Saturday, May 28, 2011

khayalan malam ketika sedang menyiram pokok herba di beranda

Assalamualaikum..

boleh juga terlintas puisi.
ada beberapa buah puisi sedang bermain-main di kepala.
tangan masih gagal untuk menulis.
ini hanyalah sebuah puisi yang ringan maknanya.
jika dibaca, harap boleh difahamkan semuanya.

terimalah,



Buah Delima


Malam ini masih indah seperti semalam
kerna tiada apa yang boleh buat kita meragam
hanya melaram untuk bergembira
dan bercengkerama sampai pukul lima.

Dalam khayalan ini ku merasa Deja Vu
kerna rupamu seperti bidadari dalam mimpiku
namun lebih cantik, ke tahap ku Jamais Vu
kan ku kepakkan tangan, sudikah bersamaku?

Lakaran, walau bak cakaran tiada indahnya
masihlah kita kan menambah gula
tuk memaniskan hubungan kita bersama
aduhai terlebih gula jadi pahit pula

Tak mengapa jika belikat dipenuhi raksa
pulas saja buah delima kita makan bersama
mari sini kanda kan membentuk irama
lenggok tarian dinda dendang tarian persona

Suria telah terbit 'ala qadar illahi,
henti dahulu kan kita sambung malam nanti.


*tarikh karya*
*dua tiga hari lepas*




p/s: tutku sedap

3 comments:

Syafinaz Alizaini said...

terlebih gula jadi pahit?
realy?

anwar azhari said...

yer kot.. mcm caramel terlebih masak. kn?

Wan Izwar said...

weh,ape emel ko eh?bg jela pape semua emel ko yang ada kat aku..x kisah la yahoo ke, gmail ke, rocketmail ke, hotmail ke, pape jela..ni emel aku,kiwikeju@yahoo.com..