Saturday, March 12, 2011

mast headache

Assalamualaikum..


sakit kepala.
berat.
rasa nak pecah.
rehat.
sakit lagi.
teh halia.
masih sakit.

kambing dan kasawari. kambing ialah binatang yang paling rendah peratusan kolestrolnya. maka, adalah amat selamat untuk memakan daging kambing.



Pada Persada Sastera


adakah dalam usaha taqarrub minallah,
kita menjadi takabbur minannas?
pabila kita mendongak ke langit,
lupakah kita akan tingginya langit ke tujuh?
lakin hanyalah kita melihat untuk meninggikan pandangan,
untuk kita mengalih pandangan daripada
manusia yang lebih lemah.

Bongkak adalah sifat ilah,
yang sepatutnya ghair finnisa.
Biarlah, sekiranya persona ingin melepaskan sestera,
maka tinggallah sastera seperti helaian kertas
bagi persona, hilang dilupakan setelah merubah
pada muka sebelah.
hanya tinggal seperti cap jari basah
pada gelas kristal milik persona
maka akan hilang pabila digilap oleh masa.

lantaklah, kiranya percaturanku telah salah,
disangka persona adalah ungkapan baqa'
pada persada sastera

jika ini adalah sebuah puisi terakhir buat persona,
alangkah sedihnya kerna ku tak dapat melagukan rima,
maka menangislah, kerna bila kau berkilah,
tulus akan tukar duka murka.
tak kisah, kerna hati yang berdarah telah mengarah
jari jemari mendansa pena atas gerak hati yang
telah patah. maka punah, segala harapan setinggi menara,
dan punah, jika tiada persona pada persada sastera.



01032011
shah alam,
atas kertas tisu yang kemudiannya dikencingkan. @___@


p/s: persona hanya ada seorang, dengan yang lain, tak perlulah terkesan.

2 comments:

Anonymous said...

nice....good job..

Afiqah / Cha'a said...

wahhh!~~ maw makan kambing bakar!~ btw, byk perkataan Arab dlm ur poem skng. :D