Sunday, July 10, 2011

takpe...lah....

Assalamualaikum..


balik dari solat subuh,
dapat ilham tulis ini.



katak pun katak la


pokok disirami tanpa baja
belum tumbuh bunga
gelas yang diguna untuk siram terlepas
dan pecah

senyum dan tertawa manakan silapnya
dua hari tanah kering merekah

dan si tua itu masih duduk di situ
tak sejukkah?

puntung rokok semalam masih gebu
dilempar dari jendelaku

dari dua ruas jari kita berlari
mengungkai rasa hati irama
tutur dan bahasa

lagu dari lawan lebih enak didengar
dari perkataan kawan

maaf menyapa cedera
luka dan nestapa
oh enaknya duka



10072011
shatbi garden




p/s: ada sebab untuk berterima kasih. mungkin kerana 'subjek', yang akan datang, dibuang imbuhan pelajaran, diperlukan, dan diberikan.

1 comment:

under the sky said...

pemikiran kamu....abstrak sguh