Friday, June 22, 2012

matahari maghribi

Assalamualaikum..

ujian akhir sudah dekat, namun perasaan berpacul baur. ini pula puisi untuk melenyapkan rasa. sila terima.




Tuhan Masih Akan Murka



Muntahlah aku
segala sirna yang hanya khayalan pada asalnya kini adalah sinaran yang membisa mataku untuk melihatnya
muntahlah aku
yang kotor sungguh itu membakar laksana colok mewangi lantas hirupan menjadi hawa yang tenang
muntahlah aku
kata-katanya menjadi penenang pula bagi jiwa aku walau syairnya adalah yang paling kusut emosinya

Aduhai
apa kalian tiada membuka mata untuk melihat kacau yang di hadap mata
sambut saja dengan tarian dan tawa walau hatta subuh belum kan berakhir semuanya
tuhan masih akan murka walau dalam yang sama pintu taubat itu luas terbuka

Fikirlah kalian
mengapa manusia itu boleh menyentuh bidadari dunia?
begitu senang dan sedikit langkah juga sudah sampai ke gerbang pintu syurga
nyata, cinta kepada Nabi Muhammad adalah melebihi egonya
melebihi bongkak, dan melebihi semua hatta dirinya,
begitulah cinta mereka terhadap Rasul kita.

Yang lain berperit jerih melangkah lautan api dan ombak berduri namun penghujungnya masih tiada kelihatan
bukan penghujung, namun permulaan yang baru itu jua seperti tidak akan dicareka oleh panglipur lara moden
selepas habis satu nyawa, kehidupan baru akan bermula

Yang persona masih mengidamkan kehidupan baru
namun tiada yang menyentuh walaupun satu
masih dikurung di menara kubu bagaikan ratu
jiwa muda yang belas belum berpuluh kan terus kelu

Kudrat daku bukan kudrat kuda
kudrat manusia akan ada pengakhirnya
jika matahari maghribi turun tiada muncul
maka berakhirlah, kerna yang diniatkan sudah terpacul


22062012


p/s: dakwat pada helaian cerita yang ingin direka, belum sempat kering. diusap keras oleh tangan yang masih menulis. kotor.