Saturday, May 26, 2012

nasi lemak dan kuih muih

Assalamualaikum..

Sudah terlalu lama tidak menulis. Semakin suntuk masa yang ada dengan tanggungjawab yang kita pegang. Barangkali, ada yang merindui. namun itu hanya sedikit berbanding mereka yang tidak ambil peduli. 

Coretan dakwat terhadap sesuatu yang termaktub, di mana sifatnya memaktubkan, haruslah dihormati kerana buah fikiran atau cerita itu bersangkut paut dengan luahan akhlak dan peribadi seseorang. ia juga menampakkan pendirian sesuatu jiwa itu. sama ada kuat, songsang, atau layu. 

tapi juga jangan dilupai, coretan itu juga membawa buah emosi. suatu bisikan dari hati ke hati. walau menerusi pelbagai lagi susuk pancaindera, namun hati kitalah yang paling merasainya.

maka dengan itu juga, saya membekukan perasaan ini daripada menjadi dakwat cair yang akan membasahi kertas seketika, dan susut airnya untuk kekal sebagai dakwat kering yang memberi makna. makanya, jika perasaan itu sering dicairkan, lelehan, atau gerak pergerakan kuantum dakwat bersifat cecair ini tidak akan mudah dikawal. maka sisiplah ia, ke dalam kertas yang masih putih dan suci. membentuk coretannya sendiri, yang bukannya daripada nawaitu kita untuk memaktubkannya.

boleh jadi, orang menggelar kita hati batu pula. namun tidak mengapa bagi wanita, kerna ia melambangkan maruah dan kehormatan yang dijaga amat. sungguhpun kebebasan itu sering kita impikan, dan perasaan  untuk berseloka dengan sang teruna itu memang sentiasa ada, namun 'Malu itu sebahagian daripada Iman'. Dengan malu, perasaan itu tidaklah beku, namun zahirnya beku kerna hati itu tidak rela bermain pada helaian kertas yang masih putih.



26052012


aku terlalu gembira pada hari ini. walau tiada manfaat malam yang asal yakni merehatkan, namun kemanisan yang dirasa pada siangnya pula amat memberangsangkan.

pernah pula seorang rakan berkata padaku,

"nanti camne kalau ko kawen lari? ko hidup susah, kene jual kuih pagi2 dengan bini kat kampung."

aku tidak dapat menyengkangkan fikiran aku daripada kata-kata beliau. tambahan pula dengan keadaan semasa yang sedang dialami. sungguh, seperti aku telah hidup pada masa hadapan yang diramalnya baru sahaja tadi. maka dengan itu aku fikir;

"takdelah teruk sangat. seronok kot. boleh berjenaka, berbual terkadang bosan, walau gerai jualan tidak sama, boleh minta tukar duit pecah. asalkan hampir dengannya, seakannya tiada apa yang akan jadi salah. semuanya sukar, tapi lebih susah mencari sebab untuk mengalah."

pada mana pula pasangan hidupku itu, amat diketahui akan masakannya yang enak. maka lelaki lain akan berkata, 

"sungguh, kalau dialah yang masak kuih itu, akan aku membelinya!"

walau aku tidak dapat lihat, apakah dia memuji masakannya, atau kecantikan yang dapat dilihat semua itu?

pujian adalah tetap sebagai pujian, dan segala itu pulang semula kehadrat Allah taala, Tuhan yang Maha Terpuji. andai ia masakan yang terhebat atau kejelitaan yang terserlah.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


p/s: kuih itu manis pabila ia cair pada lisanku.

No comments: