Saturday, January 1, 2011

2011 resolution: 6 months to do it right


Assalamualaikum..




tahun baru ini, aku berazam untuk melakukan suatu pengislahan hati.
semuanya tertulis dengan baik pada nota aku sendiri, namun tiada aku ingin memaparkannya dengan umum di blog saya ini.

apa yang perlu dikata, kita semua perlu ada matlamat dalam hidup. tiada matlamat, tiada hala tuju, ke mana kau hendak pergi? bila ditanya, kau mengangkat bahu. bila diminta tunjuk arah, juga kau tak tahu. dalam permusafiran kau di muka bumi ini kau hanya akan mengikut arus kah? maka jadilah kau seperti buih2 di lautan. ikut saja alunan ombak, tiba di persisiran, pecah, hilang, musnah.

tiada kita mahu diri kita seperti buih di lautan, maka, tentukanlah arah tuju kita. semoga perjalanan hidup kita diberkati Allah. Insya Allah..

azam tahun baru saya hanya akan berjalan selama 6 bulan. tiba bulan tujuh nanti, sebuah azam baru akan digubal dan dibentuk.

ada yang nak lebih membaca, ada yang hendak lebih menghafal, ada yang hendak jadi lebih rajin, lebih berani, lebih tekun dan sebagainya.

bagi saya, bagaimana antum semua membentuk azam, tak perlu dikisah, namun, semua apa matlamat kita, haruslah kembali kepada Allah. sia-sia saja amalan pekerjaan kamu, fikiran kamu, percakapan kamu semua sekiranya jauh hatimu dari Allah. maka, tajdid niat, jadikanlah apa semua yang kita niatkan, yang kita azamkan, adalah demi mendapat keberkatan Allah taala.

selamat tahun baru 2011.

jadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

tiada puisi. maaf.


3 comments:

Meru said...

takde puisi..tapi ayat tetap dramatis

suka puisi said...

selama 6 bulan, tiada puisi?

ms.najwajani said...

ayat je p0n da mantap da..

nape setiap 6 bulan berubah azam...?nak tahu...