Sunday, December 25, 2011

Semanis madu ikhwah

Assalamualaikum..

puisi ini ditujukan kepada sahabat-sahabiah, rakan seperjuanganku. terimalah;



Selepas Hujan

Pagi ini gerimis menerpa, menghakis
iman kita yang semakin lemah,
akan ku ungkap sebuku puisi bait hatiku
sementara masaku belum berlalu.

Ikhwah terjalin semanis madu, kerna
pahit getir ditelan bersama,
kalau kau jatuh ku akan menyambutmu,
dan kalau ku jatuh kau sambut tanganku.

Selepas hujan kan muncul pelangi,
Walau kan tiada, tetap senyumanmu menerangi,
ombak kuat semakin sayu,
seakan mereka gentar akan mu.

Bangkitlah sahabat, inilah masamu!
Seluruh ummat sedang membutuhkanmu,
jangan persia masa gagah kamu,
Hunuskan pedang, teroboslah laluanmu!

Pancaran indah kan dilihat dari setiap langkahmu,
menakjubkan segala yang masih diselubungi gelita.




25122011


p/s: ermm..

No comments: