Friday, November 26, 2010

terus terbang

Assalamualaikum..

pernah terdengar puisi arab:

Innama dunya tha3am, wasyarab, wamanaam,
faiza maa faata haaza, fa3ala al-dunya salam..

sungguh apa di dunia makan, minum, dan tidur,
bila mana semua itu tiada, selamat tinggalah dunia..


dan berikutnya pula sebuah puisi penuh caca merba dari sebuah fikiran yang menerawang.
penuh hiperbola, dan bahasa yang tiada diletakkan imbuhan yang betul.



Angkasa Gemerlapan

masih kita begini tiada perubahan terkini
lantas aku pergi melarikan diri dengan jari
dari satu tempat ke tempat dan jatuh pada lubang
tersadung pula tapi aku jadi jet terus terbang

maka lantas bersama burung pun terbakar
hidangan udara yang gila tiga suku hilang sedar
matahari menyinari aku pusing jumpa purnama
lantas semua gelap dalam pada itu ada sirna

terbang terus pergi ke angkasa gemerlapan
lihat di sana ada kapten faiz sang angkasawan
lambai sedikit harapnya dia kan nampak kita
ingat tak dulu kita pernah berbual bersama

sang pujangga sedang tidur jangan kacau dia
tunggu sahaja di tingkapnya sampai fajar menjelma
maka setiap pagi semua kan tampak berseri
yang hitam jadi manis yang putih jadi suci

mengapa semua harus ada paling yang dibenci
sedangkan kita hidup tiada ingin memerangi
lantas demi pertahankan maruah dan bangsa
maka semua yang ada juga kan berjuang nyawa

ini satu perpecahan dari suatu yang satu
dari lidah tiada tulang semua jadi haru biru
lidah buat air mata mengalir basah pipi
semua yang tidak diingini telah disaksi

teruskan perjuangan jangan ada perhentian
kalau mahu singgah pastikan ada perubahan
jangan duduk diam menantikan kebaikan
berusahalah agar segala hasil kita kan makan



12112010
kamar biru

Saturday, November 20, 2010

musibah, dosa, taubat dan hidayah

Assalamualaikum..

omongan kosong hati tika bermuhasabah.
boleh dikongsi bersama. agak rumit, kerna ini bisikan hati, bukan ayat untuk orang fahami.



Moga taubat diterima Allah

Dan bila mana kau ditimpa musibah dan kau menjadi lemah
ingatlah bahawa semua ini kerna Allah sayangkan kau
ingatlah wahai hamba jangan kau berputus asa
tiada Allah membebani ummat dengan apa yang kau tak mampu

dan bila mana kita berseorang kita kan diumbang ambing
oleh syaitan durjana membisik was was pada dada manusia
dan kau janganlah bertindak mengikut hawa nafsu
kerna itu hanya memudarat dan memberi kepuasan palsu

jadi ingatlah wahai hambaNya,
bahawa kita di dunia ini sangatlah sementara,
kau tak kan sedar bila semua ini berlalu,
namun nabi tak tinggalkan kita begitu sahaja,
peganglah kamu pada kitab Allah dan sunnah rasulullah.

al-Waqiah mengingatkan kita akan keadaan hari kiamat,
yang di mana dahsyatnya kita tak kan terbayang,
hilangnya sebuah indah yang disebut kasih dan sayang
hatta ibu yang menyusukan anak jua kan lari berpukang

tapi sementara matahari masih terbit di ufuk timur,
kau bentanglah sejadah dan bertaubat pada tuhanmu,
janganlah ada tangguh kerna ajal maut kita tak tahu,
semoga taubat kita diterima Allah, maha Pengampun Dosa.

akan dari situ datangnya hidayah Allah,
seakan suatu nur yang menerangi, oh, indahnya,
sungguh manusia lebih suka akan cahaya yang menerangi,
kerna dalam gelap hanyalah kita meraba dan sesat semata.




Thursday, November 11, 2010

terlalu biasa

Assalamualaikum..

pada utusan ini aku ingin meminta maaf.


maaf kerna ku terlalu biasa


aku mohon maaf,
kerna bicaraku boleh membuat kau terasa, dan
kerna perlakuanku boleh membuat kau terluka.

aku mohon maaf,
kerna ku terlalu biasa.

aku mohon maaf,
kerna aku bukanlah tergolong dalam ahfazal quran,
yang dipasak dengan semat tiga puluh juzuk di dada,
maka dilihat bersih akan segala amalannya.

hanya ku mampu,
menghafal segelintir baris ayat dan surah,
namun pada itu, aku kan cuba memahami dengan padu,
mengamalkan segala yang diseru,
walau sedikit ayat pada dadaku.

aku mohon maaf,
kerna aku bukanlah para penghafal hadis,
yang menghafal beribu ratus hadis,
maka seperti nabi akhlak dan budi pekerti.

hanya ku mampu,
mendengar dan mempelajari sedikit sebanyak hadis nabi,
dan berpegang padanya dalam setiap amalan sehari-hari,
dan aku kan setiap hari mencuba,
untuk meniru akhlak nabi,
namun dengan kudrat ku yang biasa sahaja,
maaf kerna kesalahan yang lebih dipaparkan hamba.

aku mohon maaf,
awal pagi ku tidaklah sebagai pendakwah yang bersuara,
nasihat dan memperingat sesama umat manusia.

hanya ku mampu,
duduk dan muhasabah tentang perlakuan akan datang,
agar lebih bekerja Raqib daripada 'Atid,
agar lebih ditulis pahala daripada dosa,
ditemani sebaris ayat doa Mathurat wazifah al-sughra.

aku mohon maaf,
kerna hartaku dikumpul untuk kepentingan diri,
bukanlah seperti Uthman bin Affan yang amat memberi,
disedekahkan segala unta dan kuda ke jalan jihad,
hanya mengharap balasan Allah yang tiada terhad.

hanya ku mampu,
memberi sedikit jika ada yang meminta,
mungkin di kocek hamba cuma segenih dua,
maka malulah tangan kiri sekiranya melihat kanan,
kerna tentunya dia ingin memberi lebih kepada sang fulan.

aku mohon maaf,
kerna tak dapat menjadi seorang Daie sejati,
setiap kali berbicara mereka menyentuh hati,
maka semua katanya berputik bak sebuah nur yang suci.

hanya ku mampu,
berpegang pada kata kekasih Allah,
'sampaikanlah ayatku walaupun seayat',
maka ini akan ku lakukan sepanjang hayat,
walau mungkin pahit untuk berkata benar,
tapi telan sahaja,
kerna syurga itu ada sungai mengalir di bawahnya.

aku mohon maaf,
kerna umurku yang masih muda,
tidak nampak dihormati atau disanjungi,
hanya dapat menunjukkan senyum menampakkan gigi,
berilah aku masa,
agar insyaAllah satu hari nanti,
aku akan jadi hamba-Nya yang berbakti,
kepada keluarga, masyarakat dan agama.

aku mohon maaf,
kerna ku terlalu biasa.