Thursday, March 22, 2012

tiga rasa

Assalamualaikum..

tulis lagi, atas kapal terbang.



 Dalam Tin

bak sang ikan kecil dari lautan yang luas
ombak memukul kuat aku kering di dalam panas
minyak menebal mengaburi cahaya
mengesak nafas aku yang halus lantasku lemas
jasadku rosak tiada nilai aku di sini
tapi kau kutip aku untuk disiang dan masak bersamamu
dalam tin kecil kita direndam dan dikurung
seakan ragi kuat rasa manis semakin menyusup
aku yang dahulunya pahit kini tlah bermanis tiga rasa
menjadi juadah buat mereka yang lapar sana
kita bersedia, untuk diratah bersama
tiada kata yang lebih indah dari bahasa
jadi aku beri puisi supaya kau mengingat aku semula.

dari semua rasa manis tiada yang rasa betapa manisnya kamu,
dari semua lebah membawa madu tiada yang membawanya untuk kamu,
dari semua bunga yang tlah mekar kau mekar yang terakhirnya,
sementara aku hanyalah pria yang memerhati semuanya dihadapku.

ada kala dalam tika tiada bersua rasa lebih membuak
hingga tiada dapat lagi dipendam lantas diluah
walau zahirnya kita tiada melaku langkah
tapi kita nan sedar batin terseksa dan berdarah
apakah yang mengalir, hanyalah darah putih?
konon nawaitu kita adalah suci lagi bersih
ampunilah kami wahai Tuhan yang memiliki maghfirah
andai kami tersilap catu nafsu yang berterabur
ku hanya mahu, dia gembira bersamaku
sambil kita cari bersama erti bahagia yang kekal selamanya.



14032012
Royal Jordanian.


p/s: conteng2 tampal2