Monday, August 8, 2011

8 butir kurma: balasan ke atas perbuatan dan percakapan

Assalamualaikum..

beberapa hari ini telah menjadi hari yang amat menyakitkan.

sahur yang kelmarin, sedang aku menggoreng nugget, aku tidak sedar bahawa lenganku tersadung pada pemegang kuali. lantas kuali yang penuh berisi minyak itu terjatuh dan separuh daripada minyak yang panas menggelegak itu tumpah ke lantai. namun, sebelum kuali yang penuh dengan nugget itu jatuh, dengan pantas tangan kiriku menyambar kuali tersebut dan meletakkannya kembali ke atas api. atas percaturanku itu, seluruh tanganku telah melecur dek minyak yang panas.

ARGHH~~!! jeritan batinku sekuat hati. namun mereka yang sedang nyenyak tidur hanya akan mengadah sebentar dan tidur kembali. aku meraung kesakitan seorangan. aku sirami tanganku dengan air yang banyak. lantas ku bersihkan lagi dengan sabun agar minyak yang panas itu terpisah dari tanganku. tidak cukup dengan itu, aku buka peti sejuk dan celupkan tanganku ke dalam lapisan fros yang terhasil dalam peti sejuk itu. namun, teringat kembali akan nugget yang sedang digoreng, aku bergegas kembali ke dapur dan mentoskan nugget-nugget itu ke dalam pinggan. andaikan hangus, budak-budak nih nak sahur apa?

tanganku masih melecur. tak boleh nak pegang apa-apa. sentuh pun akan menimbulkan perit yang amat. namun ku masih teringat kembali akan fadhilat surah al-fatihah, yang di mana nama lainnya adalah surah as-syifa. mama pernah ajar, sekiranya kita yakin dengan Allah, bacakan surah al-fatihah pada segelas air kemudian minum air tersebut. insyaAllah penyakit itu akan sembuh dengan izin-Nya. namun, pada mana aku teringat akan kata-kata ibuku itu, azan subuh telah berkumandang. maka aku bacakan al-fatihah pada segelas air dan melalukannya pada tanganku yang melecur. Alhamdulillah, tanpa sebarang krim sapuan lain, tanganku sembuh dalam kurang dari sepuluh jam.


***********************************

ada seorang sahabat menanak sebungkus mee segera dan lantas menghulurkannya kepada aku untuk merasanya. mee segera tersebut aku hirup mee dan kuahnya dengan pantas kerana ada perkara lain yang sedang ku jalankan. namun, mee bersama kuah tersebut amatlah panas untuk lidah dan lelangitku memberi sepenuh toleransi maka mereka melecur dengan amat. barulah ku tahu peritnya lecuran pada lelangit.

biasanya kalau termakan makanan yang panas, aku akan luahkan kembali. tapi pada mangkuk kawan, tak mungkin aku akan buat seperti itu. jijik pula nanti.


***********************************

walaupun aku merasai sakit yang amat, namun ku merasakan amat gembira. bukan gembira sebagaimana warga emo merasai nikmat kesakitan, namun gembira kerana Allah mengingatkan aku akan azabNya yang pedih. yakni api neraka. kesakitan ini membuatkan ku lebih banyak beristighfar dan mengingatiNya dengan lebih lagi. malah ditambah kuat lagi dengan sepotong hadis:


“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari & Muslim).


aku mengharap bahwa akan gugurlah dosa-dosa dek perbuatan tanganku, dan gugurlah dosa-dosa dek lisan dan percakapanku. amin~

wallahu'alam


p/s: counting the days~

Friday, August 5, 2011

5 butir kurma: al-thoir ibn la ahad


Assalamualaikum..

baru sahaja mengalahkan seorang sahabat dalam permainan Fifa11 sebanyak 3 permainan.
aku terasa agak gembira. jujurnya ada sedikit bongkak barangkali. namun, semua ini adalah ilham daripada Allah taala. sememangnya islam itu syumul, maka, dalam permainan komputer juga, kita harus menguasai agar dapat mengalahkan pencabar lain.

teringat pula kisah Rasulullah SAW dicabar oleh seorang gusti terhebat pada zaman jahiliyyah dahulu. boleh baca tentang sirah baginda di sini.


*****************************

lantas, dalam perjalanan ke masjid, aku ternampak ada 2 orang budak perempuan, dalam lingkungan sepuluh atau sebelas tahun. layang-layang miliknya tersangkut berbelit pada wayar elektrik pada ketinggian lebih kurang 15 kaki lebih. dan pada kawasan yang sama ada tembok tinggi dan agak kasar, setinggi 8 kaki lebih. salah seorang daripada budak itu meminta tolong kepada aku, "boleh x ambilkan layang-layang tuh?" aku jawab, "boleh". lantas dalam hatiku bertanya, "ya Allah, tinggi nih. camner nih?" hanya illahi yang mendengar bisikan ku.

dalam sekelip mata, aku membayangkan diri aku ialah Al-thoir ibn la Ahad, seorang pembunuh daripada permainan Assassins Creed. lantas aku membuka jam tangan aku agar tidak kan calar dek cubaan ku untuk memanjat dinding itu. budak perempuan itu tersenyum pabila aku menghulurkan jam tangan aku kepadanya. seri mukanya telah cukup memaknakan erti pengharapan yang telah ku berikan.

aku lompat, dan hanya bahagian hujung jari ku sahaja yang dapat menggapai bibir tembok tersebut. aku cengkam dengan ruas jariku yang lemah. lantas ku menarik seluruh tubuh aku ke atas, melawan graviti badan dengan kekuatan ruas jari. dengan kakiku yang berselipar, seperti mengayuh, aku menolak badanku lagi ke atas. kali ini lenganku berjaya diletakkan di atas tembok tersebut. terus sepantasnya aku berdiri. maka layang-layang itu aku usah belitkan untuk melepaskannya dari simpulan wayar elektrik yang berserabut itu. layang-layang itu ku campak ke bawah dan disambut budak-budak perempuan itu. mereka sangat gembira.

selang lima atau enam saat, aku masih memikirkan bagaimanakah akan ku turun dari dinding yang tinggi itu. sekiranya pendaratan ku salah, kakiku akan sakit amat. maka aku cuba untuk turun dengan gaya yang sama. alhamdulillah, layang-layang itu selamat, dan aku jua selamat.

kedua-dua budak perempuan itu mengucapkan terima kasih dan salah seorangnya menghulurkan kembali jam tangan aku. "afwan," balasku.


terima kasih, Al-thair ibn la ahad dan Ezio alditore kerana telah mengajarku seni parkour.


p/s: latihan yang bagus~!

Wednesday, August 3, 2011

3 butir kurma: mereka berubah

Assalamualaikum..

masih lagi sakit tekak batuk berkahak,
kuncikan dahulu satu lembaran kisah,
walau matanya masih lagi dikaburi nampak,
ditinggalkan seorangan apa kau kisah?


pada hari kedua puasa, aku pulang dari pasar raya fathalla menaiki teksi. sebelum dapat ku naiki teksi, peminta sedekah semuanya merayu untuk sesuap sedekah. tanpa fikir apa-apa, aku hulurkan apa yang ada. hinggakan semua syiling dalam kocek ku telah kehabisan.

tambang teksi dari ibrahemiyya ke syatbi biasanya dalam tiga genih. pabila sampai di destinasi, aku hulurkan lima genih. dalam kebiasaan masyarakat arab, sekiranya penumpang membayar lebih tanpa meminta baki, mereka akan cabut lari. namun, luar dari jangkaan, dia bertanya aku kembali, "ada duit kecil x?". aku katakan tiada. lantas dia menggelengkan kepala seolahnya ini satu masalah besar. aku fikir, ambil sajalah 5 genih itu. 2 genih bonus bagi kau. aku memaksanya mengambil 5 genih itu. dia tetap menolak. dalam terik tengah hari itu, aku menanyakan orang sekeliling seandainya mereka memiliki duit syiling sebanyak 5 genih untuk ditukarkan. namun semuanya gagal untuk membantu.

setelah beberapa minit, pemandu teksi itu dengan pantas menanyakan pemandu teksi yang sedang lalu pada jalan yang sama. maka dia menghulurkan syiling. alhamdulillah.. hanya untuk membayar tiga genih dan tidak mengambil duit lebih sebanyak 2 genih, pemandu itu sanggup menunggu. ini adalah suatu yang jauh dari jangkaan. baik sungguh pemuda mesir pada bulan ramadhan ini. bulan yang penuh barakah. jazakallahu khairan kathiran ya astor..



p/s: "I beg to differ - Perbezaan itu melengkapkan. Persamaan itu mengindahkan."

Monday, August 1, 2011

1 butir kurma: hari pertama

Assalamualaikum..

nak tulis sikit-sikit.

nak ucapkan Ahlan ya Ramadhan kareem kepada semua umat islam di Malaysia dan sekalung pelajar yang masih menetap di Mesir.


solat terawih di mesir ini amat mengelirukan. kenapa? sebab, boleh dikatakan setiap waktu solat, aku akan bersolat di Masjid sahabat, gamaah. dan sebahagian rakan ku yang lain pula telah pun bersolat di game' ibrahem.

apa yang mengelirukan, adalah di mana saya lihat jumlah jemaah lelaki adalah 4 kali ganda jemaah pada solat jumaat. berdasarkan kiraan logik akal, tentu sekali jumlah bilangan jemaah solat jumaat akan mencecah total. namun, jemaah di masjid sahabat dilipat ganda kepada 4 kali. begitu juga di masjid game' ibrahem.

teringat kembali di masjid jame' pekan kajang, jumlah jemaah solat jumaat akan melimpah ke luar masjid. manakala jemaah tarawikh tidak pernah pun setakat ini melimpah keluar. barangkali kerana orang diberi pilihan memilih untuk solat di surau yang lebih berdekatan.

sekalian ramai penduduk mesir ini..

Malaikat barangkali.

Where have you been all this time?

sometimes i see the beauty of ramadhan, of which i can see there are so many people in the same mosque. but in turn, i feel sad a little bit for them. i feel like asking, "where have you been all this time?"

*********

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air."
(HR Tirmidzi)

*********

p/s: welcome~