Friday, August 14, 2009

sang puteri

TEPT:

Assalamualaikum..

terasa berat untuk memperbaharui utusan pada hari ini.
sedangkan blog ini bukanlah dibaca sangat oleh para blogger di luar sana.
namun atas kehendak hati, ku tulis jua beberapa patah untuk dibicara.
bukan itu sahaja, saya juga tidak mahu mengambil risiko bahawa penulisan saya ini akan dilabel sebagai penulisan beremosi tinggi kerana itulah perasaan saya sekarang ini.
oleh kerana emosi akan mengganggu corak penulisan saya, saya ambil keputusan untuk tidak menulis utusan pada hari ini.
apa sahajalah yang ku mampu lakukan. jikalau hati itu sudah merasa berat untuk menerima, maka tidaklah hati ini secara sensitif akan terguris.
malah hati ini akan terguris secara terus menerus sehingga ada yang akan menggilapnya.
walhal tidaklah begitu perit rasanya apabila diguris.
kerana tentu jua yang mengguris pun terluka.
tentu jua aku hanya akan menunggu si pengguris. tiadalah ku sangka bahwa dia sengaja namun atas dasar keterpaksaan, dia harus melakukannya.
yang membikin calar ini adakah salahku, ataupun salah dia?
tidak perlu jua menjawab persoalan itu. kerna tentu sekali takdir telah menentukan bahawa jarak perlu ada pada setiap manusia. jarak yang melakukan rasa kasih dan sayang.
akan si pelaku guris, tidaklah dia melukakan dengan terus langsung walhal hanya unsur sisipan dan bisikan yang membawa kuku tumpul mencalar hati.
ku tahan dahulu perit rasa pada hari ini.
mengharap bahawa sang melur akan muncul menyinari mentari pada esok hari.


*************************************************************************************

ANWAR:


laksana kisah sang Aladdin,
kisah tikus jalanan yang mencuri dan meminta untuk meneruskan kehidupan.
jatuh berpaut hatinya pada sang puteri jasmin indah di kayangan istana.
kecantikan yang memikat itu tidaklah berpaut pada hati tikus jalanan sahaja namun seluruh rakyat jelata pun turut tergoda.
dengan keajaiban jin biru yang muncul dari pelita ajaib itu,
maka berusahalah sang Aladdin untuk menawan hati puteri Jasmin.



tontonilah ini.
amat seronok.



*************************************************************************************

AZHARI:


sudahlah. hanya doa yang mampu dipinta kepada yang Maha Esa.
akan cintanya masih ku rasa.

dalam setiap nafas,
setiap langkah,
setiap perkara yang kulihat dan rasai,

di situlah masih adanya cinta, cinta tuhan, yakni cinta Allah.

*************************************************************************************

KAMI SEMUA:

ingin mengucapkan selamat hari Ilya Sofia.



5 comments:

Salhatul Asma Ruslan said...

Evereybody or any body can create a poem,

But not everybody can create a nice poem or any nice words just like what you've done,

AND NOT everybody really practice their words...

Lets be among those who practice it~~

(As-Saff:2-3)

ainur mardhiah said...

broken heart? hhhmmm~

M said...

cinta hakiki
cinta paling berbaloi
cinta yang xkan berpetuk sebelah tangan

... cinta Yang Maha Pencipta

kepalakotak said...

tepet.
mari-lah berjalan-jalan.
ku boh-san.

bye.

ko cerita fasal calar, guris.
lihat kereta mesir. kemek, tak berbentuk, masih ok. dan megah mengehon orang di jalanan.

wah.

Afiqah / Cha'a said...

hurmm..interesting gak ^^