Thursday, June 16, 2011

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

Assalamualaikum..

hari ini lebih indah dari semalam,
masih terkenang saat awal aku menjejak kaki ke Iskandariah.
ratusan muka dan wajah baru, ada yang senget, ada yang segak,
semuanya bertumpu untuk memercu suatu tanda maju.

dua tahun dahulu, umurku baru tujuh belas tahun,
melangkah masuk Universiti Iskandariah dengan perangai ke anak-anakan.
bersendirian di bumi para anbiya.
mencari air, untuk mencari ilmu, mengadu pada guru akan fahamanku,
mencari erti hidup, dan identiti.

tahun lepas, kehidupan lebih bermakna.
diangkat dari lubuk minyak hitam dan dibasuh.
dengan ayat dan pedoman aku dijirus,
kerna diri ini perlu berbakti untuk umat kelak.

tahun ini, dilamun rasa mabuk,
mabuk akan perasaan yang khayal mendatang.
harus tabah atas jalan ini, sekiranya hal ini membawa kebaikan.
semakin bermakna, semakin jelas panduan hidup.
halnya ini akan ku turuti untuk mencapai akhirat kelak.

terima kasih guru-guru,
kerna tanpa jemu melihat aku,
memukul, menumbuk, mencaci, menegur, membelai, menjerit, memaki, mentertawa, dan menepuk bahuku, untuk membentuk diri aku menjadi insan yang kau harapkan,
insan yang bakal memimpin ummah.

terima kasih mama ayah,
kerana meletak sepenuh kepercayaan kepada anakanda,
untuk meliar sendiri di serata muka bumi ini,
tanpa cinta yang tak pernah lekang dicurahkan,
untuk bekalan hingga ke akhirat kelak.
sedangkan syurga di bawah tapak kaki ibu,
maafkan anakanda, wahai bonda.

terima kasih rakan-rakan,
tak lekang berada di sisiku,
dengan cacian, kutukan, pujian, kritikan, sepakan, tumbukan, pukulan, yang sering membina.
aku berdiri sama rata bersama kalian.


terima kasih, persona,
kerna menetapkan aku pada jalan ini.
maafkan aku, kerna terlalu banyak salah aku terhadapmu,
maafkan aku.

smat=)


p/s: ingat lagi gambar ni?