Thursday, March 28, 2013

dingin bayu membersih hati

Assalamualaikum..

akannya cliche untuk berkata sudah lama tidak menulis.
maaf andai ada yang menanti.

puisi ini diilhamkan oleh duapupu sahaya yang selalu melahirkan ibu tunggal.




Permaisuri Tunggal


Satu irama tanah pusaka
irama gurindam sang pujangga
suatu mimpi ana berleka
sandiwara malam puisi ketiga

angin sejuk membuai mimpi
dingin bayu membersih hati
empuk katil melunak diri
lena mataku melintas pagi

telahpun bunting enam bulan
akan sang puteri tanah seberang
tiada yang kenal siapa bapanya
tiada yang sangka akan kelakuannya

hadirlah puteri memohon kasih
dek jelek puteri ditolak erti
kerna dahulu bertelanjang fasih
aduan simpati ditolak ke tepi

aduhai sayang tiada teduhan
semasa tidur disinari rembulan
kadangnya sejuk dilenjun hujan
kasihan si anak tiada keruan

duhai sang puteri sudah kubilang
jangan berkepit sama tunangan orang
kasihnya diikat tempoh dan janji
kan masa tiba berlalulah ia pergi

wahai sang puteri janganlah bersedih
sudilah dahulu bertumpang kasih
kelak kan hadir putera lahirmu
kusanggup berpura berkasih bersamamu



28/3/2013




p/s: kain pelikat lalalala~