Monday, January 17, 2011

on foot

Assalamualaikum..

hari ini sangat menyedihkan, telahpun ku melihat beratus kematian, namun, pemergian ini lebih besar impaknya kepada lubuk hati ku ini.

aku teringat kembali, 2 tahun lepas, di jabatan forensik. CO poisoning ialah kes pertama yang aku perhatikan. balik rumah, aku baca segala yg ada di internet untuk memanfaatkan ilmu dan pengalaman itu.

tahun lepas, aku bercuti di terengganu. sampai di hotel pada waktu pagi. panas. aku buka aircond. tingkap tertutup. lantas, aku keluar meninggalkan bilik dalam keadaan pendingin hawa masih terbuka.

waktu malam, aku kembali ke dalam bilik. ak terasa lain macam. sesak nafas. seolah2 ada yang meghisap rokok di sebelah aku. aku rasa macam nak pengsan. lantas, aku naik atas katil dan menyulubungi diriku dengan selimut bagi mengelakkan bau yang kurang senang itu.

kepala aku pening2. rasa mcm nk pengsan dengan bau gas ini.

tiba2, aku teringat. bahwa bau gas ini ialah gas karbon monoksida. Ya Allah!!

dalam keadaan pening amat, aku bangun menolak selimut dan berjalan menuju ke tingkap.

aku buka tingkap. menarik nafas lega.

sekiranya aku tertidur tadi, genap 2 jam aku bakal meninggal dunia.

Alhamdulillah.. aku masih diberi izin oleh Allah taala untuk meneruskan hidup di dunia ini.

namun, kurang bernasib baik kepada Allahyarhamah nurul iman binti abdul halim, yang telah kembali ke rahmatullah akibat keracunan gas karbon monoksida berpunca dari gas methane daripada sakhonah (pemanas air) berkuasa gas.

semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan beliau bersama para syuhada.



azhari: mama,
mama: *sedang mengaji ketika telefon bimbit didekatkan ke telinganya oleh ayah*
azhari: *terdiam*
mama: *masih mengaji*
azhari: mama, *masih terdiam*



rindu betul dgn mama ayah.


4 comments:

conan said...

semoga rohnya dicucuri rahmat allah dan ditempatkan bersama para syuhada..amin..

Anis Amirah Nawawi said...

rindu mak ayah jugak :'(

Afiqah / Cha'a said...

azhari... takotnya! kdg2 bnde2 cmni reminder death tu mcm2 cre sbnrnye kan? huhu

ms.najwajani said...

untungnya bila banyak pengetahuan..post kali ni sedih, but inspiring...