Thursday, November 11, 2010

terlalu biasa

Assalamualaikum..

pada utusan ini aku ingin meminta maaf.


maaf kerna ku terlalu biasa


aku mohon maaf,
kerna bicaraku boleh membuat kau terasa, dan
kerna perlakuanku boleh membuat kau terluka.

aku mohon maaf,
kerna ku terlalu biasa.

aku mohon maaf,
kerna aku bukanlah tergolong dalam ahfazal quran,
yang dipasak dengan semat tiga puluh juzuk di dada,
maka dilihat bersih akan segala amalannya.

hanya ku mampu,
menghafal segelintir baris ayat dan surah,
namun pada itu, aku kan cuba memahami dengan padu,
mengamalkan segala yang diseru,
walau sedikit ayat pada dadaku.

aku mohon maaf,
kerna aku bukanlah para penghafal hadis,
yang menghafal beribu ratus hadis,
maka seperti nabi akhlak dan budi pekerti.

hanya ku mampu,
mendengar dan mempelajari sedikit sebanyak hadis nabi,
dan berpegang padanya dalam setiap amalan sehari-hari,
dan aku kan setiap hari mencuba,
untuk meniru akhlak nabi,
namun dengan kudrat ku yang biasa sahaja,
maaf kerna kesalahan yang lebih dipaparkan hamba.

aku mohon maaf,
awal pagi ku tidaklah sebagai pendakwah yang bersuara,
nasihat dan memperingat sesama umat manusia.

hanya ku mampu,
duduk dan muhasabah tentang perlakuan akan datang,
agar lebih bekerja Raqib daripada 'Atid,
agar lebih ditulis pahala daripada dosa,
ditemani sebaris ayat doa Mathurat wazifah al-sughra.

aku mohon maaf,
kerna hartaku dikumpul untuk kepentingan diri,
bukanlah seperti Uthman bin Affan yang amat memberi,
disedekahkan segala unta dan kuda ke jalan jihad,
hanya mengharap balasan Allah yang tiada terhad.

hanya ku mampu,
memberi sedikit jika ada yang meminta,
mungkin di kocek hamba cuma segenih dua,
maka malulah tangan kiri sekiranya melihat kanan,
kerna tentunya dia ingin memberi lebih kepada sang fulan.

aku mohon maaf,
kerna tak dapat menjadi seorang Daie sejati,
setiap kali berbicara mereka menyentuh hati,
maka semua katanya berputik bak sebuah nur yang suci.

hanya ku mampu,
berpegang pada kata kekasih Allah,
'sampaikanlah ayatku walaupun seayat',
maka ini akan ku lakukan sepanjang hayat,
walau mungkin pahit untuk berkata benar,
tapi telan sahaja,
kerna syurga itu ada sungai mengalir di bawahnya.

aku mohon maaf,
kerna umurku yang masih muda,
tidak nampak dihormati atau disanjungi,
hanya dapat menunjukkan senyum menampakkan gigi,
berilah aku masa,
agar insyaAllah satu hari nanti,
aku akan jadi hamba-Nya yang berbakti,
kepada keluarga, masyarakat dan agama.

aku mohon maaf,
kerna ku terlalu biasa.




1 comment:

Anonymous said...

mcm sedih je bunyik.

Siapalah aku....