Tuesday, February 10, 2009

12 februari - tarikh untuk diingati

14 oktober merupakan tarikh kelahiran seorang pejuang Islam yang terkenal,

a.k.a. Pak Cik Hassan* (nama sebenar, sila tanya sesiapa alim ulama)

beliau dilahirkan di kampung al-mahmudiyyah, al-bahriyyah, Iskandariah, Mesir. 

Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam.

Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal.

Pak Cik Hassan menjadi pemimpin dan pengasas gerakan IM yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, IM menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:

• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

pada 12 februari 1949 di Kaherah, beliau telah ditembak mati oleh pembunuh upahan yang dipercayai merupakan sekutu kerajaan. Beliau hanyalah berusia 43 tahun dan berada pada kemuncak perjuangannya.

*bagi mengelak blog ini dijumpai sekiranya nama sebenar dicari dlm google

wallahualam..

wassalam..

2 comments:

samad ar razi said...

hahahaha
aku tau apasal dier asyik suwoh orang blaja bhs arab yg btol........huhuhuhuhu
BTW
let's pray for IM's branches especially the one in the land of friend of God and his descendents, which is protecting one of islam's precious heritage...

susah tol nk pk camaner nk komen....

samad ar razi said...

oh yer
ntuk branch dier kat m'sia skali