Saturday, May 28, 2011

khayalan malam ketika sedang menyiram pokok herba di beranda

Assalamualaikum..

boleh juga terlintas puisi.
ada beberapa buah puisi sedang bermain-main di kepala.
tangan masih gagal untuk menulis.
ini hanyalah sebuah puisi yang ringan maknanya.
jika dibaca, harap boleh difahamkan semuanya.

terimalah,



Buah Delima


Malam ini masih indah seperti semalam
kerna tiada apa yang boleh buat kita meragam
hanya melaram untuk bergembira
dan bercengkerama sampai pukul lima.

Dalam khayalan ini ku merasa Deja Vu
kerna rupamu seperti bidadari dalam mimpiku
namun lebih cantik, ke tahap ku Jamais Vu
kan ku kepakkan tangan, sudikah bersamaku?

Lakaran, walau bak cakaran tiada indahnya
masihlah kita kan menambah gula
tuk memaniskan hubungan kita bersama
aduhai terlebih gula jadi pahit pula

Tak mengapa jika belikat dipenuhi raksa
pulas saja buah delima kita makan bersama
mari sini kanda kan membentuk irama
lenggok tarian dinda dendang tarian persona

Suria telah terbit 'ala qadar illahi,
henti dahulu kan kita sambung malam nanti.


*tarikh karya*
*dua tiga hari lepas*




p/s: tutku sedap

Wednesday, May 25, 2011

dah hilang inspirasi untuk menulis

Assalamualaikum..

maaf. dah mmg x leh tulis ape dah.
serius.

nih je ak dpt tulis.



hijab tanpa corak

dari cerita yang tiada usul salah betul
melagukan rima yang meningkat tingkat ego
mengatakan sesuatu adalah kepunyaanku
namun hanya sebelah tangan tiada berlagu

ini kisah yang sifatnya kau tak nampak
kerna dihijab dengan rapi malah tak dicorak
pada garisan yang dilaku tanpa sempadan
lebih dijaga terus berlari lantas berjauhan

dari setitis air yang ditelan ke dalam halkumku
akan melagukan suara merdu irama menusuk kalbu
tapi tiada yang kan jatuh walau lelah usahaku
tetaplah awan itu sejuk beku dan terus kaku

dan telahpun diajar Ittaqullah, wasbiru
maka masihlah lagi ku akan menunggumu.


11.57 am
18052011




p/s: cleanliness

Friday, May 13, 2011

dia ada kebolehan menghentikan masa

Assalamualaikum..


hanya sebuah puisi baru yang rawak temanya.



Cantik

Dari paras yang mengambil laras kesedaran
terpacu sebuah istana seindah kebahagiaan
sehingga habis keras hati telah dicairkan
menjadi sebuah cita berbentuk pemandangan

tentu, terpancar segala sinarnya
kan habis bila dah lamanya menerangi
dan membentuk warna pelangi jadi
lebih indah seindah mana yang kau fikir namun
seindah sentuhan tiada langsung kan kau hampir.

dari situ datangnya lagu
membuatkan sang panglipur lara terus terpaku
aduh, sengat bersangatan
kaku dari segala tuju tiada tumpu aliran darah beku

pada kali kau berlalu ku memerhati
apakan ini suatu deru membuat masa henti?
sejurus seribu tahun berlalu aku sedari
oh, perkara ini hanya berlaku dalam dua saat tadi.

tapi belum kan habis kerna kini lebih cantik
menjadi alas sebelum perubahan jadi drastik
meroyan menggatal mengorat lalu bertambah gedik
jangan lebih-lebih kau dah macam budak spastik.

lantas kini, jangan bermain-main lagi
terus berlari datang kembali pada pangkal paksi
yang dahulunya emas telahpun bertukar besi
kerna telahpun kau mengulangi rangkap yang sama lagi.



13052011




p/s: @___@ = -,-'' / confused

Thursday, May 5, 2011

muka aku nampak macam muka kawan aku walaupun aku lebih huduh

Assalamualaikum..


Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


“Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya”.



i got no kids, and not much knowledge to share with, but i think i got enough foods for myself.

Sekarang ini, aku akan cuba meningkatkan amalan bersedekah.


Namun, sedekah itu perlulah ikhlas. sebaik2nya tidak diketahui tangan kiri apabila tangan kanan yang memberi.

juga pernah berkata seorang sahabat saya.


"Tept, semua ini kau yang punya tapi aku pula yang mendapat nama."

"hahaha.. kau pernah lihat KLCC?"

"pernah.."

"kaulah Tingkapnya dan akulah Cerucuknya!"



terimalah sebuah puisi,



KLCC

Dua, gah ke angkasa
apakah ini antara tanda
bahwa akan berakhirnya dunia?
atau sebuah simbolism
bahwa majunya tamadun manusia?

kilauan tingkapnya merupakan
suatu pandangan yang
mengasyikkan,
namun janganlah terlupa
bahwa batu kelikirlah
yang mengukuhkan.


03032011



kesimpulan: sedekah, dan ikhlaslah dalam bersedekah.
sekian.

p/s: puisi ini ada 5 rangkap. 3 lagi rangkap tidak diizinkan untuk dipaparkan di blog.

Sunday, May 1, 2011

+ve

Assalamualaikum..


lihat pada kebaikan

fikir positif

bertenang

bersabar

bertaqwa kepada Allah taala

elakkan maksiat

tundukkan diri terhadap perlakuan kebaikan

sombong dan angkuhlah terhadap kemaksiatan

bersyukurlah kerana hidayah telah sampai kepada kita

berdoalah agar semua yang kita sayang juga kan turut serta bersama kita

sedarlah bahawa kecantikan bukanlah untuk dipamerkan kepada semua

tunduklah dengan rasa malu kerna iman yang dipikul adalah berat

apa lagi yang perlu ku kata,

ingatlah mati

ingatlah mati

ingatlah mati


*utusan ini adalah untuk memanaskan jari kerna sudah begitu lama tidak mengutus apa-apa di laman ini.


p/s: