akan seorang putera yang hitam hatinya.



07092011
kafeshahputra.


p/s: berubah

Thursday, March 22, 2012

tiga rasa

Assalamualaikum..

tulis lagi, atas kapal terbang.



 Dalam Tin

bak sang ikan kecil dari lautan yang luas
ombak memukul kuat aku kering di dalam panas
minyak menebal mengaburi cahaya
mengesak nafas aku yang halus lantasku lemas
jasadku rosak tiada nilai aku di sini
tapi kau kutip aku untuk disiang dan masak bersamamu
dalam tin kecil kita direndam dan dikurung
seakan ragi kuat rasa manis semakin menyusup
aku yang dahulunya pahit kini tlah bermanis tiga rasa
menjadi juadah buat mereka yang lapar sana
kita bersedia, untuk diratah bersama
tiada kata yang lebih indah dari bahasa
jadi aku beri puisi supaya kau mengingat aku semula.

dari semua rasa manis tiada yang rasa betapa manisnya kamu,
dari semua lebah membawa madu tiada yang membawanya untuk kamu,
dari semua bunga yang tlah mekar kau mekar yang terakhirnya,
sementara aku hanyalah pria yang memerhati semuanya dihadapku.

ada kala dalam tika tiada bersua rasa lebih membuak
hingga tiada dapat lagi dipendam lantas diluah
walau zahirnya kita tiada melaku langkah
tapi kita nan sedar batin terseksa dan berdarah
apakah yang mengalir, hanyalah darah putih?
konon nawaitu kita adalah suci lagi bersih
ampunilah kami wahai Tuhan yang memiliki maghfirah
andai kami tersilap catu nafsu yang berterabur
ku hanya mahu, dia gembira bersamaku
sambil kita cari bersama erti bahagia yang kekal selamanya.



14032012
Royal Jordanian.


p/s: conteng2 tampal2