Monday, March 7, 2011

kumis dan rambutnya

Assalamualaikum..

puisi-puisi ini untuk Kuala Lumpur



Angin Seni

Angin dhuha di Pasar Seni
mendung sedikit merupakan muram
tetap dongak walau langit suram.

Ah, hirupan teh tarik
sungguh mengasyikkan!
sentuhan pada lidah oleh
minuman kebangsaan Malaysia,
dihirup oleh sekalian bangsa
tak kira apa kau rupa,
warna, agama, status, atau
darjatnya,
asyikkanlah dirimu! dengan secawan
teh tarik,
yang hanyalah
biasa dan sederhana.



030311


nak tulis pasal benda lain
tapi dari lidah, turun ke pena, inilah jadinya. owh ya,
cara isteri solehah hendak membahagiakan suami,
adalah melalui perutnya.



Bob Mali

Tetaplah dia di kaki lima,
merapikan kartun
tempat lelapnya,
biarlah kusut
kumis dan rambutnya,
tidak kan diperduli
bahkan itulah gayanya,
tenang tanpa kerisauan
tiada apa yang perlu diingatkan,
kerna pada dunia kaki limanya
hanyalah sepotong hati
seorang hamba yang kecewa.


pasar seni
030311



p/s: i hold no treasure, and finds with no binocular.

8 comments:

aminh said...

tak ajak weh.

Anonymous said...

dislike

조 아가씨 said...

teh tarik sedap! cheers =)

Najwa Jani said...

hikhik..klaka..;)

snowheart said...

sesangat menarikk :)

Anonymous said...

ramai perempuan komen.

anwar azhari said...

haah.. mmg iye pn.

dunnoe y

@____@

Nama diberi Nursyuhada binti Mohamad kuty said...

salam..puisi yang sangat menarik..cuba buat puisi dalam loghat terengganu pula..mesti menarik..insyaallah...