baru sahaja mengalahkan seorang sahabat dalam permainan Fifa11 sebanyak 3 permainan.
aku terasa agak gembira. jujurnya ada sedikit bongkak barangkali. namun, semua ini adalah ilham daripada Allah taala. sememangnya islam itu syumul, maka, dalam permainan komputer juga, kita harus menguasai agar dapat mengalahkan pencabar lain.
teringat pula kisah Rasulullah SAW dicabar oleh seorang gusti terhebat pada zaman jahiliyyah dahulu. boleh baca tentang sirah baginda di sini.
*****************************
lantas, dalam perjalanan ke masjid, aku ternampak ada 2 orang budak perempuan, dalam lingkungan sepuluh atau sebelas tahun. layang-layang miliknya tersangkut berbelit pada wayar elektrik pada ketinggian lebih kurang 15 kaki lebih. dan pada kawasan yang sama ada tembok tinggi dan agak kasar, setinggi 8 kaki lebih. salah seorang daripada budak itu meminta tolong kepada aku, "boleh x ambilkan layang-layang tuh?" aku jawab, "boleh". lantas dalam hatiku bertanya, "ya Allah, tinggi nih. camner nih?" hanya illahi yang mendengar bisikan ku.
dalam sekelip mata, aku membayangkan diri aku ialah Al-thoir ibn la Ahad, seorang pembunuh daripada permainan Assassins Creed. lantas aku membuka jam tangan aku agar tidak kan calar dek cubaan ku untuk memanjat dinding itu. budak perempuan itu tersenyum pabila aku menghulurkan jam tangan aku kepadanya. seri mukanya telah cukup memaknakan erti pengharapan yang telah ku berikan.
aku lompat, dan hanya bahagian hujung jari ku sahaja yang dapat menggapai bibir tembok tersebut. aku cengkam dengan ruas jariku yang lemah. lantas ku menarik seluruh tubuh aku ke atas, melawan graviti badan dengan kekuatan ruas jari. dengan kakiku yang berselipar, seperti mengayuh, aku menolak badanku lagi ke atas. kali ini lenganku berjaya diletakkan di atas tembok tersebut. terus sepantasnya aku berdiri. maka layang-layang itu aku usah belitkan untuk melepaskannya dari simpulan wayar elektrik yang berserabut itu. layang-layang itu ku campak ke bawah dan disambut budak-budak perempuan itu. mereka sangat gembira.
selang lima atau enam saat, aku masih memikirkan bagaimanakah akan ku turun dari dinding yang tinggi itu. sekiranya pendaratan ku salah, kakiku akan sakit amat. maka aku cuba untuk turun dengan gaya yang sama. alhamdulillah, layang-layang itu selamat, dan aku jua selamat.
kedua-dua budak perempuan itu mengucapkan terima kasih dan salah seorangnya menghulurkan kembali jam tangan aku. "afwan," balasku.
terima kasih, Al-thair ibn la ahad dan Ezio alditore kerana telah mengajarku seni parkour.
p/s: latihan yang bagus~!
No comments:
Post a Comment