Thursday, May 5, 2011

muka aku nampak macam muka kawan aku walaupun aku lebih huduh

Assalamualaikum..


Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.



i got no kids, and not much knowledge to share with, but i think i got enough foods for myself.

Sekarang ini, aku akan cuba meningkatkan amalan bersedekah.


Namun, sedekah itu perlulah ikhlas. sebaik2nya tidak diketahui tangan kiri apabila tangan kanan yang memberi.

juga pernah berkata seorang sahabat saya.


"Tept, semua ini kau yang punya tapi aku pula yang mendapat nama."

"hahaha.. kau pernah lihat KLCC?"

"pernah.."

"kaulah Tingkapnya dan akulah Cerucuknya!"



terimalah sebuah puisi,



KLCC

Dua, gah ke angkasa
apakah ini antara tanda
bahwa akan berakhirnya dunia?
atau sebuah simbolism
bahwa majunya tamadun manusia?

kilauan tingkapnya merupakan
suatu pandangan yang
mengasyikkan,
namun janganlah terlupa
bahwa batu kelikirlah
yang mengukuhkan.


03032011



kesimpulan: sedekah, dan ikhlaslah dalam bersedekah.
sekian.

p/s: puisi ini ada 5 rangkap. 3 lagi rangkap tidak diizinkan untuk dipaparkan di blog.

3 comments:

conan said...

sedap gak puisi awak tu...banyak cara lagi kalau nak brsdkh,tak semestinya kena kuarkan duit..kita mendoakan kwn2 kita tnpa pengathuan kwn kita..insyallah..pahala yg bsr sdg menanti anda..

anwar azhari said...

ah.. terima kasih atas perkongsian..

ms.najwajani said...

sangat setuju ayat "namun janganlah terlupa bahwa batu kelikirlah yg mengukuhkan".!