Tuesday, August 31, 2010

penulis baru

Assalamualaikum..

sebelum ini ada beberapa orang yang mengatakan bahawa;

"Anwar, puisi ko best lar..!!"
"Anwar, mantap r puisi ko"
"ntah r.. ak kadang2 x faham pn ape yg ko tulis"
"aku x bace sebab ko banyak tulis BI... ak mane faham.. translate pliss"

tapi ada juga yang mengatakan;

"aku x reti menulis puisi"
"aku mane ade bakat nak tulis puisi nih"
"vocab ak mane tinggi nk tulis yg mcm kau tulis nih.. hebat kot"

namun, hanya ku akui, semua orang ada bekuan perasaan yang perlu dicairkan.

maka, ini untuk kamu semua, selamat menulis puisi!!


Selamat datang pemuitis

Kau tahu ku cair melihat puisi,
cair akan segala asonansi dan aliterasi.

Kau tahu ku akan cuba mendalami,
sekiranya datangnya dari mu, wahai dewi.

Aku membaca puisi boleh tersentuh,
boleh jadi ku marah,
kerna ku sedar akan setiap coretan,
adalah coretan peribadi.

Maka indahnya hymne mu,
aku jua tersentuh,
dengan bicaramu dulu,
sama sahaja dengan yang telah dikata,
apa yang penting adalah ikhlas di hati.

Maka bila ditulis dan digulis,
kau sedar bahawa ia takkan malap nan sirna,
kerna dari apa yang kamu intuitis,
semuanya dihitamkan dengan pena dan rasa.

Selamat datang sebagai pemuitis,
maka teruskanlah menulis,
segala rasa kan kita kelis,
sehingga hayat kita habis.


310810




Saturday, August 28, 2010

jangan putus asa, teruskan usaha

Assalamualaikum..

tulis lagi.
aku sendiri pun dah bosan.

terasa lebih seronok menulis.
sebab terasa macam dah x de orang baca.
bila org x baca,
boleh tulis bnda jiwang sket.

puisi ini ditujukan kepada sesiapa yang putus cinta.
korg semua kene hadapi perkara ini dengan tabah.


Masa untuk berpisah


Hal ini telah ku sangkai,
tentang masanya belum sampai lagi,
mungkin kerna kita sering berjauhan,
maka semua rasa tak ketersampaian.

Kini aku, telah berjalan lebih rapi,
walau hati sakit hampir separuh mati.

Kini aku, solat lebih khusyuk,
walau hati telah pun hancur remuk.

Dulu aku,
ketagihkan senyumanmu,
sehingga ada yang kata,
senyuman kita sama.

Aku kata,
doakan sajalah,
kalau benar jodoh,
hanya pada Allah aku berserah.

Namun kamu,
harus tahu,
bahwa cintaku,
hanyalah untukmu.

Tiada makna menyerah kalah,
walau ku hampir pasrah,
ku pijak semula bumi,
menegapkan peribadi,
sampai masanya nanti,
kan kita berjumpa lagi.

InsyaAllah..



28082010

Monday, August 23, 2010

zakat membawa berkat, seksi membawa seksa

Assalamualaikum..

ini ialah penulisan pertama yang dikarang pada telefon bimbit Vivaz Pro yang baru dibeli semalam.
owh ya, secara sambilan, aku ingin melatih teknik rima akhir yang sama.
kalau ada beat, boleh nyanyi lagu nih.


sexy KL town

verse1:
KL town amat bz,
weekend yang dinanti,
semua orang turun maka sesaklah BB.
Ku lihat sana sini,
amoi makin seksi,
dulu cover up tapi kini lebih berani,
dari rambut ke kaki,
kunampak serba serbi,
semua serba ketat, serba rapi,
dulu hanya nampak tali,
tapi lani kemain lagi,
mereka terus tunjuk coli,
inikah trend masa kini?
Kiamat memang tak lama lagi,
kita terjunjung iluminati,
Demmit,
if its like this,
its better that i mati,
dari mata ku dibutai,
di akhirat nanti,
dihukum, kerna malaikat kiri,
tulis sampai sepenuh isi.

chorus:
nasib baik malaikat raqib dan atid
tak ada rasa letih kalau tak mereka sudah punah,
tulis pahala hanya sedikit,
tapi dosa kita bertambah-tambah.

inilah keadaan umat,
umat kita di seluruh dunia,
seperti buihan di lautan,
apa pula tindakan kita?

verse 2:
puisi sudah melatah,
dah jadi tak tentu arah,
sebab T-shirt see through
terus nampak bra merah,
tambah dengan cleavage lurah,
bila dia lalu maka,
terus bengkak semua mata,
ceritaku belum sudah,
tak cukup betis kasi peha,
kalau putih gebu takpelah,
ini kan kau sudah tua,
kerut dan stretchmark tak terkira,
terus melecur kelopak dan kornea,
alihkan pandangan! masyaAllah..
jangan biarkan pancaindera merana.
arghh~ mampos kau lah!

chorus:
nasib baik malaikat raqib dan atid
tak ada rasa letih kalau tak mereka sudah punah,
tulis pahala hanya sedikit,
tapi dosa kita bertambah-tambah.

inilah keadaan umat,
umat kita di seluruh dunia,
seperti buihan di lautan,
apa pula tindakan kita?

verse 3:
Ada orang bodoh macam batu,
batu pun tidak dungu,
ku bercakap tentang bangsa melayu,
orang buat dia terus melulu,
terus ikut, tak tengok hukum dulu,
katanya nak ikut trend
just cuba benda baru,
tayang punggung tayang pinggul
tak ada rasa malu,
mak abah pasrah
anak dah macam tuh,
eventhough dah hantar sekolah ugama kampong baru.

chorus:
nasib baik malaikat raqib dan atid
tak ada rasa letih kalau tak mereka sudah punah,
tulis pahala hanya sedikit,
tapi dosa kita bertambah-tambah.

inilah keadaan umat,
umat kita di seluruh dunia,
seperti buihan di lautan,
apa pula tindakan kita?
apa pula tindakan kita?


220810

Sunday, August 22, 2010

hentikan langkah

Assalamualaikum..

puisi hijau terakhir barangkali.

cukuplah setakat ini. atau tidak?

sekiranya puisi hijau ditulis lagi,

perhatikan tarikh pembikinannya.

tentunya dikarang sebelum tarikh dikarangnya puisi ini.




Henti langkah di pinggir tasik

Sinar matahari menyilau tasik,
awan berkepul dibentuk burung,
terbang sekawan kembali ke sarang.

Bayu tasik
hawa sederhana dingin
mendamai jiwa.

Lantas ku hanya merenung,
lihat sahaja deruan tasik tenang,
sambil lagu nostalgia mengadun perasaan,
aku seperti diayun belaian lama mu.

Marmar menyilau kembali,
melawan semula sinar redup,
sudahlah,
tak mungkin kau kan kembali,
maka saat ini ku titikkan NOKTAH.




Taman Tasik Putrajaya
02082010

jangan kecewa, fikiranku mungkin bakal berubah.
lihat saja kemana angin membayu sayapku.

Saturday, August 21, 2010

tak pakai kasut

Assalamualaikum..

puisi ini ditulis semasa berada dalam penerbangan pulang Iskandariah- KLIA


Walking & Flying

Footsteps of bare,
drying hot sand,
walking on your dessert,
with scorching sun.

Having to kneel by your love,
how I have been poisoned,
by the venom of your love.

It has always been you,
since the day you ignored,
never been replaced neither forgotten.

The grey silver clouds,
the blue endless sky,
flying away to you,
under this vile.

I'm pleading, all the time,
for your heart to be mine,
even if it would kill me by then.

It has always been you,
since the day you ignored,
never been replaced neither forgotten.



270710
Flight QR 513


dulu kala,
aku tolak tawaran mara,
kerna menyedari ak tentu boleh mendapat pendidikan yang lebih baik di tanah air sendiri.
tapi, mara kasi gak biasiswa ke ak.
ak terima sahaja.
sape nak tolak tawaran biasiswa?
so ak meluaskan pandanganku ke mesir.

namun,
aku tak kan lupa pula tentang ilmu dan pengalaman yang boleh ku kaut semasa cuti musim panas.
jadi, aku menyertai sangkutan elektif di hospital serdang.

nyata,
pelbagai manfaat.

terima kasih doktor.

baiklah, sambung belajar lagi.

Saturday, August 14, 2010

hujung minggu di bulan ramadhan

Assalamualaikum..

hari nih agak lain sikit dari ramadhan biasa.

2.30 am: aku menunggang keter CRV ke kajang.

n then i nmpak sorg minah nih.
pakaiannya seperti whore ataupun hoe.
so.. mereka berjalan2 di tepi jalan.

aku melihat mereka. kerana pakaian mereka mencolok mata.
lantas, aku menolehkan pandangan kerana keseksian melampau mereka menakutkan aku.

jadi, aku menegakkan leher dan terus memecut dan menekan minyak lari dari kawasan itu sambil terserempak dgn lebih bnyak lagi hoe.

aku terus pergi ke 7eleven untuk membeli panadol dan pil chi kit tech aun.
lantas aku memasuki kedai tersebut.

kring2 bunyi pintu itu.
seorang perempuan yang tidaklah begitu cantik muncul dari belakang kaunter.

aku berjalan terus masuk ke 7eleven dan tersedar bahawa aku berada di sebuah gelanggang maksiat.

aku melihat seorang lelaki beruniform 7eleven sedang berbaring di tempat yang tidak jauh dari mana perempuan yang kurang cantik itu muncul.

aku terpinga2. namun hanya meneruskan operasi membeli ubat.

aku terus pergi setelah membayat ubat itu.

dalam fikiran aku,
biarlah husnozhon. *beranggap baik*
anggap sahaja mereka adik-beradik barangkali. walaupun wajah muka mereka memang xde serupa langsung. demmit.

okeyh. balik umah. sambung main xbox.

pergi KL pada siang hari.

aku mendapat puasa lapar dan dahaga.

aku x nak turun KL lagi.


Thursday, August 12, 2010

pungguk ialah nama sj burung hantu, Ninox scutulata malaccensis.


Assalamualaikum..


Nicox scutulata malaccensis

mempunyai bnyak lagi spesis dan dinamakan mengikut nama tempat.

Nicox scutulata malaccensis terdapat di Malaysia. sebab itulah nama akhirnya malaccensis. merujuk kepada Melaka.




Pungguk merindu bulan

(verse 1)

racun senyum mu,
racun cinta mu,
telah meracun hatiku kian lama,
membuta mataku sepanjang masa.

aku tengadah sedar,
terhantuk dari pukauan,
keluar dari khayalan maya,
bangkit dari lamunan.

(verse 2)

aduh,
memukau pula teh cina ini,
tawar sekucup rasa,
mengkhayal setelah menyepi
dari kesibukan kota.

bukannya selalu kita bersua,
walau kenangan itu manis,
terdapatnya kekurangan,
akan hakisan dan bendasing yang mencampur.
hanya ku sedari,
bahwa dikau menjauhi.

kau membuat pembacaku tertanya,
halnya siapakah dikau,
kerna penulisanku tetap sama,
tidak pernah pula ku fikir yang lain.

Taman Tasik Putrajaya
02082010


Sunday, August 1, 2010

jarak jauh

Assalamualaikum..

jarak memisah antara langit dan bumi.
jarak memisah antara laut dan pantai.
jarak memisah antara kasih dan rindu.
jarak memisah antara daku dan dikau.

terimalah, 2 rangkap pantun.



Kerna Jarak

Mengapa pelanduk kan jua dinanti bulan?
Meski musang tak turun ke hilir,
Dikau jua yang ku nanti dan angankan,
walau sering ku rasa terpinggir.

Terbang Pipit terbanglah Helang,
terbang kembali hinggap di bangku,
daku sering memikirkanmu sayang,
walau hampir kau kan melupakanku.


rumah ibu mertua datuk saudara,
31072010


pembaca,
adakah rasa kasih kan hakis dilusuh jarak?
atau cinta kan berputik diadun rindu kerna jarak?