Assalamualaikum.
selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52.
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi berada dalam keadaan merdeka sejak 52 tahun yang lalu. bersyukur juga kerana kita dapat hidup dalam keadaan aman dan damai dalam negara yang unik ini, di mana kita terdiri daripada berbilang kaum yakni Melayu, Cina, India, dan ramai lagi.
persis si melur dalam bayu pagi itu,
tatkala sayu meraung di kuntuman pucuk,
menanti akan waktunya untuk mekar,
agar tampak indah, cantik lagi suci.
jangan kau layu di hadapan aku,
dalam itu aku sebak melihat kau,
berjuangkah aku atau tidak ketersampaian
usaha yang dikorbani tak tampak dihargai.
janganlah kau mati di hadapan aku,
tatkala rokok, dadah dan arak pada ginjalmu,
terasa aib ingin menutup sangkar kepala,
melihat tubuh kau menjadi saksi perbuatan.