Tuesday, June 7, 2011

di hadapan aku serai, di kanan aku tomyam, di kiri aku kitab hadis 40 imam nawawi

Assalamualaikum..

tajuk terlebih panjang.
labih baik daripada kosong.

dah habis bahasa, dah hilang tatabahasa. hanya gaya biasa.
singa dah tak boleh mengaum dek tekaknya yang diserang jangkitan.

lelaki yang gagah perkasa tunduk melutut merayu di hadapan sang raja.
perempuan itu menarik muka daripada pandangan seorang hamba.

cinta boleh dikunyah dan dilumat sehingga kenyang.
cinta boleh lusuh atau berkarat bergantung pada bahan asalnya.

seorang adik kecil bertanya kepada seorang abang di perantauan.
si abang teringat kembali masa lampau dia bersama keluarga sahabatnya.

dua pupu seperti kupu-kupu. terbang hilang entah ke mana.
sepupu seperti adik sendiri. masih berdiri di sisi. bergurau seperti kanak-kanak.

kekuatan diadukan untuk menentukan siapa juara.
kebijaksanaan diadukan untuk meraih jaya.

hamba akan muntah, sekiranya kalian bertindak seperti seorang pengotor.
sama ada kalian mengotorkan kata-kata, mahupun tindak tanduk mendusta.

seratus perempuan berdusta tidak akan menyakiti hamba.
seorang rakan berdusta dapat meragut separuh nyawa hamba.

dah enam rangkap hamba tulis tentang persona.
namun semuanya dipadam kerna janjimu ku kota.

antara rupa, harta, kerabat atau agama.
pilihlah agama untuk selamat dunia dan akhirat sana.

ketiadaan rasa ke atas lidah didaftarkan sebagai tawar oleh otak.
ketiadaan rasa ke atas hati didaftarkan sebagai tawar oleh hati.

lapan belas rangkap telah ditulis, termasuk yang dipadam tadi.
ini yang kesembilan belas, mungkin akan ditulis satu lagi.

aku berjalan di atas jalan yang gelap gelita.
dipandukan suara taulan, yang katanya ada cahaya di hadapan.



p/s: kalau tak nampak, kenapa dicari?

2 comments:

conan said...

sedap..sy suka sgt..sy ambik 2 rngkp drpd puisi awak tu..hope awak tak kish..time ksh..

conan said...

blh ajar sy tak??sy sukala koleksi puisi2 awak tu..