Sunday, October 24, 2010

peduli tiada

Assalamualaikum..


ini hanyalah sebuah frasa dikarang dalam mimpi tidur siang hamba.



A tambah

dongak ke langit tika
gatal mencucuk aroma tengik
engkau menebal legit
bagi menahan maruah sengit

kau kan kuberikan A tambah
kerna jadikan harapan punah
laksana terkena sumpahan tulah
lantas semua kan terus blah
ambil kau, ini panah!
oops, dah patah~


24102010



Thursday, October 21, 2010

ini berat

Assalamualaikum..

kan mak dah pesan awal-awal.
nape la aku wat2 x dgr.
sekarang sedikit menyesal.

tidak mengapa,
asalkan tidak membunuh,
semua hal ini menguatkan.

perlu masa.
sebab aku sedang fokus pelajaran.

Ya Allah, permudahkanlah...



Desakan Noktah

Apa yang boleh ku katakan?
tika dia sudah mendesakkan
satu noktah dalam permainan alpa
untuk memaling dari khilaf dunia.

Apa yang boleh ku lakukan?
agar si dia masih lagi dalam ruang cinta
sebelum mana daku akan pergi
menimba ilmu persuratan ukhrawi
belum masanya lagi kita kan bersama
maka penangguhan ini
boleh kita ambil dengan redha
kerna buruan kita
adalah kita.




21102010


Sunday, October 17, 2010

dulu sekarang seterusnya

Assalamualaikum..

*tarik nafas...
keluh~
perlu sentiasa ingatkan diri,
jangan sentiasa teringat cerita lama.

okeh.

terimalah,



Cerita Lama


Lawak bila tengok masa lama
masa bila kita hanya tahu bercengkerama
baik-baik jangan lewat sekarang sudah pukul dua
si dia masih bermanja seakan tiada resah esoknya
dahulu seperti kau seorang yang lawa
hanya dikau yang dapat ku berikan cinta
perlukah kini aku persalahkan masa
atau jarak yang kian jauh memisahkan kita?

Dahulu tiada rasa asing
kita dilihat akan serasi
sekarang ke haluan masing-masing
memilih jalan liku sendiri


Bila bersua semula rasa hilang perasaan lama
sangkaan ku masih ada rupanya sudah tiada
seperti dua mayat kaku tidak berbuat apa-apa
kita melakukan langkah yang beku dari jiwa
senyumanmu menipu bukan lagi seikhlas dulu
dahulu kita panas sering rasa mahu sama mahu
tapi kini hati bertikar lagi keras dari batu
tiada lagi pingin jiwa kita untuk bersatu

Dahulu kita sering bermiau
seperti kucing bergeselan manja
sekarang bersua mengelayau
langsung tiada bertentang mata


Biarlah jauh mana jarak kita kan kekalkan
daripada persuaan akan diporak-perandakan
walau sedikit nyilu untuk berjauh-jauhan
ku yakin satu masa kita akan dapat membiasakan
sekarang sudah dapat rasa jarak memulihakan
kalau dahulu kita menunding kerna ia memisahkan
akhirnya ku dapat melupakanmu wahai sang rupawan
telah bebasnya hatiku dari menjadi tawanan

Dahulu dari jauh kita saling merindu
melaung nama pada pantai yang merebah
sekarang sudah dekat pun kita hanya membisu
bersua juga hanya buat endah tak endah



141010


Thursday, October 14, 2010

campak kertas sana sini

Assalamualaikum..

beberapa persoalan dikemukakan,
harapnya dalam puisi ini, terjawab semuanya.
setidak-tidak markah penuh, ada juga penerangan sedikit.

terimalah,



Kumbang tak ke mana


Sonatra makin lama makin telus berlagu,
walau dendang tari laju hilang semua nahu,
kosa kata sudah haus kita sama kita,
walau dulu seperti indah masing-masing berprosa.

Hilang hikmah kembali fitrah jangan tak kembali,
ingat kembali dari awal tadi kenapa niat berpuisi,
kekunci kata atau pena jangan tekan dengan melulu,
pastikan semua rasa itu memang wujud pada hatimu.

Kalau tiada ikhlas maka tiada tulus sastera,
kalau kau berkilah maka tulus tukar duka murka,
aku yakin kita tiada ingin sekian berlaku,
duka boleh terjadi walau kita saling membisu.

Kumbang juga boleh jadi kering bawah mentari,
sama sahaja seperti kuntuman bunga gugur ke bumi,
kumbang tak kemana kalau tidak singgah ke bunga,
tunggu saja nanti jua akan tiba masanya.

Satu rangkap puisi mengungkap pelbagai rasa,
satu kata sama mengungkap rasa yang sama,
kalau persona mengambil salin rangkap hamba,
apakah bererti persona merasa selaku hamba?

Tiada kata pernah wujud maka tiadalah pengikatan,
tiada wujud kata memutus maka begitulah sekian.




141010